Saturday, July 31, 2010

MAMALYNA'S GIVEAWAY : "KETUK-KETUK RAMADHAN"

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pagi Sabtu yang ceria ni, aku nak join MAMALYNA'S GIVEAWAY : "KETUK-KETUK RAMADHAN" .. terus rasa bahang nak puasa dan raya.. tak sabar rasanya



Syarat-syarat nak join contest ni mudah jer.. harap aku pun ada luck taw..

1. Follow blog MAMALYNA dan MAMALYNA CONTEST

2. Buat satu entry yg simple dan letak banner di atas di dalam entry tersebut

3. Tinggalkan link entry di kotak komen entry ini

Tarikh tutup 10 OGOS 2010


Apa lagi korang.. joim join!

Friday, July 30, 2010

Bubur Jagung kurang kolestrol :P

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

2 hari lepas aku singgah rumah Sham.. dia kan baru balik dari CH.. aku kirim dengan dia jagung.. sebab aku memang suka jagung dari CH.. lain dari jagung biasa kat sini.. tak caya.. cuba tengok jagung kat bawah ni.. bezanya dengan jagung biasa ialah, biji2 jagung tu ada warna putih... kalau jagung biasa tu semua kuning jerk kan.. jagung CH lebih manis dari jagung biasa.. aku pernah beli kat pasar malam sentul, jagung rebus biasa dia jual sebatang RM1.50 tp jagung rebus CH ni dia jual RM3.50... padahal masa aku kirim Sham ni, aku kirim RM10 boleh dapat 9-10 batang.. murah giler kan???

manis betul.. mentah2 pun sedap ratah

ok jagung2 ni separuh aku rebus sebab nak mengokel jer macam tu.. separuh lagi nak buat bubur jagung


untuk bubur jagung of course la kena sagat jagung2 tu kan


jagung yang telah siap di sagat


pastu belah kelapa.. kelapa ni mak aku bagi dari kampung


then parut kelapa tu.. papan parut tu pun mak aku bagi


sesudah tu perah santan


oleh sebab aku tak mau bubur aku terlalu kaya dengan kolesterol,
so aku renihkan dulu jagung tu dgn air kosong, daun pandan tu nak kasi wangi jer


agak2 dah mendidih sikit


Masukkan gula pasir secukup rasa.. aku tak guna gula melaka/kabong sebab aku tak mau bubur ni kaler gelap.. aku suka warna kuning jer..


 gula dah hancur dan bubur pun dah didih betul

pastu baru masukkan santan.. aku guna santan cair jer..


ni la bubur jagung aku.. very lite2 jer kan.. tak mau terlalu berlemak.. nanti kolestrol tinggi..
ni pun dah cukup sedap dah ni.. heheheh


ni jagung yang telah direbus... nyum nyum

Thursday, July 29, 2010

Mata Palsu untuk Hari Raya.. ngeee

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Jalan2 petang semalam, ternampak "beli 2 contact lense freshlook = RM80" wah menarik ni.. aku kan suka pakai lense kaler2 ni. terus masuk kedai Focus World .. terus deal dengan adik kat situ.. aku tak banyak songeh nak pilih kaler apa.. sebab aku tau aku memang minat kaler turqoise dan ametyst.. memang faveret aku dari dulu 2 kaler ni..

Dulu masa tahun 2001, contact lense freshlook berwarna ni amat mahal.. satu pasang RM80.. but now dah jadi separuh harga pulak.. tu yang boleh beli sampai dua sekaligus.. bila beli turqoise ni, teringat plak zaman aku kawin dulu pakai kaler ni..

So raya ni melaram la aku dengan mata palsu .. ngeeee




korang nak cuba?? meh la kita pakai sama2 masa raya nanti.. sapa2 nak minta aku belikan pun boleh ajer..

Wednesday, July 28, 2010

Interview



Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam pagi aku masuk opis lewat sikit, dah maklumkan pada boss.. aku nak pergi ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin untuk bawak Farhan interview.. nak masuk sekolah ni kena interview sebenarnya.. sebab sekolah ni bukan mudah nak masuk.. hanya yang benar2 layak jer diterima.. masa aku nak daftar online haritu, aku sebenarnya tak confiden sebab dengar citer sapa2 nak masuk sekolah ni kena dari Tadika Islam.. yang ada basic2 mengenai bahasa arab, iqra' semua tu la.. sedangkan Farhan tadika biasa ajer.. tp aku tetap daftar online.. mana la tau rezeki anak aku dapat masuk sekolah tu kan... tp aku dah daftar jugak sekolah biasa untuk Farhan di Selayang.. so kalau tak dapat Sekolah Al-Amin ni, aku masukkan jer sekolah biasa tu..

Ok sebenarnya tujuan aku nak masukkan sekolah ni bukan apa, tp sebab sekolah ni direct terus sekolah agama.. senang, dari pagi jam 7.30 pg sampai la kul 3.00 petang (kalau tak silap) lepas tu budak boleh balik rumah .. makanan semua pihak sekolah sediakan (kena bayar la tiap2 bulan).. aku berdoa sangat dia dapat masuk sekolah ni.. dari pihak pengetua tu kata, insyallah dalam darjah 6 selewat2nya murid2 akan khatam al-quran..

Pagi2 kami breakfast dulu kat McD.. alas perut dulu..



Masa ni dah sampai sekolah tu.. nampak confident jer farhan masuk sekolah tu


Sekolah ni tak besar, hanya ada 2 bangunan jer.. dan ada untuk sekolah menengah jugak



Sampai kat Pejabat, terus dapat surat ni


Bangunan yang tinggi untuk Sekolah Menengah, yang rendah tu untuk Sekolah Rendah la kan.. tak banyak bangunan




Masa ni kami semua menunggu anak nak gi Interview... tengok tu muka Farhan dah cuak dah .. hehehe 


Pastu Ustazah (tudung labuh) bawak budak2 yang nak kena interview kat bangunan lain.. berdebar2 mak bapak yang menunggu anak masing2..


 nampak tak farhan depan sekali tu


ok interview tu bukan setakat dia tanya doa2 tp ada ujian jugak tau.. korang tengok list kat bawah ni...  huh banyak kan?? dengar kata nanti darjah satu pun ada 14 subjek.. (pengsan***)


Masa Farhan di interview dan buat ujian tu, kami ibu bapa dipanggil Pengetua untuk sesi temuramah gak.. dia briefieng la cara pembelajaran sekolah tu bagaimana, sistem sekolah, latar belakang kita sebagai ibu bapa, kenapa kita berminat nak hantar anak ke situ.. Pengetua tu kata memang ramai yang daftar, lebih kurang 190 orang sedangkan dorang nak 110 orang jer.. tu pasal la kena buat ujian dan interview tu .. mereka akan pilih budak dari pelbagai sudut...

mmm nasib baik dia tak tanya macam2 pasal surah ke pasal fardu ain ke. hehehe .. kiranya memang sempoi jer berbual dengan Pengetua tu .. Lepas dah abis semua, farhan pun dah settle, terus hantar dia balik rumah.. dan dapat la upah aiskrim..


Mama harap Farhan berjaya la ujian tu dan dapat masuk sekolah tu.. tp andaikata tak dapat, mama redha.. Mama buat semua untuk Farhan, untuk masa depan Farhan jugak.. tp kalau Farhan kena sekolah biasa pun Mama tak kisah.. yang penting belajar.. kat mana2 pun sama jugak..

Tuesday, July 27, 2010

Medan, Indonesia (Day 4 - 19 Julai 2010)

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari last, tak de aktiviti special.. just jalan2 dan repeat tempat yang kami nak shopping.. Farhan abang yang boleh diharap, pakaikan adik stokin dan kasut.. senang kerja mama


macam biasa la bfast dulu kan..


pastu aku repeat lagi beli telekong dan kain pasang kat sini




kebaya ni cantik sangat.. tp ntah kenapa masa snap gambar ni tak perasan lak gambar ni blur



Ok lepas dah beli telekong, kami gi PASAR IKAN BASAH sebab ada kawan nak beli barang sikit.. yang aku tak suka kat sini ialah, bau pasar tu ya allah busuk nyer... kembang kuncup idung tahan napas.. apa taknya korang tengok jer la tahap kekotoran yang melampau ni... dah la busuk, pastu melampau pulak jemur ikan kering kat atas jalan jer.. tanpa alas dengan suratkhabar atau canvas.. sukati jer jemur ikan kering tu atas jalan kaki lima tu... terus loya tekak nak makan ikan kering


Lepas tu kami balik hotel jap sebab letak bag setempat .. pastu kami meneruskan misi kami lagi..


kami repeat lagi ke SOGO sebab ada kawan aku tu nak tukar barang.. so kami pun amik kesempatan beli barang2 lain sikit


tetiba jer mata aku terpandang kan bag GUESS yang cantik rupawan.. terus aku mengidam dan membeli dengan akal yang kurang waras. bukan setakat beli handbag, tp TERBELI purse sekali...hehehehe .. cuba la teka kalau pandai


dah kul 4 ptg baru kami check out dengan jayanya



ni masa kat airport Polonia


tiba masa untuk pulang ke destinasi tanah air tercinta



masa flight pergi aku jaga 2 orang budak ni.. masa flight balik turn papa dia pulak jaga... sebabnya emily tak mau duduk dengan aku.. asyik nak duduk dengan papa dia jer.. dia kan gelfren papa dia..


Ok sampai sini jer destinasi tahun ni.. pasni tutup buku holiday.. nak simpan duit untuk pindah rumah pulak...