Monday, September 30, 2013

Main baking2 dengan my lil Emily... Nutella Cupcake

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam tak de apa2 nak buat.. anak dara aku sibuk ajak aku baking.. macam la mak ko ni terer bebeno nak baking-baking ni kan.. so teringat haritu  HIRDA dan LIEYA sama2 pernah baking Nuttella cupcake.. bahan2 pun simple je.. semua ada kat rumah.. terus aku zas-zas bukak blog hirda untuk tengok resepi.. sama macam kes Lieya, aku pun menderhaka bubuh telur dua biji sebab telur aku kecik. hehehehe




simple jek bahan2 dia

budak busyuk masam tak mandi pagi dah tolong mama buat cupcake


 
tetap nak tolong pegang padahal mixer ni boleh stand sendiri kan.. main jek lebih tu
buh tepung
 


abaikan table top aku yang dah pecah tu. huhu bila nak repair..
panaskan oven
saki baki bancuhan nuttela tu dia pi makan.. dia kata
SEDAPPPP
baru jek masukkan
sudah naik dengan gebunya
          
tray pertama

tray kedua.. oleh sebab tak de topping apa2.. emily pun cucuk ler biskut love letters ni.. sukati ko lah nak..
Selamat mencuba..

Thursday, September 26, 2013

Bila suami memenuhi kehendak isterinya. awww

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hehehehe korang ni, tengok tajuk dah pk ke lain kan, kan kan.. tak de lah, sebenarnya aku perlukan periuk nasi baru.. yang sedia ada kat rumah ni besar.. untuk 2.8L.. periuk nasi tu aku jarang guna sebab aku menyampah.. selalu berkerak kalau masak nasi 1 pot je. maklum la sejak diet atkins kan, jarang la masak nasi banyak2.. masak untuk budak2 je.. Selasa petang minggu lepas sebelum balik kerja, kul 4.36 pm aku whatpps kat asben aku..  dua minit kendian dia pun balas. hehehe

hehehe Demi isteriku tercinta ... tak tahan tau.. pastu ingat dia kata "nak beli petang tu jugak" nak memainkan aku.. sekali betul...
 
gambar pertama :- sampai kedai dia whatapps aku gambar Panasonic ni.. aku cakap tak mo, sebab sama jenis mcm yang lama, periuk dalam dia tu besi biasa, mudah kerak
 
gambar ke dua - dia whatsapps aku gambar yang ni plak ... 1.2L haaa yang ni baru betul, aku suka sebab dalam dia besi kelabu, tak mudah kerak

 jeng-jeng.. balik2 rumah terus dapat...


pasni senang la nak masak nasi untuk anak2.. setakat 1 pot je kan.. apa ada hal, compem tak berkerak.. thank you abang.. periuk 2.8L tu kita simpan, bila tetamu ramai datang baru guna yang tu plak. hehehe

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday - Souvenir from Korea

Salam Bismillah
Mamam Farhan & Emily

Thanks to my lovely kakak for the souvenir

Susu pisang.. mmg teringin sangat2 nak rasa bila baca blog orang yang ke korea.. hehehe

Baju Tee untuk kami 4 beranak

Mask

Nail Clipper, Pen & FM

Bila turn aku nak sampai korea ni??? hehehehe

Monday, September 23, 2013

Jalan-jalan di Sabak Bernam.. ada apa yer...

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Wah jalan-jalan kat Sabak Bernam pulak kalini .. hahaha tajuk macam nak jalan2 gi makan angin je kan.. oklah semalam besday kawan kitaorang.. so dia nak belanja kitaorang makan2.. heheh orang nak belanja kan, macam orang mengantuk disorongkan bantal la jawabnya .. tapi kalini dia nak belanja kami makanan esotik.. makanan ekotik ni mcm binatang dlm hutan la mcm rusa, landak, kancil dan lain2.. sebelum ni kami dah pernah makan kat sini gak.. nama kedai ni Selera Rimba.. sebenarnya kami dah pernah makan kat sini tahun 2011.. boleh clik SINI kalau nak tengok citer yang lepas.. lebih kurang jam 12 tengahari kami gerak dari rumah menuju ke Selera Rimba ni.. jauh juga nak sampai ni.. lebih kurang 1.30 petang baru tiba .. masa ni mmg time makan la kan, orang pun ramai.. nak snap depan kedai pun ala2 segan.. tp nasib baik kawan tu dah call tokey dan order lauk siap2.. so kami sampai je, terus dia hidang lauk pauk.. mmg best la, sebab tengah lapar sangat2 ..

tokey kedai yang pakai kopiah serta isteri dia mmg sangat2 baik dan peramah..
okeh ni makanan2 yang kami makan...

sambal hijau yang mmg meletop, tempoyak yang manis dengan ulam-ulaman

air tebu

landak masa rendang

udang goreng

burung puyuh goreng

ikan baung asam pedas

ikan puyu goreng dengan keli goreng
 
** tiada dalam gambar tak sempat snap, rusa masak hitam.. sedappp

Lepas perut dah kenyang, kami terus gerak singgah ke masjid berdekatan.. pastu dah petang2 sikit kami terus ke D Muara Matine Park Sg Hj. Dorani Sg Besar.. kat sini ada jeti tau..masa kami sampai, nampak nelayan tengah punggah jala. derang tengah asingkan udang, ketam, ikan dari jala..


video

Mmg muai la beli udang, ketam dan ikan fresh2 dari sini.. tak de timbang2.. derang bungkus 1 plastik, kira satu bungkus tu RM10.. udang lipan panjang sejengkal.. ada la aku kira dalam 24 ekor.. murah kan.. pastu aku beli ikan sisa nabi dan ikan duri.. buat asam pedas mmg terangkat la.. ikan sisa nabi tu ada la dalam 16 ekor, dan ikan duri tu 6-8 ekor.. RM 10 je u'olsss.. ikan senangin je dia kira RM 5 sekor.. tp still berbaloi2..

 

ikan sisa nabi or ikan sebelah orang panggil




2 plastik penuh.. RM20 sajork

udang lipan.. panjang 1 jengkal jari aku


Dah borong haiwan di laut, kami pun balik.. sebelum pulang, singgah lagi membasahkan tekak kat Cendol Bakar..

Cendol Bakar VVIP- ada extra pulut, jagung, nata dan apa ntah lagi..

ayam goreng untuk budak2
kopok lekor losong.. RM 3.00 untuk 5 batang...
 makan je satu harini.. hancur diet... hahahah 

Thursday, September 19, 2013

Combine to Create - Katalog Pandora

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok harini just nak share a few pages yang aku snap dari katalog pandora untuk korang survey2 harga.. ada banyak helai ok, tp cukup lah aku share sikit2 je.. tak larat plak nak snap banyak2 mlam tadi. mata dah mengantuk lepas gosok baju.. dalam katalog ni bukan aje ada tunjuk untuk gelang je, tp rantai, subang, cincin semua ada.. tp aku fokus kat gelang ajer lah ye..

ni la katalog dia.. tebal jugak...

nak jadikan bracelet ni comel, of cos mula2 kena ada gelang dia la kan, pastu Charms, Spacers, Clips dan Safety Chain

tak berapa clear plak aku snap.. ok ada berbagai jenis gelang dia ok... dari hok murah sampai lah yang mahal berbelas ribu.. tu gelang ajer dik non.. yang mahal tu opkos la yang salut emas.. aku beli yang silver ajer

aku amik yang Sterling Silver.. saiz 18cm RM295... yang Oxdised Sterling Silver tu gelap sikit

ada jenis gelang cenggini.. tp rasanya mcm tak sesuai bubuh charms kot

ok ni Charms.. ada mcm2 jenis charm yang ada, dari jenis alphabet, animal, flower, family dan sebagainya.. harga bermula serendah RM126 bg yang sterling silver ... kalau ada yang gold plated harga akan di up kan lagi

jenis alphabet

ok bagi yang ada 14K gold harga dia akan melonjak tinggi.. nampak tak beza? dah nama pun gold kan
ni plak Clip atau orang panggil Stopper... fungsi dia untuk mengelakkan charms dari berlaga antara satu sama lain.. so biasanya orang bubuh la 2-3 biji clip @ stopper ni..

nampak tak beza harga .. walaupun size sama, tp harga lain2 la ikut jenis.. (kalau yang 14k gold tu telan air liur la aku)


Spacer ni plak, fungsi dia untuk asing2kan charm la gitu.. aku nak cakap pun tak reti. tp aku tau korang mesti paham


ok jom kita skodeng lagi charm2 yang ada.. boleh giler tau

yang ni cantik2.. ada batu2

 
berkenan aku yang Charm Mum RM380 tu dengan Friends Forever tu
 

aku pun aim Pandora Bow Bag tu.. yang Bow Purse pun comel.. arrhhh giler
ada lagi yang di aim.. Stiletto tu.. tp yang silver ajer la.. yang gold tu tak dapek la kot..

yang ni jenis colorful.. boleh ikut korang suka yang mana.. nak campur pun boleh, nak satu kaler senada pun boleh
contoh yang ni .. cantik gak kan.. yang sebelah kanan tu bukan gelang silver, tp dari leather.. cantik gak kan..

Ok entry ni just share kepada yang berminat dengan pandora.. kalau tak minat tak kisah.. tak de paksaan...kerjaan aku kini tetiap malam, bukak katalog...berangan dapat sebulan sebijik pun dah happy giler