Friday, June 24, 2016

Alhamdulillah akhirnya settle juga

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam dah gaji kan.. aku nak ucapkan alhamdulillah syukur sebab akhirnya berakhir sudah pembayaran loan kereta aku.. lege selega-legenya.. akhirnya Myvi J**4*** menjadi milik aku .. semoga dia akan terus berkhidmat bakti pada aku tanpa jemu-jemu.. sepanjang dia dengan aku memang tak pernah buat hal walau sekali (kecuali time bateri kong ajelah).. lain2 tak pernah rosak.. mesti korang tak percaya kan .. alhamdulillah dia mmg kereta yang baik.

Aku memang sayang sangat dengan kereta ni.. buat masa ni belom rasa nak menduakan dia lagi (tapi akan-akan datang tak tau lah kan. heheheh) .. Dulu kereta Myvi aku ni kaler hitam.. tp dah hampir 4 tahun (sejak 2012) aku tukar dia cat putih.. saje je sebab aku rasa kaler putih tu lawa.. masa aku beli dia, aku mengandungkan Emily.. ye maknanya sekarang dia dah 10 tahun bersama aku.. memang masa zaman aku buat loan kereta tu boleh buat loan 10 tahun. Nak bayaran keciklah kononnya.. tak kisahlah.. akhirnya dah abis pun bayaran aku..


tahun 2006


harini

nota ringkas :- makin cantik payslip aku.. senyum jek tengok gaji bersih dah besar sikit. hehehe

Wednesday, June 22, 2016

Anak-Anak Ramadhanku

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini Nuzul Quran.. Alhamdulillah KL pun dapat cuti juga.. tak de lah aku kene kerja sorang2 dan anak2 serta en asben duduk rumah kan.. so kalini dapatlah meluangkan masa bercuti bersama2 .. di kesempatan ini di hari dan bulan yang mulia aku nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Farhan & Emily .. sebenarnya hari jadi mereka pada bulan 10 nanti.. tp mereka berdua ni anak2 ramadhan.. Farhan lahir pada 10 Ramadhan manakala Emily lahir pada 17 Ramadhan iaitu pada harini sempena Nuzul Quran.. semoga anak2 ku ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.. Mama & Papa sayang kamu berdua hingga ke Jannah Allah swt.

Muhammad Farhan Naufal & Nazathul Emily Sorfina

nota ringkas : harini nak berbuka puasa dimana ye sambut besday mereka berdua.. 

Monday, June 20, 2016

Random Pictures #4

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini aku nak share pasal makanan jek.. heheh sorrylah bulan-bulan puasa tayang makanan pulak yek..  jom la kita tengok mana tau kot2 korang ada idea nak cari apa kat pasar ramadhan harini kan.. gambar kat bawah ni emily sampai tertido kat kedai makan masa tunggu waktu berbuka.. sian sangat keletihan baru balik sekolah.. kitaorang dah lewat sampai rumah, tak sempat masak tu yg bergegas pergi kedai makan.. sementara menunggu tu yang tertido..



yang kat bawah ni bubur lambuk.. hehe sapa tak kenal kan.. mmg boleh dikatakan mana2 tempat wajib ada bubur lambuk.. dan sepanjang hampir 2 minggu haritu, boleh dikatakan rezeki bubur lambuk ni selalu ada, tak pernah putus orang bagi dan tak pernah beli lagi.. alhamdulillah murah rezeki..


ni plak kerepek pisang tanduk legend.. kawan opis en asben yang jual.. so kitaorang try sebalang.. selalu pisang tanduk disagat bulat2 kan. kalini disagat panjang2.. mmg lain dari yang lain..  tp baru 2 hari makan, balang dah licin.. mmg tak sempat tunggu raya..


panjang kan??

ni aiskrim faveret anak2 aku, Aiskrim Jipangi..  kejadian ni lepas berbuka semalam di Midvalley.. selalu kalau farhan dia suka perisa coklat.. dan emily lebih suka kepada vanilla.. tp kalau ada flavour of the day tu strawberry dia suka combinekan perisa..  flavour of the day ni selalu tukar2.. kalau tak de flavour strawberry mmg emily takkan combinekan rasa dia.. aku plak suka biskut dia.. rasa biskut jagung ala2 biskut jagung bin bin masa kita kecik-kecik dulu.. 

Ok yang ni plak tepung pelita.. tepung pelita ni berbeza ye dengan kuih tako.. orang selalu konpius.. tako ada sengkuang cina kat dalam dan acuan dia dari daun pandan.. rasanya pun lebih keras sikit berbanding tepung pelita.. tepung pelita rasa dia lembik sedikit dan acuan dia dari daun pisang.. selalu kalau aku beli aku suka tepung pelita Paya Jaras.. rasa mmg sedap..



ni plak onde-onde buah melaka.. buat sendiri ni. ala senang ajekan.. kuih paling senang kot nak buat. hehe


Last but not least.. kuih cara berlauk... teringin sangat nak makan, en asben belikan.. rasa boleh la.. hehehe.. oklah nanti kita jumpa lagi



nota ringkas :- lusa 22hb Jun 2016 kita cuti nuzul quran kan? teringat aku masa lahirkan Emily 10 tahun yang lepas.. dia lahir pada hari nuzul quran.. kejap je masa berlalu... mama sayang adik

Tuesday, June 14, 2016

Puasa Pertama dan Kedua

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok harini aku nak citer pasal berbuka puasa masa hari pertama di kampung aku. ala simple2 ajer.. kebetulan mak aku nak buat pulut kuning dengan rendang daging.. awal2 puasa aku dah merasa  lauk raya ..  pastu kebetulan kakak aku nak sambut besday anak dia.. beli kek dan sambut dengan sepupu2 dia..

sebesen ha pulut kuning

rendang daging
lauk pun simple2 aje
kek yang menjadi rebutan sebab ada kit kat
Qistina & Emily.. kalau aku tengok gambar ni .. umpama aku dan kakak aku.. mcm tu la kami kecik2
Ok hari kedua plak, mak aku buat nasi jagung dengan ayam masak merah.. biasalah kalau dah balik kampung mesti nak merasa air tangan mak kan.. bukan selalu balik

pehh sedapnya.. 
nasi jagung
jelatah dia


ok tu je .. hehehe mcm tak ikhlas je nak update!


nota ringkas :- semalam dah dapat bantuan kewangan RM500.. korang dah start shopping ke? aku duit tu buat bayar insuran dan roadtax kete je.. kebetulan pulak bulan ni nak kene byr.. haiishhhh apalah nasib. hehehehe.. eh walau apapun aku tetap bersyukur tau.. 

Monday, June 13, 2016

Random Pictures #3

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Salam Ramadhan ke 8 harini.. puasa tak.. alhamdulillah aku masih berpuasa harini.. ok jom kita citer mengenai random pictures untuk harini.. tak banyak sangat pun, tp tetap nak share dalam blog kesayangan ni.. untuk kenang-kenangan la kan.. 

Ok awal Mei haritu heboh psl harumanis.. kan harumanis ni berbuah ikut musim..  bila tengok kat fb, kecur ailio tengok orang update status semua dapat merasa buah harumanis ni.. aku pun wasap tokey dia.. tp dia kata stok terhad, dan Q ramai.. so dia kata kalau nak, kene Q la dan bagi details .. tp tak jamin.. oklah aku Q gak sebab en asben kata bila lagi nak merasa.. tp bila dah masuk minggu ke 3 still tak de apa2 respon, so aku anggap tak de rezeki je la.. tp alih2 penghujung minggu ke 4 tu, tokey dia wasap aku kata stok buah harumanis dah ada.. alhamdulillah rezeki.. dan nasib baik buah harumanis ni sampai ngam2 aku nak bercuti balik kampung masa REUNION haritu.. dapatlah aku bawak balik kampung dan makan bersama-sama keluarga..

baru tiba di pejabat.. siap ada macam2 arahan sebelum boleh makan buah ni..
memang sedap sangat.. kuning dia pun lain kan.. 

Yang brooch ni plak Pegawai Khas kepada boss aku baru balik bercuti di kampung wife dia di Sabah.. siap minta wife dia pilih untuk aku lagi.. terima kasih ye tuan. mudah-mudahan murah rezeki tuan .. ada rezeki boleh belikan saya lagi.. eh! 


Ok yang ni plak aku beli minggu lepas.. self reward la omputih kata ... nak raya kan.. nak gak melawa2... dapat free gift sampul duit raya 10 keping


Ok ni citer anak2.. sibuk nak Buncit Bear.. jenuh la kami laki bini ni asyik pergi ke 7eleven membeli aiskrim la, choki-choki la.. hahah 2 minggu lebih gak baru penuh sticker ni untuk dapatkan Buncit Bear..


akhirnya dapat gak Buncit Bear negara Poland..
Semalam bawak anak2 pergi menonton wayang citer Teenage Mutant Ninja Turtle.. dah ujung2 cuti sekolah baru bawak derang pi jalan2 dan tengok wayang.. citer ni best gak.. biasalah aksi2 lasak tu mesti ada. tp aku suka.. tak rugi lah bawak anak2 pergi tengok.. tp aku rasa orang mengandung jangan pergi tengok la.. sebab ada 2 watak badak sumbu dengan babi hutan dlm tu.. macam tak elok je tengok kan.. 


dah ujung2 citer aku amik gambar ni.. masa ni konon2 Ninja Turtle ni semua dah diterima oleh penduduk bandar la.. dah diiktiraf mereka sebagai wira la..

Alhamdulillah cek dari Nuffnang dah tiba..Aku cashout 1 April 2016 ... rezeki sampai awal minggu haritu.. rezeki nak raya ni.. walaupun tak banyak mana, tp masih lepas la nak tambah2 beli barang nak raya.. siapa nak bagi kan? 



Oklah tu aje.. nanti aku sambung citer mengenai berbuka puasa di kampung ok.. babai

Friday, June 10, 2016

Mini Gathering @ Sambut Puasa bersama Ex Vokay Muar 92-93

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Dah lama aku & Supermom Vokay ni nak buat gathering.. dalam group wasap aku tu terdiri daripada kawan2 perempuan je lah. dah nama pun group supermom kan.. so senang tak de kaum lelaki.. aku kalau tak de lelaki ni rasa ok sikitlah nak jumpa-jumpa, nak laga2 pipi ke kan.. tujuan gathering ni sebab dah hampir 23 tahun tak jumpa ye.. lama giler.. dan kebetulan kami buat perjumpaan ini adalah untuk menyambut puasa sekali... so pilih punya pilih, kami set date 4 Jun 2016.. kebetulannya pulak dah cuti sekolah.. dan kebetulan juga nak balik kampung di Johor sambut ramadhan .. oh ye venue gathering kalini adalah di Muar memandangkan aku Ex Vokay Muar.. so ramailah kawan kawan aku yang masih duduk di sana.. jadinya kami2 yang duduk luar dari Muar ni terpaksalah turun ke Muar. hehehe.. panjang betul mukadimahnya..

Oleh sebab aku dari KL, malam 3 Jun tu aku dah turun muar.. aku stay kat Hotel Elite Muar 1 malam .. esoknya pagi2 aku dan en asben dah keluar untuk pergi sarapan.. dah alang2 datang Muar kan, haruslah cari makanan2 org Johor .. mmg faveret aku dan en asben pun.. 

orang muar je makan satay pagi2.. ni betul2 baru masak.. terus sampai kat meja
mee rebus
lontong
Jam 10.30 pagi aku dah check out hotel dan gerak ke rumah kawan aku tu.. alhamdulillah Akmal sudi memberi keizinan menjadikan rumah dia sebagai port gathering untuk kalini.. kami pakat2 bawak sorang sikit makanan.. tapi tiada paksaan.. mcm aku, aku tak bawak apa2 makanan memandangkan aku dari KL, susah nak bawak makanan kan (dah la bermalam di hotel pulak). so aku bg gift bunga sorang satu kat kawan2 aku.. gambar ada kat bawah... kawan aku Dilla dari KL pun tak bawak makanan, tp dia bagi duit raya awal2 pada semua anak2 kami.. dan yg lain2 semua mmg bawak makanan.. special thanks to Kak Ani sebab dia tukang masak .. dialah yang banyak sponser makanan2 kampung.. dah la masak sorang-sorang (asben dia ada gak tolong).. ok jom aku kenalkan kawan2 aku..

yg ni opkos la kan tuan blog ni.
inilah Dilla yang bagi duit raya awal2 pada anak2 kami
inilah Kak Ani tukang masak yang mmg pakar sangat2.. setakat masak lauk kenduri ke rewang ke serah je kat dia..
inilah Akmal tuan rumah yang kami buat perjumpaan ni.. Thanks Akmal sebab sudi pinjamkan rumah.. 
ini Nani.. kawan 1 dorm.. aku katil  atas, dia katil bawah. hehe
ini Min.. satu dorm dengan aku juga

ni Fidah.. dia ni paling cantik.. sweet je muka dia.. baru dapat baby tau
ni Ipah.. kawan sebelah katil aku belah kanan.. aku, ipah dan diana (gambar bawah) sekelas dan kami 3-3 ni mempunyai ketinggian yang sama.. orang panggil 3 stooges.. cehh
nilah Diana.. sama pendekkan dengan aku 
ini Gihan.. suami dia pak imam.. suami dia yang bacakan doakan kesyukuran dan untuk sambut puasa
dan ini Nozie.. dia dari JB.. 1 kelas katering dengan aku gak.. 
Sebenarnya tak ramai pun yang dalam group wasap supermom kami tu.. cuma ada 16 orang.. yang hadir 12 family (1 family lagi tiada dalam gambar sebab dia tiba setelah aku balik) dan lagi 4 family tidak dapat hadir sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.. ok amaran.... gambar kat bawah ni bakal mengundang dugaan yang tinggi. kalau tak tahan, scroll laju2 ok.. hehehe 

mee rebus ada
asam pedas ikan pari

ikan masin
ulam-ulaman

Sayur turi masak lemak
sambal tempe
sambal kering
telur masin

lengkong

kuih bakar
lengkong milo
lengkong mangga

meriahkan

Gihan bawak goodies bag untuk anak2

aku bawak bunga orkid dari Kaison untuk kawan2 tersayang

tuan rumah siapkan soda bandung yang super special sedap! rasa sebijik macam kat kenduri kawin

kami semua 1 dorm kecuali si kecik tu. hehe 
kecoh masa budak2 ni sampai
ni suami gihan.. dia yang bacakan doa selamat dan doa sempena menyambut bulan ramadhan


fidah dengan baby keciknya baru 3 bulan..



ok kawan aku Ipah bawak kek durian.. serius ni lah kek durian yang sedap pernah aku makan.. dia ni mmg dari sekolah (kamikan budak katering) pandai masak kek dan kuih.. serah aje kat dia.. dan sekarang mmg amik tempahan kek dan kuih2 raya.. tak padan kecik tu, serba serbi pandai..

tak sabar nak potong.. lepas potong kek jer, semerbak bau durian keluar..
Oklah oleh kerana aku tak leh lama sebab nak balik ke Johor plak, aku paksa budak2 ni bergambar ramai2.. macam2 ragam tau.. aku letak a few pics aje lah. kang muntah darah pulak tengok gelagat mak2 usia 40 tahun ni... oleh sebab aku ipah dan diana paling pendek.. so kami kene duduk lah kan.. kang tak nampak lak kecomelan kami ni. hehehe




Semoga persahabatan kami berkekalan dunia dan akhirat .. aku sayang korang semua..