Monday, June 21, 2010

Toy Story 3 ...

Salam Bismillah
Mama Farhan& Emily

Ramai kanak2 memang ternanti2 citer TS3 ni kan, anak2 aku pun camtu gak.. hari2 dok tanya bila nak  tengok Buzz, Woody dan Jessie.. kebetulan papa farhan ada belikan magazine Toy Story Issue 2 keluaran baru2 ni, dalam tu ada contest dan kalau menang boleh dapat free 2 tiket menonton TS3.. so aku pun tanpa melengah2kan masa, terus jer join contest bg pihak farhan la kan... ingat nak join gak contest anjuran nuffnang, tp bila tengok tarikh yang nuffnang beritau pada 14 Jun (Isnin) so aku tak jadi plak nak join, malas nak cuti.. so hari2 dok wish kalau la menang kan contest magazine toy story tu kan best.... dan alhamdulillah memang rezeki farhan, petang khamis Viola call aku beritau farhan menang contest tersebut..  dan bukan aku ajer yang menang, tp HIRDA dan SHAM pun menang gak.. tp sham tak pergi ikut kami, dia ke OU.



Oleh sebab dah menang tiket free ni sama dengan Hirda, so apalagi memang kami dah janji la nak gi menonton sama2. tak sangka, macam janji2 jer pulak hardy pun pakai baju Buzz lebih kurang dengan Farhan dan Emily.. sehati sejiwa kan?



tengah collect spek 3D



Cik Puan Hirda 

lepas abis nonton


kasi dorang can main kejap sebelum kami balik



mak gebu bersama si Lotso Hugging Bear

sebelum keluar, farhan request nak makan aiskrim BR




Balik tu kami singgah sini.. nak beli kain buat baju raya...

ok itu ajer..

Tuesday, June 15, 2010

Jom explore Petrosains, KLCC

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari Ahad baru2 ni tak de plan nak gi mana2 sebenarnya. lepas makan, terus my hubby kata nak bawak budak2 gi Petrosains.. terkejut gak aku, sebab aku sangat sempoi keluar masa gi lunch haritu, pastu kamera gabak pun tak bawak.. tak pe la pakai kamera henpon pun jadik la.. tu pasal gambar tak clean and clear.. tak pe la belasah jer la..

ni kat depan petrosains.. ada gambar TS3.. memasing sibuk nak tunjuk buzz dan jessie yang aku baru beli kat dorang tu. opss oleh sebab nak pergi petrosains pun secara mengejut, anak2 aku pun dressing ala2 mengejut gak la.. hehehe, sembarang jer, janji boleh kan, dengan rambut pun alahai, tak berminyak, tak ikat betul2.. serabai betul
e

ha bab ni kelakar, dia tanya aku berapa orang nak masuk kak, aku cakap dua dewasa, satu budak 4 tahun (mmg free) satu lagi 6 tahun (patut kena bayar).. tp badan dia ni kecik jer (memandai jer aku tambah2 ayat).. terus budak tu kata, tak pe la kak, saya kira dia budak 4 thun jer la.. so kira 2 orang la yer.. (so dua2 pun free) hehehe



ramai time ni maklum cuti sekolah kan
(kami ni pun satu hal, time ni la nak pergi, time tak cuti sekolah tak nak pulak pergi)

tu dia farhan siap lambai2 aku nak masuk dark ride..

gambar2 kat bawah ni, korang tengok jer la, tak reti sangat nak explain


yang ni pegang balang kaca pastu tangan kita keluar macam elektrik la gitu

yang ni plak pasal bayang berwarna.. ada 3 kaler, biru merah kuning
yang ni lain sikit.. tu papa tengah demo dengan anak dia nak buat butterfly



tempat ni mmg bagus untuk budak2. macam2 dorang explore..

ha yang kat tempat ni ada dinosour, farhan dah cuak giler

beso lak tu dinosour tu..






ha yang emily buat ni ialah kitaran tenaga.. tengok dia pusing sikit, benda tu nyalakan..

bila pusing abis, semua tu pun bernyala la





yang ni tulang dinosour

kat sini ada game untuk kanak2.. game TS3, tp masa aku gi dah cukup orang so anak2 aku tak dapat join, huhu


budak ni menang untuk peserta bawah 6 thn.. dia pasang2 alat2 TS3 tu

banyak lagi tempat2 yang menark.. tak larat aku nak snap semuanya.. pastu farhan dah merengek2 "mummy i'm hungry" so kami pun keluar.. terus aku sajes nak makan sushi, dah lama tak makan. opss masa kami keluar dari petrosains, budak2 dapat 2 kotak susu marigold free, sticker TS3 dan voucher TS3 gak..




yang ni fav aku - egg mayonise

ni plak tu tuna mayonise


yang ni belut.. 1st time aku makan, ok la sedap gak..


pastu aku amik set ni..



gambar last, tengok budak kepoh asyik kerja dia nak amik sushi tengah berjalan tu jer.. geram aku