Monday, June 30, 2014

Perjalanan Umrahku di Bulan Ramadhan - Selamat Berpuasa semua..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kejap je dah masuk 2 hari berpuasa kan... Aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan2 dan reader.. Alhamdulillah harini aku dan suami akan terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah sekali lagi.. cumanya beza kalini kami memilih untuk umrah di bulan Ramadhan.. nak rasa suasana berpuasa di sana... Insyallah kami akan balik ke sini pada 11 Julai 2014.. anak2 aku tinggalkan mereka kat kampung.. semoga anak2 aku dilindungNYA..

Plan nak mengerjakan umrah sebenarnya dr awal tahun haritu.. memula plan nak pergi hujung tahun ni, tp suami aku cakap, dia niat nak pergi umrah lepas abis study master dia.. perkara yang baik tak elok la ditangguh2kan.. setelah beberapa kali kami berbincang, kami amik keputusan nak pergi sebelum raya ni.. sebab cuti sekolah hujung tahun ni nak kasi peluang bawak anak2 pulak berjalan2.. bila tengok kalendar, dia abis final paper pd 15 Jun 2014 ..  so tarikh pemergian yg sesuai jatuh pd bulan ramadhan.. bulan April haritu kami mendaftar dan bulan Mei kami selesaikan urusan dokumen apa2 yg patut. alhamdulillah semua berjalan lancar.. terutama sekali visa... 

Korang ingat tak Entry NI? maybe korang tak perasan apa2 kan.. sebab tajuk entry aku letak, ada perbezaan tak. heheheheh saje tunjuk gambar pasport untuk visa masa tahun 2012.. pastu aku amik sekali lagi tahun ni.. gambar ni untuk urusan Visa aku thn ni.. Alhamdullillah, sebenarnya aku dan suami dah hampir putus asa sebenarnya.. sebabnya ramai yang tak lepas visa, sebab bulan ramadhan mmg ramai umat islam dari seluruh negara akan ke Tanah Suci. dan juga sebab penyakit MERS tu, ramai yang tak lepas visa ni .. tp alhamdulillah 2 minggu sebelum bertolak, Visa kami lepas.. Kalini kami memilih Utas Travel & Tours sebagai agent..  kami memilih Utas Travel kerana jarak hotelnya yang hampir dengan Masjidil Haram.. sebab kita pun tau, bila bulan puasa, tentu kita akan letih sedikit.. dengan aku ada masalah kaki dan suami ada masalah tulang belakang.. jadi kami harus memilih untuk keselesaan kami juga.. (memang orang kata kalau jarak jauh lg banyak pahala, tp kesihatan tetap kene utamakan) ... sebelum pergi, banyak kali aku google mengenai umrah di bulan ramadhan.. nampaknya mmg seronok sgt berpuasa di sana.. ada juga yang pergi umrah DIY.. lebih murah dan jimat.. tapi aku lebih suka pergi dengan travel..senang tak yah pikir apa2, semua diuruskan... tinggal bawak badan je.. tak kisah la bayar lebih sikit janji tak pening kepala nak uruskan macam2. hehehe.. pilihan masing2 lah kan.. tak de paksaan..

Kalini kami ambil extra suntikan iaitu suntikan influenza.. Suntikan ni digalakkan untuk sapa2 yang nak ke luara negara.. Doakan2 kami selamat semuanya dan dipermudahkan urusan ibadah umrah kami ye.. 


Entry Autopublished

Wednesday, June 25, 2014

Birthday Party Fatin Humaira


Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Dah lama tak pergi besday party, banyak kali dapat jemputan, tapi selalu je ada aral  .. kebetulan last week dapat jemputan dari kawan fotopages/facebook.. kenal dari anak pertama sampai dah ada anak ke3.. kalini dia buat besday di RUANG, Subang Jaya. besar juga tempatnya.. mmg sesuai sangat untuk sebarang event


Tema kalini My Little Poney.. kawan aku Surya ni mmg pakar bab2 ni.. pandai sangat mendeko untuk majlis2 dan juga pandai buat candy buffet dan kek.. jom kita tengok


biskut ni dia buat sendiri kalau tak silap aku.. comel kan.. sedap pulak tu

kek yg sangat comel.. nak potong pun mcm sayang jek kan

cup cakes

yg love tu rasa dia mcm agar2 santan.. comel dan budak2 pun suka.. yg dalam cawan tu jelly ..

Mini pretzel


brownies

ni gambaran seluruh candy buffet.. cantik betul






untuk budak2 pompuan

untuk boys

deko atas meja


alamak makcik tembam ni.. awning kemain muncung sgt.. bajet muka panjang ler tu... pdhallll





ni ler besday girl nya.. comel



food dia banyak, tp aku tak snap pun.. ni antara yg aku makan.. DIY

ada contest melukis poney paling comel..

ramai cuba nasib

emily bab2 lukis mmg suka


ni Farhan buat.. simple jek



ada mini tatoo

comelkan...

ada games joget2 masa ni..
Emily menang contest melukis.. dapat tee shirt printed gambar poney.. happy sangat2 minah kecik ni..
 
ok time tu nyanyikan lagu besday untuk besday girl


Ok tu jek.. mmg meriah sangat2.. insyallah ada rezeki dan masa, rasa nak buat juga besday party untuk Emily dan Farhan tahun ni..

Tuesday, June 17, 2014

Jalan2 Hujung Minggu

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Lama betul tak update kan.. sibuk sikit.. lately ni banyak benda aku nak settlekan sebelum bermula bulan puasa ni.. nak settlekan kerja, nak settlekan anak2, rumah, tukar duit dan lain2 lagi.. serabut rasanya.. tp tak pelah aku buat sikit2.. tiap2 ujung minggu aku mmg tak de rumah.. tu pasal rumah dah ala2 tongkang pecah.. sejak bibikless ni mmg rasa tak daya nak buat semua sorang2.. takpe pelan2 la kayuh... Alhamdulillah ahad baru2 ni 15 Jun suami aku pun dah abis final exam master dia.. mcm tak percaya je rasa.. padahal aku rasa dia baru jek daftar masuk UTM hujung tahun 2012.. alih2 dah abis dah.. sempat juga aku tolong2 dia siapkan thesis dia.. semoga asben aku lulus dengan cemerlang dan grad on time.. leh la konvo ujung thun ni.. ni dia dah abis study, aku pun dah boleh tarik nafas lega.. dah boleh la kami cuti2 mesia kan.. dah lama rasanya aku tak pi bercuti.. aku pun sangap rasanya... boleh dikatakan kami mmg banyak berkorban la sejak dia study ni.. anak2 pun tak merungut walaupun dah 2 kali cuti sekolah, 2 kali kami tak pi mana2.. so lepas ni boleh balas dendam kan anak2. hehehe.. ok lepas abis final exam dia, kami pun bawak anak2 ke OU, sebab nak bawak anak2 tengok wayang.. tp sebelum tu kami singgah di Chillis.. konon2 sempene father's day, tp asben aku gak yang bayar. hehehehe (kami tak sambut pun sebenarnya, kebetulan ajer)


nampak tak mokcik dah tembam ...  pipi dah gebu kembali.. ramai tegur aku ms kurus haritu... dah serupa orang sakit/muka nampak tua.. ramai lebih suka pipi tembam2 sikit berbanding pipi cengkung.. tp bukan la mcm dulu2 masa pipi mcm pau kukus..  ni sekarang kiranya sedang2 elok la ni.. pipi paw baru nak kembang..

My anak dara yang semakin banyak ragam.. terlajak manja.. nak kene bagi adik baru ni baru kurang manja kot. hahahah



selalu air kitaorang beli 1 je.. bottomless kan.. 3 kali tambah. hahaha lagipun budak2 mmg dapat air sendiri masing2

Aasben aku makan lambgrill kot ni.. aku makan beger je.. malas nak makan berat2.. nampak kecik kan.. tp sebenarnya besar ok.. jenuh nak ngabiskan

 kids mcm biasa eat for free kan... A'am amik cheese pizza, emily amik ayam goreng



Dah makan, kitaorang tunaikan janji bawak budak2 tgk How to Train Your Dragon 2 .. best jugak la.. mengelekek2 budak2 ni ketawa... insyallah minggu depan nak bawak budak2 tengok transformers lak sebelum puasa dan sebelum derang kene tinggal..

 

Abis tengok wayang, cam biasalah jalan2, nak ngabiskan masa



Kat luar bangunan OU ni ada festival apa ntah la.. mcm2 ada.. jom layan



Iwan dari Bola Kampung The Movie... ada soal jawab dengan budak2 ni.. emily dpt banyak gift dari Bola Kampung ni sebab berjaya jawab soalan..
Sabok.. suka gigit daun. hehehe
 Masuk dalam jumpa binatang ni lak


Pastu kat dalam ada promosi McD.. ada la 1 game ni budak2 boleh naik slide.. orang tua pun boleh.. tp tak koser la aku nak naik sama.. Emily naik sorang2.. A'am tak mo

Beratur dulu

Add caption

ada booth untuk amik gambar jugak

tu emily kat atas.. tengah get ready

 Last sebelum balik, amik gambar dengan Ronald McDonald. heheheh