Friday, November 9, 2018

Farhan & Emily - Road to Shanghai - Day 5 (25 November 2017)

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini last day, plan harini sebelum bertolak ke Airport kami akan ke Wishing Park .. area2 Disneyland jugak. kat situ boleh berkelah, boleh naik basikal.. so best jugaklah meluangkan masa kat situ.. jom kita tengok..

sebelum keluar sarapan maggie dulu. abiskan stok yang ada
 Kami naik shuttle bas je ke Wishing Star Park ni.. sejuk sungguh masa ni.. tp aku malas nak pakai sweater bagai.. kebal la konon. pakai jaket jeans je ni.. pastu merasa lah ko beku. hahaha






Kat sini kami sewa naik basikal

kami sewa selama 1 jam je.. tu harga rental nya. bersama deposit




kami naik basikal roda 4 ye. bukan roda 2. hahaha


beginilah gamaknya rupa basikal tu.. penat mengayuh.. stamina kurang. anak2 rileks je kat belakang. hahaha




cantikkan 3 basikal bersusun. mintak tolong orang yang lalu lalang kat situ tolong snapkan gambar

sampai je kat situ, kitaorang terus siap2 berpiknik abiskan stok apa yang ada







Sejam jugak kami berpiknik dan lepas tu terus kami balik semua ke tempat asal untuk pulangkan kunci basikal dan amik balik deposit













Dah puas posing-posing ka sana, kami balik hotel sebab nak check out sudah.. mintak receptionist panggilkan taxi




Bye-bye Toy Story Hotel.. ntah bila nak datang lagi.. tapi rasa tak datang lagi sini kot..
baik pergi Disneyland Tokyo pulak. heheh




Kat Airport Shanghai pun ada Halal Food di atas.. so tak bimbang kalau lapar2 boleh makan di Airport.. semua berjalan lancar kat sini alhamdulillah. kami selamat tiba di KLIA pada waktu malam.. Terima kasih kepada BFF kerana dapat besama-sama berjalan-jalan2 pada kalini. Insyallah lagi 2 minggu kita akan terbang bersama2 lagi.. tamatlah holiday ke Shanghai Disneyland.. legaaaaa

Thursday, November 8, 2018

Farhan & Emily - Road to Shanghai - Day 4 (24 November 2017) Shanghai Disneyland 2nd Day

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok tak sabar nak settlekan 2 lagi entry pergi Shanghai Disneyland ni.. lagi 2 weeks nak terbang lagi. so kene abiskan cepat2 lah kan.. supaya nanti boleh isi dengan citer holiday yang akan datang.. so kalini aku tak kan menceceh lebih2.. tp aku banyak letak gambar je lah ye. nak citer apa pun tak tau. biar gambar jelah yang korang tengok supaya boleh dapat gambaran bila berada di sana. 


naik shuttle bas ke Disneyland



orang tetap ramai








Lepas bergambar di luar kami terus ke rumah Mickey Mouse.. pergi sini sebab nak bergambar dengan Mickey Mouse




malu malu plak jumpay Mickey














 
Jaja Emily Mia

 


nilah baju yang kami janji nak pakai sama masuk dalam Disneyland.. selesa sangat baju ni. kaler pun cantik kan. nasib baik tudung masing2 matching masa ni.


 
 

lepas tu kami singgah kat sini.. budak2 nak amik gambar characters dari Liong King dan lain lain







 



 
 





 
 

 







 
 







 

 


 
 


 



Sebelum kami keluar dari Disneyland.. kitaorang pose dulu kat castle.. lawa sangat.. dah la photographer yang amik kan. puashati







Lepas keluar dari Disneyland, kami ke Disneytown.. ok kami ke sini sebab Farhan dan Emily ajak ke Build A Bear ni.. ni kali ke dua kami ke BAB ni.. kali pertama masa pergi Gold Coast.. tengok SINI..


 














Ok tu je untuk hari ke 4.. esok last day kami nak balik dah.. memang kami ke Shanghai ni plan nak ke Disneyland jer bawak anak2..