Mama Farhan & Emily
Harini aku nak bercerita jer.. gambar tak de.. buleh??? ala tak nak baca pun tak pe.. aku tetap nak kongsi satu cerita yang pada aku cukup kelakar..
Petang semalam, balik dari kerja suami aku cerita kat aku yang dia baru balik dari sebuah bank. masa kat dalam bank tu dia ada ternampak "seorang" mamat ni.. mulanya dia tak amik peduli, tp lama2 dia tengok mamat ni makin kecoh cakap tak berhenti2 kat belakang.. tp dia buat2 tak kisah la..
Tak lama kemudian, mamat ni gi kat kaunter..
Mamat : Saya nak keluarkan duit saya..
Kaunter : tp buku bank ni dah tutup encik.. dah kena potong kat tepi buku ni..
Mamat : eh mana boleh.. saya dah bukak buku ni dah lama.. dr tahun 1988 lagi.. ni dah 2010.. mesti dah banyak dividen...
ok korang nak tau berapa baki duit dalam buku tu?? ok ada RM1.66 SAHAJA!!!
Kaunter :- tp buku ni dah lama ditutup.. dari tahun 1995 sebab tak aktif
Mamat :- eh mana boleh, saya nak repot kat Bank Negara.. ni dah kes penyelewangan dah ni.. dah la bank ni menyusahkan saya.. dulu bank ni kat Selayang Baru, semua orang Bandar Baru Selayang kena datang ke Selayang Baru.. sekarang ni pulak bank ni dah pindah dekat Bandar Baru Selayang.. tak pasal2 orang Selayang Baru kena datang sini (hahahaha statement ni TAK BOLEH BLAH kan??? kalau dah bank tu pindah pat lain, kita as customer pergi jer la mana2 bank kan.. BONGOK)
Kaunter :- mm ok la awak isi borang ni (act kakak kaunter ni dah malas nak layan.. tp dia buat2 la amik details orang ni biar cepat2 pergi) ... ok sekarang saya bg awak RM 2.00 , pastu awak boleh balik
Mamat : Ehhhh duit saya bank hutang RM1.66 jer.. nape bagi RM2.00??? nanti saya kena bayar balik hutang kat bank 34 sen.. bg saya duit cukup2! (hahaha masa suami aku citer ni, aku dah berair2 mata ketawa.. mamat ni sewel ke apa????)
Kaunter :- tak pe2, awak amik jer RM2.00 tu.. lagipun sekarang ni dah tak de duit 1 sen... awak amik jer la (duit RM2 tu rasanya pakai duit kakak tu kot, sbb dia pun dah malas nak layan)
Korang tau, mamat sewel tu sampai kena eskot dengan security bank sampai luar.. sampai hilang pandangan sebab dia tak abis2 membebel sorang2.. hehehhehe ada jugak ek orang gitu?? buku bank dah tutup pada tahun 1995... pastu hujung buku bank dah kena potong... tp still claim ada duit dalam tu.. kalau banyak, berbaloi jugak nak tuntut.. tp sekadar RM1.66.. pastu tak pasal2 tuduh pegawai bank menyeleweng... dan tak tahan sebab nak repot kat Bank Negara.. kesian betul la mama tu..
** kalau aku jadi kakak kaunter tu pun, aku buat benda yang sama.. aku bagi jer RM2 tu.. malas nak kecoh2 dan pening2.. hahaha sah2 layan orang sewel kan?? oh ya kejadian berlaku sebelah suami aku jer.. tu pasal dia dengar jer mamat ni bercakap.. orang kat situ dah tutup2 mulut dah menahan ketawa... sebab orang ni cakap kuat betul!