Showing posts with label geng uitm. Show all posts
Showing posts with label geng uitm. Show all posts

Friday, September 21, 2012

❤ Open House terakhir Syawal ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kisah hari terakhir syawal haritu.. kiranya last day open house la kan.. rumah pertama kami pergi yelah rumah Kak Azah, teman semasa menunaikan umrah dulu... rupanya rumah dia kategori dekat la dengan rumah aku. adalah dalam 20 minit gitu.. kat Ulu Yam sana.. okeh la tak la jauh sangat.. moh le kita serbu


Cantik rumah Kak Azah ni.. orangnya kecik, tp pandai masak, macam2 food ada, tp tak semua aku makan, kang sat gi se'eh perut cemana aku nak membedal kat rumah satu lagikan. so amik apa2 yang patut jer la.. Kak Azah masak nasi ayam, murtabak, lontong johor, rendang, dan macam2 lagi la.. kalau aku taip semua list food ni mau aku hantuk kepala sebab nyesal tak jamah semua2 tu ...

suweeetkan Kak Azah?? umur 42 thn anak 4 orang.. nampak muda sangat2

Dah siap makan, aku terus gerak ke Putrajaya.. rumah pertama yelah rumah Mel kawan se UiTM dulu .. ada besday anak dia .. masa aku tiba baru jek lepas anak dia tiup lilin.. haha melepas lagi tengok cake cutting.. tapi tak de hal ler.. janji food banyak lagi.. haha dasar kuat makan... kat sini tak sempat nak snap pic sebab food pun banyak yer.. sampai tak tau nak makan apa.. semua sedap2 dan tuan rumah sangat rajin me"refill" food2 tu .. mmg tak putus food ler.. pastu tak sempat nak bergambar dengan besday boy sebab dia sibuk posing2 dengan official photog.. so tak mau kacau.. oleh sebab mmg dah janji dengan geng2 yang lain nak pi rumah derang.. so kami pun tunggu la kejap.. tp ramai tak muncul.. balik2 muncul muka2 ni gak.. tp tahun ni fina ada.. dia baru balik dari Austria.. yang best dia balik bawak baby Amni.. (kami semua masih keep in touch walaupun dah hampir 10 thn tinggalkan UiTM)


tudung bubble colorful tu Arin & baby Qistina
semua muda2 lagi yer.. aku jek yang KERTU.. maklum la masa mula2 masuk UiTM time tu semua freshie lagi baru abis SPM, aku jek masuk UiTM lewat umur 23 thn.. so sekarang ni of cos la aku yang paling tua kan
 

Nazalia - Ummi 3 orang hero.. tu yang try dukung baby Amni amik berkat, kot2 dapat baby girl plak lepas ni

haha yang ni pun amik berkat, kot2 lepas ni melekat gak ke kan.. sian anak2 aku sibuk nak adik

Fina bertudung Hitam, dan Uji bertudung krim... kami semua PA-PA yer.. haha dah sah2 la dari UiTM dan course yang samakan
candid! semua pandang kat kamera lagi satu
ha ni baru la semua pandang kamera
 

bagaikan 5 beradikkan
 

❤❤ hopefully next year dapat kumpul lebih ramai lagi .. insyallah rumah kak mi boleh jadi tempat perjumpaan

Tuesday, May 24, 2011

❤ Gathering Dss 1999-2001 ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ni citer hari Wesak ... ekceli bekas lecturer kami En Masrur request nak jumpa kami semua.. En Masrur ni sambung study kat UK, dia balik sini 2 minggu ada hal, so alang2 katanya teringin nak jumpa kami semua.. apasal budak kelas kami? pasal, katanya kami lah student pertama yang dia ajar.(baru lepas grad ar masa tu).. so dia kata, oleh sebab kelas pertama yang di ajar, dia tak leh lupa la dengan "kenakalan" kami dalam kelas. hahaha mmg suka sangat sakat dia masa kat kelas dulu.. opss masa ni dia datang dengan anak sedara dia.. isteri dan anak2 dia masih di UK. huhu sabo je la.. btw aku try untuk kumpulkan kawan2 sekelas, tp ramai yang ada komitmen lain dan juga masing2 jauh di merata2 tempat.. so diskas punya diskas, akhirnya kami bertujuh je yang boleh jumpa.. tak pela, sikit2 pun meriah gak.. kami plan buat potluck secara kecik2 jer sebab plan pun last minit, mana sempat nak buat macam2..

Korang tengok je la, walaupun tak ramai, tp meriah.. food pun tak banyak, tp amat2 mengenyangkan kami.. aku bawak kopok lekor, sandwich telur, air soya dan air coke.. yang lain2 pun ada, tp tak ingat la apa bendanya..

yang spek beso tu Arin dan anak dia Harith.. yang sebelah tu Mel tokey Tiramisu dan kat sebelah tu la En. Masrurnya..



ni kalau tak kenal, meh aku babap sorang2..


ni Sally dan anak tunggal dia Memey..


ni Rozni a.k.a Ugy with danish & hadi



En Masrur & Ammar Khalish anak Achot


the food.. simple tp mengenyangkan


Arin & Mel


my family.. alamakkss gemuksnyer aku


beria-ria arin bercerita .. penuh ekspressi muka




alamak korang lagi.. suka tau entreprem muka.. hehehe


Aku & Achot with lil Mira comels


from left Ugi, Sally, Me, Achot, Arin, Mel dan dibelakang Lia (baru abis pantang)



kami ramai2 sebelum balik.. sori la kemera cabuk je, tu yang nampak halus2 belaka.. ce kemera dlsr.. compem cantikkan..


last gambar sebelum balik.. will miss you all again..


hopefully kita akan terus berkawan sampai bila2 dan akan ada lagi gathering pada masa akan datang....
keep in touch ok girls