Thursday, May 16, 2013

Diet sebelum dan selepas.. Diet Atkins

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah, setelah 2 bulan lebih berdiet.. berat aku mmg dah lost almost 10kg.. syukur padamu Ya Allah.. tak pernah aku termimpi akan kurus balik walaupun dah berbagai cara aku buat.. dan kini walaupun ada 5 kilo lg yang aku nak turunkan, tp aku tak mo turun secara drastik.. biarlah perlahan2 janji turun dan tak naik2 lagi. Daripada turun dengan drastik tp nanti naik pun secara drastik jugak. 

Alhamdulllah, aku dah boleh amik karbo seperti biasa tp masih dalam kuantiti terkawal.. dan walaupun aku dah amik karbo sedikit demi sedikit, berat aku tak naik2 yer.. tu part yang aku paling suka.. pinggang pun alhamdulillah dari saiz 32 sudah ke 29.. In Sha Allah lepas aku balik dari HK nanti, aku akan puasa rejab, syaaban and of course bulan ramadhan.. disamping dapat pahala berpuasa, dapat juga aku menjaga kesihatan. In Sha Allah..

Untuk yang tidak tau, aku mengamalkan diet atkins.. bukan diet dengan mengambil apa2 produk.. bukan nak kata produk tidak bagus, tp maybe aku jenis yang tak suka bergantung pd sesuatu produk sebab aku cepat jemu..

Yang gambar sebelum tu gambar aku masa kat Istanbul.. giler tembun ... pipi macam kuih pau.. perut aku terpaksa cover dengan bag (mujur bag beso) sebab perut aku serius mcm preggy 5 bulan.. peha ajer toksah cakap, maluuuu hahahaha (gambar ni aku buat bulan April yang lepas.. tp baru harini aku letak kat sini)



Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday - Puding Triffle Versi Puan Mimi

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Masa buat makan2 kat rumah sham haritu, jenuh aku pikir nak masak apa la yang best kan. so akhirnya aku pilih nak buat asam pedas dan puding triffle.. asam pedas dah biasa kan, so ni aku nak share resepi hentam keromo puding triffleku.. tp menjadi ok.. ramai kata not bad rasa dia, kira sedap la tu. hahaha kembang kempis hidung aku. hahaha.. ok shadaaap you.. kata wordless tp kenapa merapu2.. lempang kang..

bahan2 wajib ada

tukang susun

potong kek dan masukkan dalam mangkuk

penyek2kan kek tu sampai padat.. bubuh sikit air dari fruit cocktail tu supaya lembap2 sikit kek tu

1 tin susu cair + 1 tin air kosong (guna tin susu cair tadi)

3 sudu besar membumbung tepung kastard + 3 sudu gula pasir

kacau sampai mendidih dan hampir pekat

bila dah meletup2 pekat, matikan api dan curah ke dalam mangkuk plastik tu

susun buah dalam mangkuk tu

yang tang kristal jelly atas tu aku guna brand Nona. mmg paling sedap .. dan biasanya orang guna kaler merah rasbery baru cun, sebab nampak layer dia tp sebab dah abis, aku beli perisa manggo... sumpah sedap.. cara nak masak kristal jelly ni korang follow jek sebijik sebijon kat belakang kotak Nona Jelly Kristal tu yer.. compem menjadi


SELAMAT MENCUBA


Tuesday, May 14, 2013

Mother's Day @ Sham's Home



Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ahad lepas, Sham buat house warming sempena masuk rumah baru. kebetulan Ahad tu Hari Ibu so kitaorang celebrate sekali.. food meriah gak haritu.. walaupun Sham masak macam2, tp kami as BFF ni mmg selalu akan bawak makanan @ potluck.. Aku bawak puding triffle dan Asam Pedas Ikan Pari, Lieya bawak Ayamas dan Hirda bawak Kek Secret Recipi.. Sham masak macam2 gak, ada sayur campur, ikan kerapu 3 rasa, masak lemak ayam ciliapi, ikan bulu ayam masak sambal, sambal udang dan lain2 lagi.. mmg penuh perut haritu.. aku dan lieya cheat day gak la haritu. tp still lebihkan protien dan less karbo ..


hidangan untuk suami2 di atas meja

ikan bulu ayam sambal

sup sayur campur

sambal udang

tu dia, Lieya tengah memotong ayamas
 
Asam Pedas Ikan Pariku
Kerapu 3 rasa
Ayamas
 
Ayam masak Lemak Cili Api

puding triffle ku
 
tukang senduk nasi

bapak2 makan kat atas

ibu dan anak2 kat bawah jek

mia mija jek bagus nak makan, yang lain, main lebih penting. hehehe
bapak mithali tengah suap anak makan tu. hehehe

aam jek nak duduk dengan geng bapak2

jemput makan
lama kitaorang tak jumpa tau.. pasni projek berbuka puasa plak.. tunggu
 
budak paling baik.. duduk diam2 main ipad jek..
emily di apit mia dan echa.. awak bila nak berisi cam derang ni emily??
mia memula malu2 nak main, lama2 terus rapat

acara di tunggu2 .. potong kek mother's day


terharu.. ada nama kitaorang


cari posisi lain sebab nak amik gambar ..
hirda tengah bagi arahan kat budak2..
gambar ni kelakar, semua mata tengok tempat lain.. aku tengok kamera aku, sham tgk kamera dia. hahaha
 

budak2 nyanyi lagu untuk kami


last but not least.. kami semua dah hampir slim kan?? sham pun sikit lagi tu nak slim.. hirda, cepat diet!


psst:- Happy Mother's Day U'ollsss

Friday, May 10, 2013

Salam Jumaat yang ceria - Menang CLINIQUE VITAMIN C LIP SMOOTHIE #PINK ME U

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Malam tadi dapat message dari page Best Buy World Malaysia  di FB yang aku menang sebatang CLINIQUE VITAMIN C LIP SMOOTHIE #PINK ME U.. wah tak sangka menang tau. Kiranya 1st time menang ni.. maklumlah selama ni ingatkan share2 kat fb ni takut tak betul. tapi lepas terjumpa page Best Buy World Malaysia, aku just try nasib. lgpun hadiah dia pun best, boleh la pakaikan .. (agaknya kalau menang ipone ke harus aku pengsan dulu!).. Aku join ni dah lama, 8hb April 2013.. kira sebulan baru dapat jawapan..

ni banner masa dia mula2 keluar dulu..

nampak tak aku share tu pada 8 April 2013.. malam tadi baru dapat jawapan.. yeh.. happy

Thursday, May 9, 2013

Marilah mari, kita mengundi - KL - Segamat - Kulai - KL

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Wah sana sini citer pasal mengundi ek.. kat FB toksah cakap la.. kemain seme share gambar jari memasing yang runcing kene celet dengan dakwat biru. hehehe, oklah aku pun sama gak, balik mengundi ni, 1st time mengundi walaupun umur dah lanjut.. pagi sabtu kami dah balik ke Segamat, petang tu sempat tengok Ironmen 3 kat One Segamat.. best woo rugi plak tak tengok awal2..

Pagi Ahad, kengkonon nak pergi awal, tp kami keluar lewat gak. dalam kul 9 pagi baru aku keluar dari rumah. sekali sampai, mak aii dah beratur panjang.. panas terik lak pagi tu.. aku beratur sorang2 la kan.. anak2 tinggal kat rumah..


aku mengundi di sekolah ni. tapi ni bukan sekolah aku. huhuhu
nak masuk pun sekolah pun tunggu turn, tak leh ramai2, kang sesak plak


Sila la semak anda saluran berapa.. aku saluran 5, untuk orang dah umur2 macam aku la ni




kemain dia salut jari aku... macam berinai plak salut depan belakang

Saya dah tunaikan tanggungjawab saya. heheheh eh tunjuk jari tu macam melucah jek. hahaha


Tetiba jumpa gambar ni kat FB. lawak giler. korang jangan buat cam ni tau.. kang seminggu tak keluar rumah



Korang undi apa?? aku??? hehehe adalahhhh..