Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Pagi2 dah bangun.. Shuttle bus akan jemput kami jam 9.15 pg di lobi hotel. Kami bfast roti je kat bilik.. tak pergi pun bfast kat hotel pun sebab cam tak confident je kan. so dengan semangat kul 9.00 pagi kami dah turun kat lobi.. masa kami amik pakej ni, ada 1 family chinese pun ikut pakej ni. so derang pun tunggu gak shuttle bus ni..
ni ler hotel kami.. hotel budget je pun. jadi lah, untuk mandi, tido, solat segala kan..
biliknyer mmg sempit yer.
lobi pun kecik ajer..
ok ni la ticket/voucher USS yang perlu kami tukar ..
yeh shuttle bus dah sampai.. tak ramai pun dalam tu.. kita kitaorang jugak la.. ada 10 orang.
masa nampak shrek punya castle ni dah bedebo2 dah.. tak sabar nak sampai
ni ler tiket yang telah di tukar..
alhamdulillah tiba jua kaki kami sampai kat sini.. seronok budak2.. oleh sebab cuti sekolah, masyallah ramainyer orang .. cuaca pun hangat.. berjurai2 peluh menitik okeh.. tp aku tetap bersyukur sangat walaupun panas terik sebab kalau kami pergi esoknya (sabtu) hujan turun sepanjang hari..
sebelum masuk dalam USS
masuk2 je terus ternampak Kung Fu Panda.. nak bergambar ramai la pulak. pastu derang tak bg amik gambar sebab ada limit.. nak amik gambar kena datang balik pada waktu tertentu. .sabar je la.. tak pe petang nanti kita terjah semula.
jalan2 ternampak gelfren si woody.. comel kan dia ni
kat dalam ni banyak kedai souvenior.. siap2 jer la duit yer.. dah la mahal.. kalau berkenan tu, agak2 tak nak beli, tutup mata je la..
aku baca kat blog2 orang lain, masa show ni, ada pompuan cekci2 yang nyanyi, tp time kami, nan ado pompuan cekci, derang dah tukar mamat2 ni plak.. tp best gak suara derang..
tempat pertama kami terjah, iaitu Madagascar.. of course la tempat budak2 kan
kami masuk ride ni.. ini ride baru je dibuka bulan 6 ni.. happy kami sebab dapat naik..
Oleh sebab ini ride baru, queue dia masya allah panjang nak mamp....
baca warning kat bawah ni.. heheh dia tulis tak boleh amik gambar kan? tp kami belasah je amik gambar kat dalam tu.
kami naik boat panjang ni.. budak2 siap kena ukur tinggi yer.. mujur emily lepas masa ukur tu.. kalau tak lepas, mau aku nak angin penat beratur hampir 1 jam..
ni ada sikit gambar aku snap kat dalam.. best sebab characters ni semua bercerita
yeh dah abis dah.. masa untuk keluar
keluar dari ride tu, jumpa kedai souvenior untuk madagascar.. aku beli frame gambar dan FM..
cute patung gloria ni, tp tak beli pun.. mahal
sedang elok kami keluar, derang panggil untuk show Madagascar Boogie..
tu dia, tergedek2 si gloria keluar.. comel
lepas abis show, kami dapat amik gambar dengan mereka
pastu kami lunch kat sini
emily beli pop corn
abis makan, kami terus gi tengok Sherk 4D.. ni mmg best tak hingat la.. wajib tengok ek kalau gi sana.. cuma queue tu panjang sangat..
ramaikan orang kat belakang tu
sib baik emily baik je tak nak mintak duduk stroller, cuma time2 beratur je dia penat nak mintak dukung.
kat dalam ni dapat ler pakai cermin mata ni.
abis show, budak2 nak naik ni..
pastu kami gi The Mummy.. tinggi sangat ler orang ni, aku amik gambar kaki sudah lah.. hahaha
kat dalam kedai souvenior The Mummy
dah petang2 sikit, kami makan lagi kat Oasis ni..
makan roti canai/prahta ni.. 3 keping SGD 6.50.. mahal nak mamp ... mujur sedap,
Ok sebenarnya ada tempat2 yang kami tak sempat pergi, sebab yang utama, kaki aku sakit.. korang ingatkan aku jatuh haritu? kaki aku bengkak? ye sampai sekarang kaki aku masih sakit. tak boleh jalan jauh dan lama2.. ni pun aku gagahkan jugak jalan.. tu sebab byk tmpat aku miss. tp tak pe, insyallah ada rezeki aku nak repeat lg ke sini.. insyallah
pastu kami masuk Live, Action apa ke benda ntah namanyer.. mmg best giler la... nasib baik aku duduk row ke 2, tak la basah dan rasa bahang sangat.. korang kena masuk dan tengok cemana omputih buat movie kat dalam ni.. hehehe
dah keluar, aku nampak orang sibuk amik gambar dengan topi2 tu... aku, tak de plak keinginan nak cuba.. lgpun serabut tengok orang berebut2 nak amik gambar dengan topi2 tu..
tetiba kami ternampak charlie chaplin.. hahah dia ni kelakar sangat2 dan paling sporting.. masa kami nak amik gambar tu, depan2 kami ni ada la budak2 nak snap gambar dengan dia, kemain lagi si CC ni dok suruh orang posing cemana kan. so masa time kami ni, dia gak yang suruh kami posing gitu..
dengan marylin monroe..
yeh akhirnya dapat gak amik gambar dengan Kung Fu Panda
kami repeat balik gi kat area Madagascar... budak2 suka kat situ.. nak naik ride King Julien's pulak
amik gambar dengan Puss plak
farhan dengan soft toys yang dibeli
Akhirnya jam dah pukul 7.30 mlm, masa untuk pulang.. shuttle bus pun dah menunggu kami.. amik gambar last sebelum balik.. kat luar.. tp dah gelap kan.. guna plak kamera biasa2 je, tu pasal gelap, kalau pakai kamera dlsr mesti lagi cantik kan... tak pe la, gambar ni pun dah cukup untuk kenangan kami.. insyallah ada perancangan nak repeat kalau ada rezeki lagi.. USS nanti aku datang lagi yek.. repeat mana yang tak sempat cover haritu.. harap2 kaki pun dah baik dan boleh jalan banyak2
nanti aku bagi korang tips/info mengenai USS nak tak?? ala macam aku bg info mengenai Bandung haritu.... kalau nak laaaaaaa....