Thursday, April 26, 2012

❤ Ronda-ronda ke GM Klang ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari Ahad lepas, sajer plan nak pi GM Klang.. tp budak2 kami tak bawak, depa pun malas ikut, penat katanya.. nak duduk rumah je.. so aku pi dengan en suami ajer la.. hajat nak beli sikit apa2 yang patut.. huh rambang mata kalau pi sana tu.. ok sapa2 nak pi sana, tengok map kat bawah ni. 

pic googled yer..


masa ni baru sampai.. so singgah sini nak beli rompers.. bukan.. bukan untuk anak aku.. tp untuk kawan2 yang bersalin.. aku kadang2 tak sempat nak pi melawat. so aku borong rompers ni untuk hadiah ke anak2 kawan..


brooch pun banyak.. murah2.. tp aku tak beli pun .. bukan dalam senarai nak membeli


kebetulan lalu kat tempat jual mentol dan harga murah tengah offer, so benti jap.. beli la 4 biji sebab mentol kat rumah pun dah terbakar.. yang aku kagum.. budak ni cina tau.. kecik2 lagi dah di train untuk bekerja.. cuba kau tanya apa je pasal lampu ni dia tau.. masa ni dia test mentol tu hidup ke tak 


masa aku tanya, dia kata umur dia baru 12 tahun.. kalau dah jenis mak pak berniaga tu, mmg dari kecik dah ada jiwa berniaga ... masa aku snap pic ni, dia senyum2 jek kat aku.. malu katanya


pastu kitaorang singgah sini. belikan baju mandi anak2.. sangat murah dan jimat.. farhan baju mandi CARS dan Emily baju mandi Angry Bird pink!


ni tak tau apa motif aku bergambar kat sini


singgah sini borong sepit rambut dan pin tudung.. murah2 okeh


Borong sepit rambut kat GM Klang. Satu sepit RM 3.00, borong 20 sepit, satu sepit jatuh RM 1.00 jer . amacam untung tak???


ni ler dia rompers yang aku borong.. so lepas ni sapa2 yang baru bersalin, senang jer la aku, capai pack rompers ni dan boleh bg hadiah.. tp aku tak bg ler togel2 mcm ni, aku balut la dengan riben cecantik, serta selitkan sekeping angpow untuk si baby . hehhe



ayoh pergi lah GM Klang .... baloi memang berbaloi...

Wednesday, April 25, 2012

❤ Souvenir dari Singapore & USS ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Masa gi Singapore (tahun lepas dan tahun ni) aku ada beli souvenir la sikit..  kiranya aku beli 2 kali la (tahun lepas dan tahun ni), bukan sekali pi aku beli semua ni serentak... pengsan woo . hahaha.. ok jom cuci2 mata..













kat bawah ni semua dari USS.. cawan Betty Boops


cawan Fiona/ Sherk..




Frame2 gambar kat bawah ni semua aku letak gambar2 dengan karekter2 tu




yang ni ada promosi,beli 2 helai baju, dapat sehelai baju (yang biru kat bawah tu) 
untung betul rasanya


baju free bernilai SGD19.90


Ok lepas ni tutup buku sementara nak pi Singapore.. kita kumpul duit gi tempat lain plak..

Tuesday, April 24, 2012

❤ Dulu kecik, sekarang dah sama tinggi ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam aku belek2 album lama2 tetiba tertengok gambar2 lama ni.. dari anak2 aku kecik sampai la mereka berdua sama tinggi.. oh terasa betapa cepat masa berlalu. dari emily rambut pendek, sampai la toncet dua kiri kanan, sampai la akhirnya rambut dah panjang mengurai.. tahun depan nak masuk darjah satu dah... meh kita lihat dari tahun 2007 hingga 2012

Tahun 2007

masa ni adik umur 1 tahun dan abang 3 tahun.. of course la nampak bezakan.. rambut adik masih pendek, blom boleh toncet lagi..  adik pun masih belom boleh jalan, tp dah boleh memapah ..


Tahun 2008
si adik dah masuk 2 tahun dan abang 4 tahun.. of course adik dah boleh jalan kan.. masa ni rambut dah start panjang sikit sebab dah leh toncet 2



Tahun 2009
si adik 3 tahun dan si abang 5 tahun.. rambut adik pun dah boleh tocang ke belakang.. dah hilang sikit muka baby face ..si abang tetap comel cam tu gak.. (tak mandi lagi masa ni sebab masa tu dah nak gi mandi manda kat gambang)

 Tahun 2010
adik dah masuk 4 tahun dan abang plak 6 thn.. rambut adik semakin panjang, muka adik dah sedikit berubah dan makin tinggi sikit, masih nampak beza abang dan adik lagi


 Tahun 2011

walaupun adik dah 5 thn tp makin lama, adik makin tinggi dan macam gadis cilik... abang mentennn jek walaupun dah masuk darjah 1 ... 


Tahun 2012

Okeh si adik dah menginjak 6 thn dan abang dah 8 thn tp adik dan abang makin lama makin sama tinggi.. oh baru perasan tak de gambar mereka berdua secara dekat.. nanti aku akan perbanyakkan lagi gambar depa berdua pasni..  Bila abang dan adik dah sama tinggi ni, orang asyik tanya aku, yang si adik ni kakak ke??? or kembar ke?? adoi la, beza 2 tahun okeh.. jauh gak beza dari jarak setahun sorang..


Harap2 tahun depan si abang makin tinggi la yek. tak pun maybe tunggu kene "cantas bird" a.k.a bersunat dulu kot baru tinggi?? emily plak, nampak gayanya makin meninggi, abis la aku, bila dia beso esok, ada chance dia lebih tinggi dari aku.. ikut baka papa la ni.. (farhan ikut baka aku la ni... comel2 jekan..)

Monday, April 23, 2012

❤ Burger Bakar BBS ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Amacam belog baru aku? comey tak. hahah tak de maknanya.. ubah sikit2 je, bukan grand pun.. tak de apa2 sangat perubahan, tak pe la aku ni bukan kreatip sangat nak ubah jd cantik2. simple2 gini pun dah ok kot..
Ok harini aku nak citer pasal Burger Bakar yang orang dok sebut2 tuuuu. so far yang memula aku tau dari BFF aku ler, si sham tu.. dia beli kat Wangsa Maju.. aku pun dah pernah try.. cuma rezeki aku baik masa tu, tak perlu tunggu 3 jam pun.. 15 dah siap!!! ada citer disebalik kejadian. hehehe.. tp bila kat BBS ni dah ada Burger Bakar, harus la dicuba kan..

Ok masa aku datang ni tak ramai orang okeh. Samada aku datang awal (6 ptg) or sebab gerai ni masih baru dan belom di kenali, tp tak pe lama2 mesti ramai orang la tu.. gerai ni betul2 dalam carpark kat Stadium BBS tu

ni brother yang amik no.. no aku 17.. masa ni tengah prepare burger customer no. 7, so ada 10 orang lagi .. aku pi lepak kat kedai makan sebab aam nak makan roti canai..


tengah bersusun atas tu tengah masak

banyak gak daging burger setiap kali masak

jangan lupa balik2 kan bang.. kang hangus lakkk


kebetulan masa aku datang nak pick up burger tu, aku nampak brother tu tengah timbang daging dan ayam untuk burger tu.. ok gak, at least sama berat kan.. tak de la ada yang dapat nipis ke tebal ke..


dah timbang, baru la dia terap dalam acuan bulat tu..


ni la burger aku.. daging burger cheese.. kat sini aku rasa tak de bacon la sebab masa aku beli kat wangsa maju dulu ada bacon..  


tak muat mulut nak nganga, so kita kerat dua.. lg pun nak tukar2 dengan en suami.. dia beli burger daging, aku beli burger ayam.. so dapat rasa lain2kan.. (act gambar ni aam yang snap... aku upload je la kat sini. hehehe)


nampak tak daging tu lebih tebal dari burger biasa???

yang aku tau, dah banyak lokasi yang jual burger bakar ni.. kat ampang, puchong, wangsa maju, bbs dan ada beberapa tempat lagi la, tak hingat lak aku.. ok jangan lupa cari Burger Bakar tau!

Thursday, April 19, 2012

❤ Emily dan Cita-cita ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Cita-cita emily.. so far ada 2 dah nampak ni.. apa lagi yek lepas ni?

1. Nak Jadi Doktor Emily (insyallah mama doakan)


2. Cikgu Emily or Lecturer... pun profession yang bagus!!!


Kekeringan idea di hari Khamis. hehehe tak pe la, kenangan untuk emily di masa hadapan.. mesti dia tersenyum baca entry ni tatkala dah jadi anak dara satu hari nanti..

psst : - sama jek kan patient dengan student?? kih kih kih