Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Wednesday, November 26, 2014
Monday, November 24, 2014
Photo Instagram Cik Puan Mimi # 8 Emily Sorfina
Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Kejap dah besar anak dara aku ni.. sudah mcm2 akal, sudah banyak bicara, banyak tanya.. kadang2 geram dengan budak manja sorang ni
Mama Farhan & Emily
Kejap dah besar anak dara aku ni.. sudah mcm2 akal, sudah banyak bicara, banyak tanya.. kadang2 geram dengan budak manja sorang ni
gambar lama ni... masa kami ke zoo melaka.. |
emily mmg suka benda2 mencabar.. naik ni nampak senang.. tp penat aku tengok sorang2 mengayuh |
masa ni balik dari sekolah.. genap hari lahir emily yang ke 8 tahun.. beli sepotong kek ajer.. |
ni masa kami bercuti di bandung bulan 8 tempohari |
suka ikut kami ke masjid solat sama2.. tp dia selalu di saf belakang dengan kanak2 lain.. sebab budak2 lagi kan. takut putus saf dengan orang dewasa.. |
Thursday, November 20, 2014
Umrah Bulan Ramadhan 2014 - Mekah Al Mukarramah Part 3
Mama Farhan & Emily
Ok harini last part citer pasal mekah.. setiap hari kalau waktu zuhur, time nak ke masjid, lalu pintu king abdul aziz, aku mesti singgah tengok burung2 merpati kat sana..seronok sgt2.. dulu2 masa aku stay area ajyad, tak banyak sangat burung merpati.. tp kalini aku berpeluang tengok burung merpati yg banyak.. seronok bg makan burung merpati.. eh tapikan kalau dalam ihram jangan sesekali sergah burung2 merpati tau, nanti kene dam pula..
Ok ni saje nak tunjuk kat luar dataran pun masih ramai lagi orang solat di sini.. sampai dalam safwa tower pun ada lagi jemaah yg solat kat situ..
Masuk dlm safwa tower, banyak kedai2 makan.. heheh supper lah kan apalagi.. karang kul 3 pg nak sahur lagi. mana tak mok mok?
tekak orang melayu.. roti canai juga di carinya.. mana lagi .. kat DSaji la |
teh tarik |
Ketika abis umrah ni jam pukul 11.30 pagi.. panas terik.. mmg penat sgt2.. letih berpuasa.. cakap kat suami dah tak larat nak jalan balik hotel .. dia suruh stay ajer kat area dataran berdekatan dengan mataf.. kat situ redup dan sejuk..
malam tu pekene baskin robin.. baru perasan dia tulis Ramadan Kareem.. barulah feeling2 bulan ramadhan kan |
Esok kami dah nak pulang ke Malaysia.. mmg sedihla kan. rasa kejap sangat.. mmg kalau ada rezeki nak pergi lagi.. tp bukanlah dalam masa terdekat.. jika ada izinNYA nak pi haji terus bersama anak-anak pula ..... alhamdulillah kami berempat dah mendaftar haji 2 thn yg lalu ... ntah bila la dapat pergi .. kalau ikut tahun yg diberi mmg lama lagi.. tp kami percaya pada rezeki dan izin dariNYA, insyallah mudahan2 dalam masa 10 thn ini .. kene banyak-banyak berdoa.
kami berbuka puasa di terminal haji di Jeddah ni ajer.. simple, makan makanan yang dah siap dipacking.. nak solat jamak pun senang. hanya belakang tempat duduk tu ajer.. |
dalam balai pelesan, sempat borak2 dengan Mat Over.. |
Alhamdulillah semua dipermudahkan dan lancar. |
kenangan bersama kawan2 perempuan group aku.. tak ramai pun jemaah perempuan .. tak sampai 10 org |
Linda, Makcik Zamrud dan aku |
suami aku dan suami makcik zamrud |
kenangan bersama Mat Over dan isteri.. |
Alhamdulillah.. tu sahaja citer dari mekah..
Labels:
umrah 2014
Wednesday, November 19, 2014
Umrah Bulan Ramadhan 2014 - Mekah Al Mukarramah Part 2
Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
kat sini jarang ada cili sos, kalau selalu yg derang bagi mmg tomato sos aje (sos cili tu ada, tapi kurang sedap).. so aku siap2 bawak dari mesia.. maklum la tekak orang melayu.. tetap nak sos cili
Esoknya ada lawatan ke Jabal Rahmah.. tahun 2012 aku tak sempat naik pun.. masa tu tak tau ada tangga kat belakang.. so kalini kami mmg tak lepaskan peluang naik.. berdoa sama2 untuk keamanan dan kebahagiaan rumahtangga hingga ke akhir hayat
Mama Farhan & Emily
Bertemu kembali... ok harini nak share sikit je berpuasa di hotel.. hotel yang aku duduki ni hotel biasa2 je.. menu pun alhamdulillah meriah, tp tak la semeriah hotel 5 star tu.. apapun aku tetap bersyukur.. kenyang sangat2..
Kat sini air zam zam dan kurma mmg wajib la kan.. dah mcm menu utama.. yang lain2 tu ikut pada katerer hotel la.. kitaorang bergilir2.. kadang2 kat hotel, kadang2 kat masjid..
Lepas berbuka, bergegaslah kitaorang ke masjid untuk solat magrib, solat isyak dan solat terawih.. biasanya solat isyak di lewatkan sedikit.. dan sejurus lepas tu baru solat terawih.. solat terawih di sini 20 rakaat.. kebiasannya 10 rakaat pertama imam lain dan 10 rakaat seterusnya imam lain.. pernah beberapa kali kami dapat imam yang bacaannya mendayu2 sehingga menangis teresak2.. banyak kali dengar.. sayu sgt dengar.. yelah mereka faham dengan bacaan ayat2 suci al quran kan.. biasanya dalam pukul 11.30 abislah solat terawih .. lepas dari tu kami selalu makan2 di safwa tower.. tu sebab badan aku jd montel balik gara-gara makan tengah-tengah2 malam, balik terus tido. hehehe
Kat dalam masjid ni aku dan seorang makcik ni mmg selalu tukar2 tempat solat sebab nak merasa keadaan dalam masjid... pernah kami solat di area mcm basement la. tingkat 1 la, tingkat 2 la, mcm gambar kat bawah ni.. kawasan ni tempat yang baru dalam pembinaan lagi.. so lantai dia kesat.. tak de permaidani lagi.. so masing2 pakai sejadah masing2.. kadang2 kami solat tempat orang saei.. masa solat je, masing2 otomatik berhenti saei dan bentang sejadah... pernah sekali lepas abis tawaf tengahari aku tak masuk dlm masjid, aku duduk bahagian hampir dengan bawah mataf tapi masih dalam dataran kaabah.. masa tu sorang2 tak de kawan... so main selit je duduk dengan mak2 arab, kat sana tak perlu risau kalau duduk sorang2 pun dlm masjid, tp dengan syarat bila nak balik hotel jangan sorang2, balik dengan suami atau kawan2 lah...
1 lagi kenangan, kami terlewat sampai ke masjid, keadaan dah penuh. tp nak gak solat dalam masjid, tak mo solat kat dataran luar, aku pegang tangan makcik ni, sama2 naik tangga. tak lepas.. last2 kitaorang semua solat kat tangga je... tulah rezeki haritu.. kat tangga pun penuh orang ye.. mmg tak de kosong pun.. begitu ramainya ms bulan ramadhan.
Masa ni aku sorang2, sempat berkenalan dengan orang turki kat sebelah, tp dia malu nak amik gambar.. nama dia tasneem.. cantik orangnya, sedap namanya.. umurnya muda, suami dia kerja kat arab..
On the way balik dari solat terawih, orang ramai dah beratur nak masuk mataf.. nak mengerjakan umrah
Tiap-tiap hari balik dari hotel mesti singgah kedai aiskrim ni.. sedap giler aiskrim dia.. SR3 je.. rindu betullah aisrkim ni.. ada 3 perisa.. kalau nak 1 perisa pun boleh.. ni pun penyumbang terbesar lemak2 di badan aku . hahaha mana taknya kedai aiskrim ni bebetul depan hotel. mana tak terliur
nak nangis tengok aiskrim ni.. bila nak dapat makan lagi ni.. bersebelahan kedai aisrkim ni plak, ada kedai kebab.. lg lah sekali asyik makan jek kerjanya
nampak? kedai kebab sebelah hotel??
kat sini jarang ada cili sos, kalau selalu yg derang bagi mmg tomato sos aje (sos cili tu ada, tapi kurang sedap).. so aku siap2 bawak dari mesia.. maklum la tekak orang melayu.. tetap nak sos cili
bulan2 puasa pun teringin nak minum air pepsi .. tengok pelikkan burger derang.. letak fries kat dalam.. tu aku letak sendiri sos cili..
Esoknya ada lawatan ke Jabal Rahmah.. tahun 2012 aku tak sempat naik pun.. masa tu tak tau ada tangga kat belakang.. so kalini kami mmg tak lepaskan peluang naik.. berdoa sama2 untuk keamanan dan kebahagiaan rumahtangga hingga ke akhir hayat
ada jual-jualan juga.. murah dari kedai.
bergambar dari atas bukit Jabal Rahmah..
Ok jumpa lagi esok.. last part untuk citer mekah
Labels:
mekah,
umrah 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)