Friday, November 11, 2011

❤ Face Painting ke Arm Painting? ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Last 2 week bawak budak2 ni ke Jusco Bukit Raja.. sajer berjalan2.. pastu ada booth buat face painting ni free.. aku suruh la emilly buat.. farhan tak mau.. boleh pilih nak buat gambar apa, so emily kata nak butterfly, tp tak nak buat kat muka. nak buat kat tangan je.. ok jugak, tak de la malu sangat nak jalan kehulu kehilir

mmg expert la indian lady ni.. terus je dia lukis, tak de salah2 pulak tu






dah lukis, dia letak perada kilat2 sikit kasi shining2


pastu baru buat outline hitam


heheh dah ada sesunggut ..


tadaaa dah siap dah butterfly tu.. comel tak? agak2 mahal tak buat face painting ni..
sebab emily makin suka, demand nak buat lagi la pulak.. mana nak cari ek

Thursday, November 10, 2011

❤ Happy birthday Alysya Damia ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ahad lepas my BFF ada buat makan2 sempena besday anak kesayangan dia - Alysya Damia a.k.a. Echa.. Echa ni pulak kiranya bespren dengan emily gak la.. so ok sangat la kan.. besday ni pun Sham buat secara kecil2an.. panggil kawan-kawan terdekat dan saudara mara dia je..  Antara food yang ada, Nasi Ayam, Apam Ladybug, Cheese Tart, agar2 buahan2 dan air oren.. tp gambar2 aku tak amik, hehehe

Kek adalah Theme Barbie - Cheese Choc dari Secret Recipe.. sangat2 sedap ye..


suka tengok lilin no 5 tu.. cantik dan unik..


Hardy dan Emily adalah orang yang mmg wajib untuk menyanyi dan kadang2 tumpang tiup lilin sekali.. tp kalini hardy dan emily sangat2 behave, dua2 tak de plak sibuk2 nak tiup lilin.. farhan plak masa ni lari ntah ke mana


tak caya??? hahah sila percaya, memasing tengok je kan.. tapi mata ada menjeling la jugak..


ok anak2, mari kita potong kek


suka tengok gambar ni.. sweet je kan ibu dan anak ni.



tak tau ni dipanggil apa


Blueberry cheese tart.. sedappp


Ok lah Echa, auntie doakan semoga Echa jadi anak yang baik, solehah, bijak pandai dan ikut kata mama tau.. semoga persabahatan Echa dan Emily sampai bila2 yek..

Wednesday, November 9, 2011

❤ Emily & Strawberry Shortcake ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Anak dara aku sorang ni mmg suka sangat pada Strawberry Shortcake.. tu pada kek harijadi tu pun nak gambar strawberry shortcake... maybe sebab bau-bauan strawberrykan.. tu yang dia suka.. kebetulan hari tu aku tengok ada sale kat Watson jual Body Lotion, so aku beli la untuk dia.. lepas tu aku gi Toy R Us, aku jumpa Shampoo, Body Wash dan Body Spray.. kemain lagi suka la dia. hehehe so korang yang ada anak dara, kalau terjumpa ni, boleh la beli, compem anak korang suka tau


Tuesday, November 8, 2011

❤ Photoshoot lagi ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ni photoshoot bulan puasa haritu. hehehehe sorry lambat lagi nak update.. masa ni sebenarnya plan nak shopping baju raya sikit.. kebetulan ada booth Polo Raph Lauren.. hubby mmg nak beli minyak wangi sebab dah abis kan.. dan dia kata kalau beli minyak wangi bleh amik gambar photoshoot ni free..  sangat2 kebetulan kan.. best betul.. tp tu la, pakaian pun simple2 je ..








ok nanti aku nak buat frame canvas.. dah siap kalu, aku letak kat sini yek..

Monday, November 7, 2011

❤ Gathering ex MRSM Terendak ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Citer lama lagi.. nak buat cemanakan... tak pe tak pe, kita up jugak... masa ni ada gathering MRSM Terendak ex school hubby.. aku just follow jek.. so diskas2 dengan hubby apa nak bawak, dia kata kita bawak cream puff ajer (order jek pun).. pastu aku terpikir nak bawak satu kuih lain..


last2 aku order apam polkadot.. kan tengah popular satu ketika dulu. hehehehe.. laku tau apam ni.. semua suka makan dan amik gambar..


ada kambing golek jugak.. nyum nyum



kebanyakkan food pedas2.. sib baik ada yang bawak KFC. so budak2 makan KFC la


kambing golek dengan sos blackpepper


sementara hubby tengah borak2 dengan kawan2 dia.. aku layan anak2 baling roti kat ikan


pastu aku main snap2 pic dengan anak2.. kadang aku snap, kadang2 farhan snap, kadang2 emily snap






kat sini la kitaorang berposing.. ni kat wetland putrajaya tau.. cantik tempat ni.. aku suka


dah petang, dah boring amik gambar, farhan layan ipad.. emily pun dah sangap nak tido..

Friday, November 4, 2011

❤ Tudung Fareeda ❤


Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semenjak dua menjak ni aku mmg suka pakai tudung Fareeda ni.. rasa selesa, nampak lain sikit kan.. orang kata tudung ni untuk orang muda2 je, orang tua2 macam aku, dah kureng sesuai.. tp tak pe la, nak try la je.. kalau rasa dah tak kene dengan aku, aku tak beli la lagi.. kat bawah ni ada beberapa helai Tudung Fareeda yang aku beli dan dah pakai.. ada jugak 2-3 helai lagi yang aku blom pakai.. belum ada baju yagn sesuai.. jom kita tengok

Buat masa ni, aku lebih suka pakai Koleksi Saramarissa Mawar, Selendang Rosalynda dan Selendang Mawar Tone.. Koleksi Dania, Rozana, Sabrina belom cuba lagi, sebab haritu ada gak try, tp rasa cam tak sesuai je.. maybe ada saiz2 kot, tengok la nanti, teringin jugak nak try koleksi rozana dan sabrina tu

Saramarissa Mawar Kuning + Dark Choc..


Selendang Mawar Rosalynda Royal Blue


Selendang Mawar Purple + Hijau


Saramarissa Mawar Oren Kemerah-merahan


yang ni Saramarissa Mawar Purple + Kelabu untuk raya haritu..


aku beli time sale ajer.. dapat la murah sikit.. kalau time biasa2 ni harga "agak" mahal gak la.. Sekarang ni pun ada sale lagi sempena Hari Raya Aildiladha.. ingat nak beli lagi selai dua untuk tambah koleksi..   nanti aku letak gambar kat sini, bila aku dah try pakai ye..

Thursday, November 3, 2011

❤ Sekitar Majlis Harijadi Farhan & Emily ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pd 23 oktober haritu, kami mmg plan nak buat majlis harijadi farhan dan emily secara kecil-kecilan.. jemput kawan dan saudara terdekat je.. insyallah lain waktu baru jemput yang lain lain...

Kalini kami plan nak buat kat Pizza Hut je.. tak buat kat rumah pun, tak mau pening2 fikir.. lg pun tak jemput ramai, hanya 7-8 family je. so ok la..

Goodies bag yang aku sediakan. mcm biasa lah ada jajan, pensil box hello kitty/ben10 dan jam hello kitty/buzzlighter ... aku just sediakan dalam paper bag kecil ni.. pastu aku tampal sticker yang aku dah siap2 print



gambar food aku tak amik banyak. ni je yang teringat nak snap. hehehe 


Mr. Cheese dah start keluar.. suka budak2 ni. tp ada gak yang penakut






ada la 2-3 games yg pizza hut ni buat.. ada chicky danse, pastu lagu korea dan juga musical chair ni..


Emily menang sebab joget paling gediks..


Mia dan Mija


Kek Italian Rainbow bertema CARS dan Strawberry Shortcake



ce tengok kek tu.. cantikkan kan.. belang2 rainbow.. sedap lak tu


abis majlis, bawak hadiah balik.. ngusung dalam troley je, nak bawak tak cukup tangan. heheh


terima kasih pada yang sudi memberi hadiah dan sumbangan, jasabaik semua tak dapat saya balas..