Showing posts with label holiday 2013. Show all posts
Showing posts with label holiday 2013. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Trip to Hong Kong – Souvenir

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok Insyallah ni last citer pasal HK.. Aku nak share apa souvenir yg aku beli masa kat HK and the price for reference korang. . tp mana tau korang pun yang nak ke sana terfikir2 apa nak belikan. so boleh la tengok kalau ada yg kenan .. tapi ada banyak gak orang2 yang kirim .. so aku dapat duit balik la.. ok lah kan..

beli di Ladies Market.. murah sikit dari Disneyland .. ni semua untuk kawan2 emily dan farhan kat sekolah.. ada 3 papan keychain dan 2 papan nail clipper.. semua gambar Disney.. oklah, kalau nak beli semua dari dalam Disneyland mau kopak aku.. so beli kat Ladies Market sudah. hehehe .. harga untuk 5 papan tu dalam RM100.. satu biji jatuh RM 4... ok lah kan..

ni plastik dari Disneyland.. setiap kali beli barang aku request small plastic bag untuk bg souvenir.. derang mmg faham dan sangat tak berkira..  banyak plastik ni aku simpan... sayang


aku dah siap packing untuk diedar kepada family, BFF, cikgu2 emily dan farhan, dan yang membuat kiriman pada aku..

FM Photo Frame.. HKD 75
FM Photo Frame.. HKD 75


FM Photo Frame.. HKD 75
FM-FM di atas adalah kiriman dari orang yer. so orang bayar balik kat aku .. apa kejadah aku nak beli banyak2 untuk diri sendiri kan. HKD 45 each
my lovely shot glass.. sayang sangat .. HKD 68 each

cutekan pensel ni... ada pemadam.. HKD 38 each

minat giler dengan cawan ni... aku beli .. HKD 88

aku beli kat airport.. bergegar la plak gambar ni.. harga kat airport standard lah kan.. sekeping RM 20.. ni duit saki baki aku dapat duit deposit return octopus card.. sapa ikuti blog aku tentu faham...
Beli FM ni di Ladies Market ... FM ni souvenir kepada rakan2 opis dan kawan2 yang rapat dengan aku.. tak larat semua nak beli di Disneyland kan.. so aku beli kat Ladies Market je.. murah je korang.. tp kene pandai tawar yer.. harga dia letak memula tak masuk akal.. memula dia letak RM15 sebiji.. last2 aku dapat sebijik RM4 je.. material besi dan ada diamond, sangat2 cantik .. gambar ni pun tangan aku parkinson..

ni close up sikit.. dia lebih kepada pembuka tutup botol gitu la


Topi telinga mickey.. free embossed nama Farhan dan Emily.. cute kan.. 1 ni HKD 58


pakai terbalik sebab nak tunjuk nama..



Keychain yg aku beli masa breakfast kat Enchanted Garden .. mahal sikit, tp tak pe kenang-kenangan .. 1 keychain dalam RM20.. setiap keychain ada signature dari Mickey Mouse dan Daisy Duck

showel gel.. beli kat SASA .. 1 botol HKD 35.9 = RM 14.50

Thursday, June 20, 2013

Trip to Hong Kong – Cost & Itinerary

Salam Bismilillah
Mama Farhan & Emily

Ok harini kita citer pasal cost la kan.. walaupun banyak blog dah citer pasal cost, tp setiap orang mesti tak sama kan.. jom kita skodeng sikit. kot2 ada yang nak pergi dalam masa terdekatkan..



Flight – Everyone Can Fly

AA promo fare kami dapat RM99.00 pergi dan RM99.00 balik setiap orang.. murahkan?.. tp cost tu tidak termasuk harga airport tax, fuel charge, bag, seat, makan dan sebagainya.. untuk pergi aku beli excess baggage 25 kg sebab nak bawak macam2 food kan.. tp untuk balik aku beli 40 kg jer.. ok la just nak beli souvenior kan. Bukan nak beli kayu balak pun. kikikiki

Air Asia – RM 99.00 (pergi / balik) = RM198.00 seorang
RM 198.00 x 4 orang = RM792.00 

Total cost termasuk airport tax, fuel charge, bag, seat, makan  = RM1700++

** aku mmg beli seat pergi dan balik. sebab ni flight international kan. takut aku kalau tak beli seat tetiba aku terpisah dengan anak2.. kalau takat naik flight 45 minit tak pe la... ni 4 jam.. sian kalau duduk terpisah .. so aku beli seat gak. ala tak mahal RM6 je sorang..

Teksi dari Airport HK ke Disneyland (Return)
HKD150 x 2 (RM60 x 2) = RM120.00 (lebih kurang)

Hotel Disney Hollywood
 
RM 670 per night = RM1340

Mmg mahal sikit, tp untuk keselesaan anak2, kami pejam mata la. Lgpun kami mmg plan nak abiskan cuti2 di Disneyland ajer.. so ok la kan? Kalau ada hajat nak jalan2 di bandar HK, mmg elok amik hotel di sekitar Bandar HK .. jimat masa perjalanan dan juga jimat duit hotel.

Hotel Silvermine Beach Resort

RM280 per night

2 Day Park Ticket

HKD499 X 2 Adults = HKD 998 = RM 399.00
HKD355 x 2 Kids = RM 284.00
Total : RM 683.00

Parking LCCT 

4 Hari 3 Malam = RM 149.50

Makan 

HKD800 x 3 kali makan  = RM 320.00 lebih kurang
(lain2 makan kami bawak bekal dan dah book awal2 pre meal dalam flight)

Simkad

HKD 88 = RM 35.20

Kalau nak ikutkan budget kami suami isteri dalam RM5,000.00 termasuk flight ticket, hotel, makan, teksi dan lain2. Tp tak termasuk shopping.. ikut korang la nak shopping banyak ke sikit. Yelah nak datang sini bukan selalu kan … so kene la kumpul duit.. oleh sebab percutian aku ada 7-8 bulan lagi sebelum nak pergi (masa booked tiket flight tu bulan 11 tahun lepas), so setiap bulan mmg aku berusaha keras kumpul duit, NO Tudung Fareeda baru, NO Crocs, NO benda merepek2 .. amount RM5K tu aku share dengan hubby (half-half la of course) .... pastu untuk duit shopping aku korek amik dividen ASB dan ada juga aku guna credit card ..  yelah, aku makan gaji je, bukannya bisnesswomen MLM tu .. kami kumpul duit dengan titik peluh kami sendiri, jangan sesedap rasa nak mengata kami ni banyak duit ke hapa ke ..

Tp semua tu anggaran kasar tau. sebab aku dengar semua akan naik harga..  kalau anak sorang je, lg jimat.. nak-nak anak belom cukup umur 3 tahun, bertambah2 la jimat, tp kalau anak lebih dari 2 orang sila la tambah sikit amountnya.. dan juga mungkin tahun yang aku pergi ni harga tiketnya lain, kot2 korang pergi harga dah naik ke kan.. dan lagi harga tiket flight sangat2 memainkan peranan yang penting... so pandai2 la booked time murah ..

********************************************************************************

Ni plak Itinerary aku kat sana, nak ikut boleh tak ikut pun tak pe .. boleh la ubah sendiri



Day 1

12.00 pm - keluar rumah
2.00 pm - Tiba LCCT – check in (Solat Jamak Takdim Zuhur /Asar)
4.40 pm - Berlepas  ke Hong Kong
8.35 pm - Hong Kong International Airport (Dinner- pre meal terus dalam flight siap2)     
Keluar dari Immigration, nampak Mc Donald, pergi sebelah kanan dan naik  eksalator dan cari Lane F nampak Departure Check In Hall .. cari kedai 1010 Shop berada di hujung Lane F. beli simkad .. cakap je nak yg untuk internet.. derang paham.  Harga hanya HKD88, lbh krg Rm35.20.  unlimited net utk 7hari, HKD10 utk local call)
10.00 pm -Teksi (kaler biru  Lantau Island) dan check in Hotel Silvermine Beach Resort (Solat Jamak   Takhir Isyak/Magrib) (supper – roti + nuttela)

** Simpan nasi impit dalam peti ais


Day 2

5.00 am - Solat  Subuh ** Keluarkan nasi impit dari peti ais dan simpan dalam bag siap2
7.30 am -  (Breakfast Maggie Cup Ayam / Kari / Milo 3 in 1/ Radix)
8.30 am - Check Out dan bersiap nak pergi Disneyland
9.00 am - Sampai Disneyland – Check In (Tinggalkan bag di Storage Luggage)
9.30 am - Naik Shuttle ke DL
10.00 am - Masuk Disneyland
1.00 pm -  (Lunch Tahitian Terrace Restaurant )  
2.00 pm - Solat di City Hall Main Street (Solat Jamak Takdim Zuhur/ Asar)
2.30 pm - Parade 
5.00 pm - Cari characters di Fantasyland
8.00 pm - Firework / Shopping barang Disneyland
9.00 pm - Rehat (Solat Jamak Takhir Isyak/Magrib)
9.30 pm - (Dinner – Nasi impit + sambal ikan bilis tempe kacang + serunding + kari ayam yeos) 

Day 3 
5.00 am- Solat  Subuh
7.00 am- Bawak anak-anak mandi manda di pool 
7.45 am- (Breakfast Maggie / Nasi impit + Sambal udang + ayam rendang/Nuttela/ Milo 3 in1)
8.30 am - Posing2 di sekitar taman dalam Hotel Hollywood Disney
9.30 am - Naik Shuttle ke Disneyland
10.00 am - Masuk Disneyland
1.00 pm -  (Lunch The Explorer Club Restaurant)
2.00 pm - Solat di City Hall Main Street (Solat Jamak Takdim Zuhur/ Asar)
3.00 pm - tengok parade lagi
7.00 pm - keluar dari Disneyland dan terus ke  Disneyland Station, & beli Octupos Card. Naik MTR ke Sunny Bay Station, then tukar MTR ke MTR Lai King interchange TWL ke MTR Mongkok Exit D3.
8.00 pm - Ladies Market
9.00 pm - Dinner (Miss India Restauran kat Ladies Market) dekat dengan SASA – roti Naan + Kari Ayam  + Briyani Kambing
10.00 pm - MTR Mongkok ke MTR Lai King, interchange ke Sunny Bay, turun di DL Station.. Naik shuttle untuk sampai hotel &  rehat (Solat Jamak Takhir Isyak/Magrib)

Day 4

5.00 am - Solat  Subuh
9.00 am - Check  Out Hotel Hollywood Disneyland dan simpan bag di Storage Luggage
9.15 am - Naik shuttle bas untuk ke Enchanted Garden Breakfast di Hong Kong Disneyland Hotel
10.30 am-  Jalan2 bergambar sekitar Hong Kong Disneyland Hotel
11.00 am - amik shuttle pi Disneyland station, turun Sunny bay station, tukar MTR dan turun ke Tun Chung Staition dan terus ke Citygate Factory Outlet / Shopping
3.00 pm -  Tung Shung station ke Sunny bay Station. tukar train sampai ke Disneyland station. (return Octopus Card).. naik shuttle balik Hollywood hotel
3.30 pm - Sampai hotel untuk pick up bag. (Suruh Hotel call Teksi )
4.30 pm - Tiba di Hong Kong International Airport naik train untuk ke terminal 2/ tempat naik flight
6.15 pm - Flight balik (dinner pre meal dalam flight siap2)
10.20 pm - Tiba LCCT
12.00 am - sampai rumah
 


Harap2 membantu ..