Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Harini aku nak kongsi serba sedikit dari progress renovation dapur rumah aku.. as some of korang tau, aku now tengah bz nak pindah rumah baru.. these are some of pic KC aku . ni aku nak share kot2 ada yang nak buat KC dalam masa terdekat ni boleh la tambah2 idea korang ..
Ok sebenarnya KC aku belum siap sepenuhnya.. untuk pemasangan mmg dah hampir siap la, tp tinggal lagi 10% untuk aku nak deko2 dan hias dapur aku.. bab tu nanti dah siap 100% KC aku, aku publish kat sini lagi yer .. kiranya KC untuk part ke2 la pulak nanti
ok ni gambar masa KC aku baru ditambah ke belakang.. memula tu nampak buruk jer lahai.. dengan gelap nyer... dengan tingkap lom pasang, grill lom pasang
Ok tema untuk KC aku adalah merah dan putih.. aku mmg dari dulu idam nak dapur ni.. sebab warna merah dia menyerlah.. putih pulak meluaskan pemandangan dapur tu.. untuk table top mmg aku buat concrete table dan tilenyer berwarna putih. untuk KC ni aku pilih High Gloss kaca ok. mesti korang tanya tak pecah ke? insyallah tak, jangan ler buas2 sangat kat dapur tu. heehhehe
Untuk sinki, korang kena ingat untuk buat sinki ke dalam agar mudah air masuk dan tak melempah ke luar.. jangan buat sinki ke luar kalau tak jenuh nak lap air (tak tau la korang faham tak explanation aku ni)
Untuk Hood, Hob, Oven dan Microvawe, aku pilih jenama Rubine ajer.. harga sesuai dengan poket kami sebab ni antara jenama yang mampu milik (tak mahal) .. tak semahal seperti jenama RINNAI, HOMS dan lain2.. lg satu tips aku, beli semasa ada promosi HOME DECO.. aku beli ni masa ada promosi HOME DECO di KLCC bulan 9 haritu kalau tak silap aku.. mmg berbaloi sebab murah hampir 30%.. aku dah survey..
walaupun hood tu untuk sedut asap masakan, aku still beli exhaust fan .. mana la tau nak masak IKAN PEKASAM KE KAN??? abis berbau satu rumah hehehehe
ok tu ajer untuk part 1.. part 2 nanti la yek.. tunggguuu aku dah pindah dan hias dapur comelku.. heheh