Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Ok harini aku akan tunjuk cara2 nak buat hair clips dari kain Felt.. ok antara bahan2 yang diperlukan adalah seperti dibawah..
dan jugak beberapa kain Felt berbagai warna
mula2 korang gunting kat kertas bentuk yang korang nak. kalau bunga, bungalah la, kalau bentuk love, love lah.. pastu gunting dan sematkan dengan peniti kat kain..
sesudah tu sila la gunting mengikut bentuk yang dikehendaki. sila gunting 2 bentuk yang serupa tau..
ada tujuannya
kemudian amik benang yang contra dengan kain felt tu dan mula jelujur tepi2 tu
buat sampai abis yer
dah abis semua, amik butang or apa2 bentuk yang korang suka, dan jahitkan ditengah2 bunga itu
setelah siap, jadi la begini.. ok yang satu lagi tu tak payah jelujur tau..
tu adalah tujuan untuk dilekatkan dibelakang supaya bunga tadi bertambah keras dan tegap..
terbalikkan felt dan bubuh gam (gam ni mmg boleh lekat untuk kain yer) .. dan sesudah itu lekatkan dia berdua tau. hehehe
untuk bahagian penyepit pulak.. potongkan 2 keping jugak bentuk penyepit seperti di bawah
kemudian, guntingkan sedikit dan jadi seperti ini.. (gambar terbalik la plak, patut bawah ni dulu)
gunting sedikit dan jadi seperti di atas. hahahah
kemudian clipkan sepit .. ini rupa yang di atas..
ini rupa di bawah
amik satu lagi keping dan tutup di bahagian atas clip
kemudian jahit jelujur sampai abis
amik felt bunga tadi, dan gam kan. sesudah itu cantumkan dengan sepit yang telah siap dibalut.
tadaaa.. jadilah dia sepit yang comel!!!
SELAMAT MENCUBA!!!..
psst: - boleh buat sepit raya anak2 tau.. boleh buat banyak2 ikut corak dan ikut baju raya anak2 anda..