Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

❤ Kad untuk Mama ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sebenarnya gambar kad ni aku dah letak kat dalam FB aku, maybe ada yang dah tengok ada yang belom, tak kisahlah, aku sajer nak abadikan kad ni dalam blog aku. sebagai kenang-kenangan..

Semalam masa kelas lukisan, cikgu suruh buat kad sempena hari ibu, rasa sangat terharu, balik sekolah agama tadi, berlari2 farhan datang kat aku .. kemain tak sabar2 nak bg mama kad ni.. siap peluk dan cium mama berkali2.

Muka depan kad.. dia kata idea dia buat bentuk LOVE sebab dia sayang mama.. mama sentiasa ada dalam hati a'am.. dan dia nak bg hadiah setangkai bunga rose kat mama

Bila a'am dah besar, aam nak hadiah kan mama rumah dan kereta (tp dia kata sori mama sebab dia kaler kereta tu kaler biru, dia lupa nak kaler kereta tu warna pink, kaler kesukaan mama) oh anak, mama sangat terharu sayang

walaupun simple, tapi sangat mencuit hati.. pandai dia lukis gambar mama dia pakai tudung.. siap ada cermin mata.. hehehehe


oleh sebab dia panggil aku mama, so dia kata dia tulis Selamat Hari Mama.. ni la rupa sekeping kad hari ibu.. walaupun ada orang kata tak baik sambut hari ibu, tak mengapa lah, yang penting aku tau anak aku sayang pada aku..

Happy dapat kad dari anak tersayang.. belajar rajin2 yer sayang, agar impianmu nak hadiahkan mama sebuah rumah dan kereta tercapai.. :)

Sunday, October 24, 2010

Selamat Ulang Tahun yang ke 6 Sayang

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini genap farhan 6 tahun umur farhan.. Mama doakan semoga a'am terus membesar dengan sihat dan sempurna. bijak pandai.. harini aku ada buat majli secara kecil-kecilan untuk anak2 aku.. tak jemput ramai orang pun.. tp entry tu aku letak nanti2 ok.. entry ni special untuk farhan

ni masa kek farhan umur 1 tahun, kalau tengok date kat gambar ni bukan 24.10 kan? sebenarnya ni masa open house raya merangkap besday farhan yang pertama


yang ni farhan umur 2 tahun.. tahun ni mama baru jer 2 minggu bersalinkan emily, jadi sambut secara kecil2an dengan adik beradik aku jer.. almaklum dalam pantangkan..


Kek ni masa farhan untuk 3 tahun.. share dengan emily umur 1 tahun..  tema Barney


Kek ni masa farhan untuk 4 tahun.. share dengan emily umur 2 tahun.. tema Mickey Mouse



Kek ni masa farhan untuk 5 tahun.. share dengan emily umur 3 tahun.. tema Ben10



Kek ni masa farhan untuk 6 tahun.. share dengan emily umur 4 tahun.. tema Toy Story



Tahun depan dah sekolah.. tak tau nak buat ke tak... oppss sebenarnya ada satu kek lagi untuk sekolah farhan.. Kek Spiderman... khas untuk sambut dengan kawan2 dia. al maklum tahun ni last sekolah tadika..

Sunday, October 10, 2010

Selamat Hari Jadi Sayang..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

10.10.10 tarikh yang paling ditunggu2 oleh sesetengah orang.. apasal?? sebab tarikh tu amat cantik sekali kan. masa aku bersalinkan emily 10.10.2006 dulu, aku tak terpikir pun pasal date 10.10.10.. la ni bila orang sebut2 baru aku perasan, hehehehe. apa pun tarikh ni mmg tarikh istimewa milik Nazathul Emily Sorfina kerana dia genap berumur 4 tahun.. Alhamdulillah makin cerdik, makin keletah, makin banyak ragam, makin kuat minum susu, makin pandai bergaya.. alahai anak mama sorang tu.. tahun depan insyallah akan ke Q-dees macam abang dia gak.

Untuk mu adik....

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG,
SEMOGA ADIK AKAN MENJADI ANAK KEBANGGAAN MAMA DAN PAPA

 10.10.2006 - Nuzul Quran  (baru lahir)


10.10.2007 - (1 tahun)


10.10.2008 - (2 tahun)


10.10.2009 - (3 tahun)


 10.10.2010 - (4 tahun)


Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah.. lagi 3 hari nak raya.. tak sangka kejap jer berlalu bulan ramadhan ni.. terasa sayu pulak.. Insyallah petang rabu lepas balik kerja, terus gerak balik Segamat.. berbuka di jalanan la gamaknyer.. bukannyer apa, takut kalau balik lambat, jalam compem jem melekat punya.. so tak mo amik risiko.. bergerak la pelan2 janji sampai segamat tidak di tengah malam.. jangan Tangkak Segamat tu sunyi sikit..

Di kesempatan ini, saya Nazathul Hamimi Binti Hj Abdullah ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf kepada semua rakan2 sahabat handai dan taulan, saudara mara dan semua yang mengenali diri saya jika selama persahabatan kita ada terkasar bahasa, terguris perasaan.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. raya jemput datang ke rumah.(eh ayat sama jer dekat facebook?? hahaha belasah jer la)