Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Maaf lama tak update.. malah terlepas pula entry “Meh ke Saloon” tanpa sempat aku edit .. sebenarnya ada perkara yang menimpa diri aku, sehingga aku tak mampu nak bukak “laptop” gara2 fobia nak sentuh “laptop” sendiri..
Hampir 2 minggu sudah, kami sekeluarga ditimpa musibah.. rumah dimasuki perompak. Perkara yang paling aku takuti terjadi juga pada kami.. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah yang Allah nak beri.. Aku redha dengan ketentuanNYA
Malam kejadian (sebenarnya pagi jam 5.15 pg).. alarm rumah berbunyi.. aku bangun nak lihat apa yang terjadi, silapnya aku aku matikan alarm cepat sangat.. aku dengan berani, turun ke bawah. Sampai kat bawah, darah menyirap sebab ternampak 3 orang perompak bertopeng (seluar dalam) dalam rumah aku. Dalam hati terdetik “Ya Allah, macamana ada orang dalam rumah aku”.. aku tergamam dan menjerit sebab terkejut.. terus salah sorang perompak berparang paut leher aku sampai aku jatuh.. “diam, diam, kalau tak LU MAMPOS”. Masa ni mmg takut.. masa ni bibik aku pun dah duduk terdiam sebab parang kat leher.
Terus dia tanya aku kunci pintu dapur.. aku yang panic, mmg terketar2 la mencari kat mana kunci pintu tu.. masa tu mmg blur sangat2.. kemudian derang suruh aku bukak semua barang kemas yang ada.. gelang tangan dan gelang kaki, derang rentap je sebab nak cepat.. mmg parang sentiasa kat leher je ni.. masa ni hubby aku ada kat atas, dia nampak kejadian tu, tp tak boleh buat apa2.. kemudian, derang naik atas nak masuk bilik aku..
Sebelum naik, aku sempat merayu “jangan apa2kan anak2 aku”.. kemudian, masa dalam bilik, aku duduk atas katil sama2 dengan anak2 aku.. aku tengok je derang amik handbag coach aku, laptop dan yang seorang lagi geledah apa yang patut.. mmg sedih dan takut masa tu, sebab dalam handbag aku tu, ada kamera kesayangan (actually kamera tu aku tak kisah sangat tp bg aku yang lebih berharga adalah gambar2 dalam memory kad dlm kamera tu sebab semua kenangan yang tak mungkin datang lagi).. ada wrislet yang aku simpan duit raya anak2 tak sempat nak masuk dalam tabung haji lagi.. handphone, barang kemas yang aku simpan semua diambil… dalam banyak2 barang kemas aku paling ralat ialah rantai (mas kawin) dan juga gelang tangan (batal air sembahyang).. dua tu yang paling aku sayang (sentimental value) dan ralat sekali.. mmg tak de rezeki..
Alhamdulillah anak2 tidak diapa2kan.. yang si abang, tak sedar langsung, si adik sedar, tp Alhamdulillah tak nangis.. dia tengok je.. aku pun hairan apasal dia tak nangis. Tp apapun syukur jugak, sebab kalau dia nangis, keadaan akan lg haru biru..
Lepas dia dah puashati dapat apa yang mereka dapat, kami berdua disuruh turun.. kami dikurung kt bilik bawah, cuma nasibnya sebab bilik tu tak boleh dikunci. Kami disuruh duduk situ sampai mereka keluar. Kebetulan, masa kami dalam bilik tu, Emily boleh turun ke bawah.. dan salah sorang tu masukkan Emily dalam bilik kami. Tak sampai 5 minit, mereka lesap..
Kejadian ni mmg sangat2 trauma bg kami, sebab mmg aku tak sangka macamana “mereka” boleh masuk dalam rumah kami.. sedih sebab semua barang kemas hilang (nak beli bukannya mudah), tp aku yakin semua tu Allah nak uji aku.. Aku tak menyesal dengan apa yang terjadi, aku redha dengan ujian dan ketentuan yang Allah berikan pada aku.. mungkin Allah nak aku lebih dekat denganNYA.. aku pasrah dengan musibah yang berlaku.. Cuma doa aku agar lepas ni kejadian ini tidak berulang lagi. Tak sanggup lg nak menempuh ujian dan dugaan seberat ini..
Yang sedihnya, mak nak pergi haji hari ahad (2 hari) selepas kejadian - 9.10.11.. sedih nak lepaskan mak.. mak pun seperti tak sanggup nak meninggalkan kami.. yang paling aku sedih bila mak cakap “kalau la apa2 berlaku kat kamu berdua haritu, mak takkan pergi haji .. mak takkan tinggalkan anak2 kamu”.. masa ni mmg sedih sangat2.. syukur kami berdua selamat. Mak dapat pergi menunaikan haji dengan tenang.. Insyallah kata mak, dia akan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kami dunia akhirat.. semoga doa seorang ibu dimakbulkan.. semoga mak pun diberi kesihatan yang baik dan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna serta dapat haji yang mabrur.