Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Ok meh aku setat share dengan apa yang aku amalkan dan pengalaman2 aku ye.. aku update sikit2 dulu, kalau ada penambahan, aku update kendian....
Ikut pengalaman aku.. ini yang aku buat..
HATI MAU KERINGG HAA
1. Nak buat ni kene sabar banyak2.. kene kuat mental dan fizikal.... kene set in mind, nak buat ni tak lama.. paling lama pun 3 bulan je untuk turunkan berat dan buang lemak2..
jangan le dalam pale terpikir asam pedas ke kari ke, roti canai ke nasi lemak ke apa ke .. korang dah melantak lebih
dari 20 tahun.. lemak pun dah tepu, so hanya 3 bulan je kita stop
makan (bukan tak leh makan benda lain pun kan?).. bila dah dapat berat badan yang ideal kita leh makan balik dengan kuantiti yang
berpada2 .. raya ni korang nak pakai cecantik tak??? nak makan sedap2
tak masa open house?? ha kita diet keketat dulu, kita sakan la makan kendian..
pastu jangan lupa pose 6.. cover balik yang kita dah sedap membedal tak
hingat dunia tu.. ramai yang kata tak boleh tinggal nasi.. ye aku paham.. paham sesangat sebab aku jenis kategori kuat makan. sapa kenal aku , mmg tau aku kuat makan.. pantang ada benda sedap, mmg laju je aku makan.. tp sebab aku dah nekad, rupanya boleh je tinggalkan nasi .. tak de masalah.. tak percaya buat lah dengan nekad.. In Sha Allah
2. Sila buat2 tak nampak makanan yang banyak bila opis buat jamuan.. segala mala makanan yang terhidang mmg sodap2 belaka, nasi kerabu, puding roti, kek coklat moist, kuih muih, nasi lemak, pulut kuning dan sebagainya.... tp hanya mampu memandang sambil teguk air liur.. tp kalau ada satay boleh le makan, tp tanpa kuah kacang.. ingat masa induction tak leh makan kacang. lgpun kuah nya ada gula..
3. Sila bertabah kalau tengok suami dan anak2 order air yang sedap2 di mana2 restoren ... sebab ko hanya boleh order air kosong or air mineral sahaja .. tu pun aku minum 1/2 jam after makan..
4. Kalau ke pasar malam pula, korang hanya boleh jeling2 manja je orang jual kopok lekor, kek coklat moist, apam balik dan sebagainya... mana2 yang boleh amik bau2, korang sedut dalam2 sambil menikmati bau yang sangat sedapp .. ayam goreng esp. rangka2 ayam pun tak leh beli ye sebab ada celup tepung..
5. Kalau ke kedai makan, aku biasanya order sup sayur je, sebab dalam tu dah campur ayam sekali.. kadang2 aku belasah anak aku punya telur dadar gak.
6. Kalau orang belanja makan, fokus hanya yang boleh makan HALAL atkins.. jangan sebab orang belanja, ko bantai je sesuka hati order makanan .. INGAT, once ko culas or kantoi, ko akan rugi KETOSIS.. nak dapat ketosis tu amik masa 2-3 hari baru dapat balik.. apa tu KETOSIS, sat lagi aku tulis kat bawah.. sabar2, jangan gelojoh.
.
7. Jangan timbang hari2 nanti stress (macam aku laaaa).. sebab bila ko timbang hari2, pastu tak turun, mula la ko meroyan2 sebab dah penat2 diet tp tak turunkan?? mula la rasa nyesal sebab diet, tp tak de hasil.... so baik ko tunggu seminggu baru tengok hasilnya.. kalau dah tak nyabo sangat, tunggu la at least 3 hari baru timbang.. baru la nampak perubahannya. boleh le senyum2 kambing kan..
1st aku nak tulis, apa benda yang HALAL DAN HARAM dalam Atkins.. (bukan haram dalam islam yer.. jangan salah paham, kang ada yang maki aku plak) dan sebelum memula kan diet atkins ni, kita kene buat Induction 2 minggu...
Atkins Nutritional Approach (ANA)
dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh
berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian
anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting
sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak
pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini.
Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan
boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan
kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau
lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya
sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti
bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan
apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh
grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri,
terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau.
Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam
sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin
seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan
kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk
menyusahkan tetapi untuk memastikan badan membakar lemak,
bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa
sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan
karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan
anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang
dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan
dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
KETOSIS - Ok meh baca apa tu Ketosis
AYAT SKEMA - Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita.
Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air.
Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui
pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.
Fasa
yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan,
meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga
meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.
AYAT AKU - ni nak senang paham, bila dalam badan kita tak de or kurang carbo (terhad 20g sehari), otak akan baca "ooo badan budak ni tak de carbohirdrat .. so cemana nak ada tenaga??" haa opkos la disini lemak memainkan peranan yang penting.. lemak2 yang ada di badan kita akan dibakar menjadi tenaga... SEE??? sebelum ni kalau carbohidrat dan gula melimpah ruah, gula dalam badan yang akan di bakar menjadi tenaga, bukannya lemak .. tu pasal lemak makin LEMAK BERKRIM dan bermaharajalela tu.. ada paham?? kalau kenyataan or pendapat aku ni salah, sila la Otai2 betulkan. aku tak marah.. sebab ni pemahaman aku jek.. ok nak dapatkan ketosis ni, memakan masa 2-3 hari, baru betul2 lemak dibakar menjadi tenaga.. tu pasal bila kita kantoi makan, kita rugi.. sebab kita dah penat2 diet, tup2 kita cekik nasi lemak or roti canai.. ha tak pasal2 kene buat semula induction 2-3 hari nak dapatkan ketosis tu.. kan dah lambat turun .... kalau nak tau badan kita ada ketosis plak, aku beli stik ni.. korang baca lah
Jadual Keputusan Keto Sticks
Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan:(Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )
Putih (Negative) – Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.
Merah sangat muda (Trace) – Anda dalam keadaan
ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku.
Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.
Merah muda (Small) – Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.
Ungu muda (Moderate) – Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.
Yang paling bagus Merah Muda tu la... Dah paham?? ok sebelum aku citer apa aku makan, meh aku nak terangkan apa aku amalkan setiap hari...
Pagi - aku minum teamix dr herbalife kasi lawas buang air kecik .. ye ko, kalau minum teamix ni, mmg tak sabar2 nak gi dating dengan Mr. Tan.. kejap2 pi, kejap2 pi.. hehe
Tengahari - aku tak amalkan apa2... makan cam biasa je menu atkins .. cuma petang2 aku minum Green Tea secawan.. aku tau korang mesti nak tau apa khasiatnya kan?? manja tau.. ni aku dah google siap2.. baca ler
Antara kandungan
khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan
produk yang mengandungi green tea adalah Membantu mengawal tekanan darah
tinggi
- Membantu mengawal paras gula darah
- Membantu dalam sesetengah penyakit barah. Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
- Menguatkan sistem imun. Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
- Menurunkan aras kolesterol. Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
- Penuh dengan antioksida - dimana boleh menolong mengurangkan lemak2 atau kolestrol dalam badan
- Menjaga tekanan darah
- Merawat batuk
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
- Kaya
dengan EGC (Epigallocatechin) dan GC (Gallocatechin) iaitu antioksida
yang kuat serta dapat menolong mencegah dan menghancurkan sel2 kanser
- Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri)
- Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf
- Boleh mencegah penyakit Demensia dan Amnesia
- Meredakan gangguan seperti tidak boleh tidur dan gelisah
- Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya
- Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.
Malam - after makan (before kul 8 pm) aku amik NR untuk melancarkan pembuangan besar untuk esok pagi.. tp tak hari2 la aku amik.. selang sehari sebab bila amalkan diet ni mmg akan sembelit sikit.. aku serasi dengan Nona Roguy Phyto Cleanse plus ni sebab perut tak mulas2 mcm teh orang kampung..
Ok ada yang tak suka jamu kan? so boleh amik ni jugak .. fungsi dia sama, untuk lawas ber**......aku tak try, sebab aku tak suka benda bancuh2 ni
Kalau korang nak minum manis gak.. beli gula tiruan.. Splenda or Stevia.. nak masak sambal or masak apa2 pun leh ganti gula pasir dengan gula tiruan ni.. tp aku tak beli pun, sebab aku rasa ok je tak makan benda2 manis .. ni rupa bentuk nya
Dan sebelum tido aku minum sesudu teh cuka apple (Apple Cider Vinegar) campur dengan air.. untuk meningkatkan metabolisme. campur air tau, jangan ko togak je cuka apple masam2 tu, mau reput gigi ko nanti.. tak kisah jenama apa2.. paling bagus jenama Bragg.. tp aku beli Heinz je.. Khasiatnya,
Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan
berat badan.
Menyembuh berbagai penyakit atau
masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan
atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi,
keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis
(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih
tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat
badan.
Menurunkan kadar kolestrol dan kadar
triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh
lemak.
Peringatan : -
Apa yang aku amalkan di atas tu TAK WAJIB diambil dan diikuti.. semua tu bergantung pada tubuh masing2. kalau sembelit amik la apa aku syor tu. kalau badan dah gigil2 sebab tak de gula, so boleh la amik stevia dan splenda sebagai jalan penyelesaiannya.. gitulah yang lain2 kekdahnyer..
Tapi yang WAJIB korang amik hari2 yelah air... kene minum at least 3 liter air ataupun nisbah ikut berat badan kita... 25 kg = 1 liter air.. so kalau berat korang 75kg amik la 3 liter.. macam aku walaupun badan aku 54kg kan, patut amik 2.5 liter air (lbh kurang) aku tetap amik 3 liter.. lg banyak minum air, lg bagus sebab badan ko buang2 toksin dlm badan.. tpp jangan lebih2 jugak.. ada jugak tak baik kalau terlebih minum air .. berpada2 la.. aku minum setengah jam selepas makan, dan aku minum air suam je.. tak minum air sejuk samada letak ais or air sejuk dlam peti es
huih panjang lebar aku celoteh ek.. bila nak tunjuk gambar makanan.. esok la ye... sebab dah penat menaip.. HAHAHA JANGAN MARE.. ESOK TAU AKU PROMISEEEEE..