Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Nasi Goreng Sardin

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Haritu aku letak gambar nasi goreng sardin kat Instagram dengan FB, eh ramai lak nanyakan resepinya.. so harini aku dengan baik hati aku nak share resepi nasi goreng sardin. heehe macam hebat sangat la kan.. padahal, sardin jek pun.. 

Ok meh tengok dan salin resepi sambil telan ailio...

Bahan2nya adalah ....

3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1-2 biji lada merah (kalau nak pedas tukar beberapa biji cili api)
Sedikit belacan
Ikan bilis - agak2 la
1 ekor sardin - sukatilah nak pakai cap apa2 pun.. kalau besar 1 ekor cukup, kalau ikan sardin kecik 2 ekor lah memadai
1 biji telur
Kicap sikit - kalau suka

Caranya

1. Blender bawang merah, bawang putih, lada merah, belacan dan ikan bilis.. kalau rajin dan nak lagi sedap, korang tumbuklah..., kalau aku blender jek.. kekdah orang malas..(jangan lupa lenyek sardin, buang tulang)

2. Tumis bahan sampai naik bau. pastu masukkan sardin yang telah dilenyekkan2... pastu pecah telur... agak2 dah garing sikit, buh la nasi putih.. 

3. Kacau hingga sebati.. masukkan garam dan pak aji macam biasa... kalau suka letak la kicap, kalau tak suka tak yah... eh aku tak masukkan ayam, udang segala, sebab dah ada sardin.. kang kalau masukkan macam2 takut rasa jadi pelik lak kan..

Tadaaaa dah siap!




Monday, September 30, 2013

Main baking2 dengan my lil Emily... Nutella Cupcake

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam tak de apa2 nak buat.. anak dara aku sibuk ajak aku baking.. macam la mak ko ni terer bebeno nak baking-baking ni kan.. so teringat haritu  HIRDA dan LIEYA sama2 pernah baking Nuttella cupcake.. bahan2 pun simple je.. semua ada kat rumah.. terus aku zas-zas bukak blog hirda untuk tengok resepi.. sama macam kes Lieya, aku pun menderhaka bubuh telur dua biji sebab telur aku kecik. hehehehe




simple jek bahan2 dia

budak busyuk masam tak mandi pagi dah tolong mama buat cupcake


 
tetap nak tolong pegang padahal mixer ni boleh stand sendiri kan.. main jek lebih tu
buh tepung
 


abaikan table top aku yang dah pecah tu. huhu bila nak repair..
panaskan oven
saki baki bancuhan nuttela tu dia pi makan.. dia kata
SEDAPPPP
baru jek masukkan
sudah naik dengan gebunya
          
tray pertama

tray kedua.. oleh sebab tak de topping apa2.. emily pun cucuk ler biskut love letters ni.. sukati ko lah nak..
Selamat mencuba..

Tuesday, September 27, 2011

❤ Apam ke dot dot dot ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Syukur alhamdulillah, akhirnya rumah aku dah pasang UNIFI .. betapa lamanya aku peram entry2 dalam deraf kan.. huhu sebenarnya salah timing daaa, bulan lepas  aku TERterminate aku nyer broadband, padahal sepatutnya pasang UNIFI bulan lepas gak, tp ntah kenapa ada masalah teknikal so UNIFI tak leh pasang bulan lepas.. tu yang menyangap tak update2 blog gara2 dah terminate broadband.... adoi cakap pun  dah berbelit2.. 

Sebenarnya aku tak tau nak citer yang mana satu, sebabnya citer2 tentang raya pertama, kedua, ketiga semuanya rasa macam dah basi jek kan.. tp rasa2 macam gak nak citer untuk kenang2 an.. tengok la nanti, amik mood .. sebab orang semua dah abis dah mood rayakan..

Ok harini aku nak citer pasal hari sabtu baru2 ni aku balik kg, mak buat kenduri sempena dia nak ke haji.. kakak aku pun insyallah pergi juga, tp dia pergi bertugas jaga VIP kat sana nanti.. ye dia kerja kat Tabung Haji.. masa kenduri mak just order satay, tp mak masak jugak ketupat mini dan kuah lodeh.. maaf lah semua2 tu aku terlupa nak snap gara-gara .........

Aku sibuk menyiapkan APAM KE DOT DOT DOT.. hehehehe.. aler eksen jek lebih kan.. adunan tu kakak aku yang bancuh, adik ipar aku tolong masuk kan adunan dengan filling.. tugas aku cuma buat dot dot tu jek.. eh nampak senang kan buat dot dot tu, tp susah ok.. sebab kalau tak bebetul, bersememeh dot dot dot tu.. banyak kali gak aku try & error buat dot dot dot.. last2 menjadi gak la lawa... al maklum tangan aku tak de skill bab2 baking ni kan.. lain ler Aimi Jalil, Fazinil Irma, Nojah, Melina dan lain2 lagi. hehehe.. ok jom tengok gambo..

ni kakak aku tengah bancuh adunan.. yang aku perasa, dia bubuh 3 biji telur, esen vanila, ntah apa lagi yek.. ala korang google la.. banyak rasanya resipe apam dot dot dot ni


ada budak sibuk nak tengok.. teruja tengok mixer tu berpusing. dengan kepala2 dia berpusing ikut mixer tu berputar




dah siap adunan, kita bagi la berapa bahagian kita nak kan. sebab kita nak bancuh pewarna


kaler biru


kaler pink


kaler hijau


kaler kuning


ni adik ipar aku tolong masuk adunan dalam cup


isi filling


isi balik adunan tu tutup filling


ni ler dot2 yang aku buat sebelum dikukus


ni ler yang dah siap ( aku tak sure ni yang cup di atas atau tak, main amik sebijik jek snap ni.. )  ok la kan.. not bad dot dot dot nyer kan .. biru dot dot pink


hijau dot dot kuning


kuning dot dot biru.


ok tu ajer.. saje nak tunjuk bakat yang mmg tak kreatif tu.. hehehe boleh la kan buat makan budak2.. tp aku sebenarnya tak rajin buat benda2 ni.. selalu aku order jer kat fb tu.. senang mudah dan cepat..  tp kalau ada request dari anak2 nak makan dan dan tu gak tp tak sempat order, maka bersingsing lengan la aku kena membuatnya. heheheh

Monday, September 6, 2010

Puding Kastard Kasih Sayang Cik Puan Mimi

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok petang2 ni, aku nak ajar cara2 nak buat Puding Kastard cara aku la kan. aku tau, ramai dah tau cara2 nak buat puding ni.. x pe.. tak salah sharekan

Ok ni bahan2 di bawah.. simple jer, tak banyak


Ok untuk buat puding dahulu, masukkan 1 cawan tepung kastard


sebiji telur + 4 sudu besar gula


setengah cawan susu cair + 3 cawan air kosong

kacau semua bahan sampai larut


sebelum masak puding tu, siapkan bekas nak isi puding tu dulu.


aku guna bekas calci-yum


ok baru tenggek larutan puding tadi atas api yang kecik


kacau sampai pekat dan likat


cepat2 matikan api dan terus masukkan dalam bekas sebab puding ni cepat keras. simpan dalam peti ais untuk lebih sejuk


ok untuk kuah puding ni pulak.. guna 1 tin susu cair + 2 tin air kosong


bancuh 4 sudu besar tepung kastard dengan sedikit air


bancuh 2 sudu besar koko van houten dengan sedikit air


masukkan susu, air, bancuhan tepung kastard + koko dan juga setengah cawan gula .. kacau rata2 sebelum tenggek atas api

masak atas api kecik sampai mendidih dan kuah agak2 nak pekat


jangan pekat sangat macam puding tu, sebab yang ni ialah kuah dia .. sejukkan di luar dulu, bila dah sejuk sikit, baru boleh simpan kuah ni dalam peti ais untuk lebih sejuk


time nak menghidang, masukkan puding tu dalam bekas besar, pastu tuang kuah dan jangan lupa letak buah fruit cocktail untuk lebih sedap.. dan kalau nak lagi sejuk dan nyaman2 letak jugak ais ketul2.


ok itu ajer.. harap faham apa yang aku ajar.. maklum ler aku guna bahasa pasar jer..