Friday, September 12, 2014

Umrah Di Bulan Puasa/Ramadhan - Berbuka Puasa

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok harini kita cerita bagaimana keadaan berbuka puasa di Madinah dan Mekah. lebih kurang ajer sebenarnya, tp aku hanya sempat snap gambar2 berbuka puasa di Madinah.. marilah aku cerita satu2..

Sebelum pergi, aku mmg siap2 bawak tupperware dan botol tupperware untuk aku mengisi bekalan dan air zam zam kat sana.. masa nak ke masjid, mmg aku bawak tupperware kosong, kot2 nak isi lah makanan2 sebab katanya derang sedekah makanan nanti.. setiba di pintu masjid, dah ada orang arab ni pegang kotak kurma muda / rottab ni.. dia bg sorang beberapa biji (dlm 6-7 biji seorang).. so bila kurma tu ada dalam genggaman aku, aku pun terus buka tupperware nak simpan la, takkan nak pegang sepanjang jalan.. lgpun belum waktu berbuka.. bila dia nampak aku bukak tupperware ni, tak semene2 dia terus curah 1 kotak kurma muda ni.. terkejut aku.. rezeki datang harini..  terus aku tutup tupperware dan masuk dlm bag.. sepanjang nak masuk tu ada jek orang bg sedekah, air jus la, air mineral la dan macam2 lagi..




Kat sini, orang2 yang ingin bersedekah mostly orang kaya2 lah akan pajak tempat untuk diberi sedekah.. contoh mcm ni.. dia pajak barisan ni.. nanti orang2 dia akan susun makanan2 tu.. kat dataran masjid nabawi ni kita boleh pilih kita nak duduk berbuka di saf yang mana.. ada macam2 pilihan.. ada saf yang akan hidangkan roti, ada yang hidangkan nasi dan macam2 lagi.. ikut nasib dan rezeki masing2.

Ok di sini, jika kita hendak ganjaran pahala lebih mcm biasalah, kita kene berada dalam masjid untuk solat magrib, jadi sapa2 yang nak berbuka di dalam masjid, mereka akan hidangkan makanan yg simple2 sahaja seperti air zam zam, yogurt, kurma dan roti.. ini kerana mereka tak mau mengotorkan karpet-karpet dalam kawasan dalam masjid.. tetapi di dataran masjid ni mmg mewah dengan makanan.. tp bila solat magrib mmg di luar sahajalah.. tak merasa solat di dalam..

 
Bila waktu hampir maghrib, payung pun tertutup.. tengok tu kemain happy asben aku nak pi berbuka puasa.. kat sini ada kawasan2 untuk lelaki dan perempuan.. tp ada jek tengok mak arab dan pak arab berbuka puasa sama2 setempat .. orang2 kita je biasanya lebih tertib duduk sesama jantina.

Jom tengok keadaan orang2 sana menyediakan tempat berbuka.. bagaimana mereka membahagi-bahagikan makanan tu.. kalau roti bulat besar tu mereka bahagi 2.. selalunya roti2 ni aku bg je kat mak arab.. mereka suka, simpan buat sahur..




tengah bahagi2 roti


anak2 arab amik air zam zam

muka letih ni tau...duduk sorang2... aku tak kisah.. tak de hal

bila jemaah ramai, dorang bukak saf baru


 

 
 
 
barisan ni aku dapat nasi.. ada barisan lain dapat roti je.. tengok keadaan... lepas berbuka kebetulan tak de orang sebelah kanan aku, nasi ada lebih, aku amik bawak balik hotel

macik2 arab ni tolong isi air zam2 dan pas2 kan
ini rezeki berbuka harini.. kurma muda, air jus , air zam zam, nasi, roti (aku bg mak arab depan aku) dan pisang

sabar menanti waktu berbuka
 

Waktu berberbuka kat sana sekejap sangat-sangat.. mmg bukan makan beria2 lah.. lepas azan berkumandang, terus minum air zam zam, makan kurma dan pisang kasi tenaga.. pastu nasi tu aku simpan dulu.. dlm masa tak sampai sepuluh minit, pekerja2 arab ni terus gulung je plastik2 saf2 tu sebab nak bersedia untuk solat magrib.. tak kira lah ko dah abis makan ke belum, mmg mereka akan dengan cepat kemaskan tempat.. sebab tu tak leh makan lambat2. dan aku tak pernah makan berat kat situ..

Lepas solat magrib kat dataran tu, aku balik hotel dengan suami.. barulah kami makan berat apa yang hotel sediakan.. itulah untung orang2 kita, makan terus disajikan di hotel masing2.. kalau tengok orang2 arab atau mereka yg datang dari negara yang susah dan orang2 kurang berkemampuan, memang kesian sebab mereka tak dpt makan semewah kita ni. sedih pulak rasanya


tempat makan ni mmg strategik.. dr sini nampak masjid nabawi..

nilah nasi yang aku dapat dari masjid tadi.. bawak balik hotel dan makan ramai2 dengan yang lain.. asben aku dapat roti jek masa tadi ni.. so kita share2 rasa

Malam tu, aku dan lain2 solat terawih kat dataran jek, sebabnya dalam masjid dah penuh.. jemaah yg berbuka dari magrib, compem tak balik dan takkan keluar dari masjid.. kat dataran ni mereka bentang karpet untuk solat sini.. masa ni belum masuk waktu lagi.. so masing2 rehat2kan badan

jemaah sebelah dari Johor Bahru, Tiram Travel

Inilah serba sedikit gambaran berbuka puasa kat sana.. Ya Allah mmg seronok sgt2.. mmg terasa lain sangat di sana.. tiada makanan mewah seperti di Malaysia, tiada murtabak, tiada tepung pelita, tiada air tebu, tak de air katira.. hanya ada air zam zam, air yogurt dan jus ajer.. tp percayalah, walaupun berbuka simple2 tp kenyang dan bertenaga sepanjang solat terawih.. Alhamdulillah.


Umrah di Bulan Puasa/Ramadhan - Hari pertama berangkat

Umrah di Bulan Puasa/Ramadhan -Madinah Al Munawwarah

Thursday, September 11, 2014

Umrah di Bulan Puasa/Ramadhan - Madinah Al Munawwarrah

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kalini aku tak buat entry hari2 macam dulu2 .. just buat Entry semalam, harini (di Madinah), insyallah entry suasana berbuka di Madinah dan juga Entry di Mekah.. so tak banyak entrylah.. sebabnya, kalini aku kurang bergambar.. ini kali kedua, so aku nak fokus lebih sedikit dibulan ramadhan. dan juga banyak tempat aku dah bergambar masa Umrah kali pertama dulu.. lebih kurang ajer gambar2nya ..

Ni dalam bilik hotel kami.. Hotel Elaf Taibah.. sapa2 nak duduk sini aku mmg recommend la.. hotelnya dekat, bersih dan luas juga.. dan ada wifi tp di lobi lah..


di tingkap tu la aku selalu skodeng kat luar masjid.. tenang je jiwa raga aku
nampak tu.. masjid nabawi dan lampu2 menerangi masjid.. orang tengah solat terawih masa ni.. kan aku baru sampai, nak bersihkan diri dulu time ni..
  


Ni hari esok masa nak ziarah luar.. di depan hotel aku.. Hotel Elaf Taibah.. dari sini dah boleh nampak Masjid Nabawi.. alhamdulillah.. dekat sangat2.. kurang la letih sebab bulan puasa kan.


 Berhadapan hotel aku, hotel Movenpick. kira sebelah-sebelah je.. 



Yang ni plak kat Masjid Quba... tunaikan solat sunat dhuha dan apa2 solat sunat disini, dapat 1 pahala umrah.. tp kene berwuduk siap2 dari hotel yer..




 Ni di Jabal Uhud..

 


 

Kita pergi ke kebun kurma..



Balik dari menziarah luar, terus pergi solat zuhur.. bulan puasa ni senang sikit, tak payah pikir nak breakfast dan lunch..

dalam masjid nabawi, curi2 snap gambar..
 

Balik dari Zuhur sementara nak ke Asar, kami singgah kat Bin Dawood.. beli jubah2 dan buah tangan kat sini..




Ni keadaan dari bilik aku.. panas sangat kat luar nampak kan? silau kat kamera ni.. tp seronok tengok luar, tak jemu2






 

Malam tu aku jumpa silent reader aku yang stay di Madinah.. Fadhlina Hakimi.. dulu dia add aku kat FB.. aku ni jarang approve orang2 yang aku tak kenal.. tp ntah kenapa dia aku boleh approve.. so bila aku nak pi umrah ni, aku contact dia.. nak tau keadaan umrah bulan puasa di madinah.. akhirnya jumpa gak kami di hotel malam tu lepas solat terawih..
 

Ni pulak pagi selepas solat subuh.. pagi2 lagi dah melontar.. masa ni mmg semua peniaga jual barang murah2 sangat.. mmg berbaloi beli masa ni.


Selepas cerah sikit barulah mutawif perempuan bawak kitaorang masuk Raudhah... group aku jemaah perempuan tak ramai.. dalam 7-8 orang je macam tu.. senang mutawif tu nak handle.. mmg dijaga betul2.. setiap benda dia nak cerita pd kami.. sampai kan dalam2 masjid tu semua dicerita satu2.. tp banyak aku dah lupa.. memori dah hampir expired la katakan.. masa kami solat pun, dia suruh sujud lama2.. dia kata tak pe dia jaga.. bila mak guard arab tu marah2 sebab sujud lama2, nanti dia beking.. dia kata kat mak guard tu "hajat, hajat"... solat hajatkan mmg lama kene sujud.. mmg dia kepong abis2lah kitaorang ni.. mmg dia suruh lama2 sujud.. terharu rasanya dengan kesungguhan dia jaga jemaah bawah dia..

baru lepas abis subuh, cuaca dah semakin cerah, payung pun dah buka

pintu nak masuk ke raudhah

ni la mutawifnya.. tp nama aku lupa.. sengal betul la aku ni
group kami... sebelah aku tu isteri Mat Over aka Sulaiman Yassin
Lepas dah balik dari Raudhah makcik2 ni semua ajak aku pi teman berbelanja.. aku ON je.. merayap la kami ni semua pi satu kedai ke satu kedai.. seronok gak layan makcik2 ni

 
 

kenal tak? asben aku dengan Mat Over
Ni cerita keesokkan hari, hari terakhir di Madinah.. nak buat ziarah wida.. selamat tinggal kepada rasullullah saw.. aku keluar awal pagi sebab nak lama2 dalam masjid nabawi.. setelah selesai semuanya, aku dan seorang makcik ni nak balik.. tiba2 kami jumpa anak arab ni.. masyallah comel sangat2.. dlm hati terdetik, kalaulah dapat anak lelaki cantik mcm ni, alangkah seronoknya. heheheh. budak ni pun baik sangat2.. aku panggil2 dia.. lambai2 dia.. dia datang.. aku cium2 pipi dia, dia tak marah, dia suka, senyum jek.. mak dia pun tak marah kita cium2 anak dia.. hehehe


Ok masa untuk tinggalkan madinah yang penuh barakah ni.. siap memakai ihram






Bag dalam perut bas.. nampak tak bag pink? bag aku ler tuuu. hehehehe.. Ok insyallah esok atau minggu depan aku citer pengalaman berbuka puasa di Madinah.. seronok sangat2

Umrah di Bulan Puasa/Ramadhan - Hari pertama berangkat