Monday, October 15, 2018

Farhan & Emily - Road to Shanghai - Day 3 (23 November 2017) Disneyland!

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


Ya Allah dah lamanya tak update blog... rupanya dah nak hampir 10 - 11 bulan tak update langsung.. dah nak  masuk setahun ha dari tarikh pergi ke Shanghai Disneyland. haha mood mana mood ni.. ok sebenarnya ada sebab kenapa tak update blog yang berkurun2 ni.. hujung tahun lepas pada 29 Disember 2017 aku telah menjalani Lasik TransPRK di Advance Vision. Alhamdulillah ada juga rezeki nak buat lasik setelah lama aku pendam (sejak dari en hasben buat di Dr Muhaya dulu dan staff dia kata aku tak de peluang nak buat sebab kornea mata aku nipis).. tp harini aku tak mau citer mengenai tu lagi.. aku akan citer di satu lagi entry lain setelah habis citer Disneyland ni okeh.. aku kene cerita cepat2 supaya tak berapa basi dan selagi memori aku masih ada lagi pada kenangan holiday tahun lepas .. (sebenarnya nak citer cepat2 sebab bulan depan nak pergi holiday lagi, so tak maulah tertunggak citer Shanghai ni.. nanti makin mereput..)

Hari ke 3 di Shanghai, pagi2 lagi aku dah bangun dan rebus maggi goreng untuk breakfast..  mujur sempat beli telur di kedai semalamnya sebelum balik dari bandar Shanghai..





masak simple2 je janji kenyang.. maggie perisa asli.. nampak pucat aje .. hehe


abg makan dulu, adik tengah bersiap

Dah siap makan kami pun jalan2 di sekitar hotel.. macam2 jumpa.. woodylah, buzz lightyear lah.. memang happy lah duduk di hotel ni... terasa2 mcm dalam citer Toy Story 




Macam biasa kami dan yang lain2 tunggu di lobi.. bila semua dah berkumpul barulah kami gerak sama2 ke Disneyland.


kami memang dah plan nak pakai sama2 cekak Minnie Mouse ni.. cekak ni kami beli di Disney of World (tak ingat harga) masa hari pertama sampai.. tp kat gate2 luar juga ada yang jual cekak ni (yang lagi murah, tak original lah) ..  kalau nak jimat boleh beli di luarlah.. 

kami dah ready
Tunggu shuttle bas kat luar.. shuttle bas sentiasa ada ye.. tak payah tunggu lama2



Kami kene gerak awal ke sana sebab orang ramai yang datang awal.. kalau lambat datang. lambatlah masuk.. ada sebab jugak kenapa datang awal sebab kami nak cop fast pass.. kat sana kita boleh downlod apps Shanghai Disney Resort .. so kita boleh tengok ride apa yang kurang orang beratur, ride mana yang tengah beratur panjang.. so bila dah downlod apps tu, kita boleh book fast pass .. ada barcodenya.. nak book fast pass hanya boleh di buat once kita dah jejak masuk dlm Disnyeland.. so kene cepat.. kalau tak melepasss.. kene la Q panjang untuk setiap ride. kalau nak tau mengenai fastpass boleh baca kat blog INI




melengkar2 orang beratur


Kat sini ada 2 gate tau sebelum masuk.. gate pertama untuk cek bag.. memang strict boleh tahan.. so kalau korang nak bawak masuk gak food, pandai2 lah korang.. mcm kami, bawak roti sorang seketul.. buh dalam jaket.. so lepas lah .. dia tak raba2 pun badan kita.


yang ni gate pertama.. dia cek bag

yang ni gate kedua.. tukarkan tiket yang kami beli online kepada tiket Disneyland


Harga Tiket :-

Adult CNY 670 - RM 418.00 (2 day pass)
Kids CNY 510 - RM 318.00 (2 day pass)

Kat sini harga kids dia ikut ketinggian. bukan ikut umur.. so kalau anak korang belum 12 tahun, tp tinggi, dia tetap kira adult. kalau tak silap aku ketinggian 140 cm ke bawah dikira harga kids.

Ok masuk2 je kat dalam Disneyland aku hirda dan lieya uruskan mengenai Photopasss.. ok kegunaan Photopass ni setiap kali jumpa jurufoto dlm area2 Disneyland ni boleh  minta amikkan gambar.. samada ko nak pose kat background istana ke, kat tugu ke, jumpa mana2 characters ke, ko hulur je photopass ni kat dorang.. nanti dia scan barcode dia.. lepas tu gambar2 yang dia snap tu akan masuk dlm hp koranglah.. ingatkan tadi aku cakap pasal downlod apps.. ha yang ni pun korang kene downlod juga appsnya.. so dia akan link kat hp korang.. so korang akan dapat gambar2 tu terus, tak yah sibuk2 nak cuci kat Disneyland.. mahal kan. baik cuci sendiri atau buat photobook .. ok photopass ni unlimited ye. tak kisah berapa banyak gambar pun boleh.. aku beli untuk 2 hari jugak..

Harga Photopass - 1 hari CNY199 (kalau masuk 2 hari kene beli 2 pass) .. 



setiap kad dia tulis one day pass.. so aku dapat 2 pass ni


Masa kami mak2 ni tengah sibuk beli photopass ni, bapak2 yang jaga anak2 ternampak Donald Duck, so bergambarlah mereka semua dengan Donald Duck tanpa mak-mak .. huhu jeles tau



sebab masa ni kami uruskan photopass, tak sempat lah kami guna photopass ni


Ok lepas dah beli photopass tu kami pun beramai2 amik gambar kat tengah2 istana seperti di bawah ni.. yang ni Profesional Photographer yang amik. nanti korang tengok. asal gambar nampak canti tu dari Profesional Photographer .. kalau gambar2 yang sendu sikit tu dari HP lah. hahaha






Kasi lah aku chance posing2 sikit ye. haha





Lepas tu kami ternampak Goofy.. so budak2 pun sibuk nak bergambar






Lepas bergambar kami pun terus kan perjalanan sebab nak naik ride Tron


  


Ride pertama yang kami naik (aku tak naik pun.. penakut) ialah TRON.. ok nilah fast pass pertama yang kami book. kat sini memang orang terlampau ramai sebab TRON ni tak de kat Disneyland lain ... kat Shanghai Disneyland aje yang ada.. so memang semua excited nak cuba.. dan rezeki kami dapat book awal2 fastpass masuk TRON. setiap fastpass ni ada limit ye.. so nasib2 lah dpt ke tak.. aku tolong jaga harris, dayyan dan jaja.. hazry, hardy dengan farhan dok pergi main game yang ada kat situ.. yang masuk TRON laki aku, emily, shahnun, hirda, shah dengan lieya dengan mia je.. berani semua2 ni.. memang kirim salam la aku nak naik..




ni suasana kat dalalm laki aku snap.. cantik dan best katanya.. ye ni ride roller coaster yang terbalik2 tu ye.. 

bukti en din dengan emily naik tu.. lieya terselit kat belakang tu. hehehe


lapar2 sempat makan roti yang disorok dlm jaket. hehe jadiklah alas perut

Jalan2 jumpa popcorn, so belanja anak2 popcorn pulak



Dah hampir setengah berpusing main dan berjalan, so budak2 dah lapar, kami singgah makan kat sini..
  



kami beli Fish & Chip buat alas perut



Lepas makan kami tengok parade plak












Lepas dah settle tengok parade, kami naik bot pulak..


cilok gambar lieya latif.. hehehe











tertunai hasrat Farhan Naufal nak amik gambar dengan Captain America
 Dah hampir malam, perut pun dah lapar lagi.. so kami decide nak makan waffle



sedap sangat2.. 
 Sebelum balik, kitaorang amik gambar lagi kat belakang castle ni.. view malam. tp muka aku pun dah pucat melesi



dan sebelum balik jugak kita tengok fireworks.. tak best sangat mcm kat Hong Kong Disneyland.. kejap sangat dan tak berapa meriah.






laki den

moh kita balik.. dah lebih 12000 steps dah berjalan harini.. nak tercabut kaki

sampai bilik, laju2 masak nasi, panaskan kuah kari ayam brahim..
sedap makan panas2 time sejuk + kelaparan + kepenatan 

Ok nti kita sambung lagi ye.