Showing posts with label mekah. Show all posts
Showing posts with label mekah. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Umrah Bulan Ramadhan 2014 - Mekah Al Mukarramah Part 2

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Bertemu kembali... ok harini nak share sikit je berpuasa di hotel.. hotel yang aku duduki ni hotel biasa2 je.. menu pun alhamdulillah meriah, tp tak la semeriah hotel 5 star tu.. apapun aku tetap bersyukur.. kenyang sangat2.. 

Kat sini air zam zam dan kurma mmg wajib la kan.. dah mcm menu utama.. yang lain2 tu ikut pada katerer hotel la.. kitaorang bergilir2.. kadang2 kat hotel, kadang2 kat masjid..









Lepas berbuka, bergegaslah kitaorang ke masjid untuk solat magrib, solat isyak dan solat terawih.. biasanya solat isyak di lewatkan sedikit.. dan sejurus lepas tu baru solat terawih.. solat terawih di sini 20 rakaat.. kebiasannya 10 rakaat pertama imam lain dan 10 rakaat seterusnya imam lain.. pernah beberapa kali kami dapat imam yang bacaannya mendayu2 sehingga menangis teresak2.. banyak kali dengar.. sayu sgt dengar.. yelah mereka faham dengan bacaan ayat2 suci al quran kan.. biasanya dalam pukul 11.30 abislah solat terawih .. lepas dari tu kami selalu makan2 di safwa tower.. tu sebab badan aku jd montel balik gara-gara makan tengah-tengah2 malam, balik terus tido. hehehe

Kat dalam masjid ni aku dan seorang makcik ni mmg selalu tukar2 tempat solat sebab nak merasa keadaan dalam masjid... pernah kami solat di area mcm basement la. tingkat 1 la, tingkat 2 la, mcm gambar kat bawah ni.. kawasan ni tempat yang baru dalam pembinaan lagi.. so lantai dia kesat.. tak de permaidani lagi.. so masing2 pakai sejadah masing2.. kadang2 kami solat tempat orang saei.. masa solat je, masing2 otomatik berhenti saei dan bentang sejadah... pernah sekali lepas abis tawaf tengahari aku tak masuk dlm masjid, aku duduk bahagian hampir dengan bawah mataf tapi masih dalam dataran kaabah.. masa tu sorang2 tak de kawan... so main selit je duduk dengan mak2 arab, kat sana tak perlu risau kalau duduk sorang2 pun dlm masjid, tp dengan syarat bila nak balik hotel jangan sorang2, balik dengan suami atau kawan2 lah...

1 lagi kenangan, kami terlewat sampai ke masjid, keadaan dah penuh. tp nak gak solat dalam masjid, tak mo solat kat dataran luar, aku pegang tangan makcik ni, sama2 naik tangga. tak lepas.. last2 kitaorang semua solat kat tangga je... tulah rezeki haritu.. kat tangga pun penuh orang ye.. mmg tak de kosong pun.. begitu ramainya ms bulan ramadhan.

Masa ni aku sorang2, sempat berkenalan dengan orang turki kat sebelah, tp dia malu nak amik gambar.. nama dia tasneem.. cantik orangnya, sedap namanya.. umurnya muda, suami dia kerja kat arab.. 

On the way balik dari solat terawih, orang ramai dah beratur nak masuk mataf.. nak mengerjakan umrah


Tiap-tiap hari balik dari hotel mesti singgah kedai aiskrim ni.. sedap giler aiskrim dia.. SR3 je.. rindu betullah aisrkim ni.. ada 3 perisa.. kalau nak 1 perisa pun boleh.. ni pun penyumbang terbesar lemak2 di badan aku . hahaha mana taknya kedai aiskrim ni bebetul depan hotel. mana tak terliur

 
nak nangis tengok aiskrim ni.. bila nak dapat makan lagi ni..  bersebelahan kedai aisrkim ni plak, ada kedai kebab.. lg lah sekali asyik makan jek kerjanya



 nampak? kedai kebab sebelah hotel??


kat sini jarang ada cili sos, kalau selalu yg derang bagi mmg tomato sos aje (sos cili tu ada, tapi kurang sedap).. so aku siap2 bawak dari mesia.. maklum la tekak orang melayu.. tetap nak sos cili



bulan2 puasa pun teringin nak minum air pepsi .. tengok pelikkan burger derang.. letak fries kat dalam.. tu aku letak sendiri sos cili..


Esoknya ada lawatan ke Jabal Rahmah.. tahun 2012 aku tak sempat naik pun.. masa tu tak tau ada tangga kat belakang.. so kalini kami mmg tak lepaskan peluang naik.. berdoa sama2 untuk keamanan dan kebahagiaan rumahtangga hingga ke akhir hayat







ada jual-jualan juga.. murah dari kedai.



bergambar dari atas bukit Jabal Rahmah..








Ok jumpa lagi esok.. last part untuk citer mekah

Monday, June 30, 2014

Perjalanan Umrahku di Bulan Ramadhan - Selamat Berpuasa semua..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kejap je dah masuk 2 hari berpuasa kan... Aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan2 dan reader.. Alhamdulillah harini aku dan suami akan terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah sekali lagi.. cumanya beza kalini kami memilih untuk umrah di bulan Ramadhan.. nak rasa suasana berpuasa di sana... Insyallah kami akan balik ke sini pada 11 Julai 2014.. anak2 aku tinggalkan mereka kat kampung.. semoga anak2 aku dilindungNYA..

Plan nak mengerjakan umrah sebenarnya dr awal tahun haritu.. memula plan nak pergi hujung tahun ni, tp suami aku cakap, dia niat nak pergi umrah lepas abis study master dia.. perkara yang baik tak elok la ditangguh2kan.. setelah beberapa kali kami berbincang, kami amik keputusan nak pergi sebelum raya ni.. sebab cuti sekolah hujung tahun ni nak kasi peluang bawak anak2 pulak berjalan2.. bila tengok kalendar, dia abis final paper pd 15 Jun 2014 ..  so tarikh pemergian yg sesuai jatuh pd bulan ramadhan.. bulan April haritu kami mendaftar dan bulan Mei kami selesaikan urusan dokumen apa2 yg patut. alhamdulillah semua berjalan lancar.. terutama sekali visa... 

Korang ingat tak Entry NI? maybe korang tak perasan apa2 kan.. sebab tajuk entry aku letak, ada perbezaan tak. heheheheh saje tunjuk gambar pasport untuk visa masa tahun 2012.. pastu aku amik sekali lagi tahun ni.. gambar ni untuk urusan Visa aku thn ni.. Alhamdullillah, sebenarnya aku dan suami dah hampir putus asa sebenarnya.. sebabnya ramai yang tak lepas visa, sebab bulan ramadhan mmg ramai umat islam dari seluruh negara akan ke Tanah Suci. dan juga sebab penyakit MERS tu, ramai yang tak lepas visa ni .. tp alhamdulillah 2 minggu sebelum bertolak, Visa kami lepas.. Kalini kami memilih Utas Travel & Tours sebagai agent..  kami memilih Utas Travel kerana jarak hotelnya yang hampir dengan Masjidil Haram.. sebab kita pun tau, bila bulan puasa, tentu kita akan letih sedikit.. dengan aku ada masalah kaki dan suami ada masalah tulang belakang.. jadi kami harus memilih untuk keselesaan kami juga.. (memang orang kata kalau jarak jauh lg banyak pahala, tp kesihatan tetap kene utamakan) ... sebelum pergi, banyak kali aku google mengenai umrah di bulan ramadhan.. nampaknya mmg seronok sgt berpuasa di sana.. ada juga yang pergi umrah DIY.. lebih murah dan jimat.. tapi aku lebih suka pergi dengan travel..senang tak yah pikir apa2, semua diuruskan... tinggal bawak badan je.. tak kisah la bayar lebih sikit janji tak pening kepala nak uruskan macam2. hehehe.. pilihan masing2 lah kan.. tak de paksaan..

Kalini kami ambil extra suntikan iaitu suntikan influenza.. Suntikan ni digalakkan untuk sapa2 yang nak ke luara negara.. Doakan2 kami selamat semuanya dan dipermudahkan urusan ibadah umrah kami ye.. 


Entry Autopublished

Friday, December 27, 2013

Photobook Malaysia yang kedua - Album Umrah Ziarah Istanbul Turki 2012

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini aku nak share gambar2 dr photobook kedua yang aku buat.. beli kat groupun la.. murah je RM52.. kalau beli kat kedai gambar mahal giler.. oleh sebab aku puashati dengan hasil photobook pertama, tu sebab aku beli lagi.. so far mmg cantik2 hasil nya... sajer buat kenangan seumur hidup.. untuk anak cucu cicit tengok . hehehe

cover depan
Istanbul Aku Datang!
 




















Cover belakang


p/s.. masa ni aku gemuk kan. heheheheh