Salam Bismillah
Mama Farhan dan EmilyAssalamulaikum buat semua sahabat blogger mahupun silent reader yang saya kasihi dan hormati, dengan rendah hati, saya dan suami saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini ada terkasar bahasa, terguris perasaan kepada semua kawan2 dan rakan2 blogger samada secara sedar mahupun tidak.. Insyallah saya dan en suami akan menunaikan Umrah pada tahun ini. (31 Mei 2012 hingga 16 Jun 2012). Di saat entry ini dibaca, kami sedang di dalam bas menuju ke Singapura kerana kami akan menaiki pesawat Turki Airlines dari Changi Airport, Singapura.
pic :- googled
Alhamdulillah tercapai jugak hasrat kami ingin menunaikan umrah pada tahun ini. Mohon doa kalian agar kami selamat di sana, dan selamat pulang ke tanahair.. Kami menggunakan khidmat Andalusia Travel & Tour. Mudah-mudahan pilihan kami tepat.. Insyallah.. Sekarang ini adalah musim cuti sekolah dan harganya agak mahal sedikit berbanding pada hari2 biasa (bukan cuti sekolah) .. Pakej ini adalah RM7590 seorang( harga untuk sebilik 2 orang, tp kalau 4 orang sebilik harga lagi murah sikit) dan kami pergi ke sana lebih kurang 16H/14M insyallah... dan sekarang di Mekah/Madinah adalah musim panas.. semoga perjalanan dan urusan kami berjalan lancar dengan izin Allah.. Amin
pic :- googled
Insyallah perjalanan kami akan menuju ke Kota Singa terlebih dahulu dan melawat di sekitar bandar tersebut dan pada malamnya kami akan terus terbang ke Istanbul.. Kami mengambil pakej umrah ziarah ke Istanbul kerana ingin melawati tempat-tempat sejarah islam..
pic :- googled
Saya pergi bersama suami sahaja, anak2 kami hantar ke kampung bersama bibik dan mak akan jaga di kampung .. Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan selamat segala-segalanya.. Insyallah
Buat Farhan dan Emily tersayang, maafkan mama dan papa kerana tinggalkan kamu berdua di kampung dan melepaskan tanggungjawab sementara kepada nenek dan umi.. insyallah kalian berdua selalu ingatan mama dan papa, jaga diri baik2.. jangan nakal2 dan sentiasa ingat mama dan papa yer.
p/s: Plan nak menunaikan umrah ni dari bulan 2 nak pegi, bertangguh ke bulan 3, bertangguh lagi ke bulan 5, dan tanpa disangka, belek2 kalendar, rupanya Allah nak hadiahkan kami tarikh 31 Mei 2012 bersamaan 10 rejab iaitu genap 9 tahun menjadi suami isteri (tarikh dalam tahun islam).. Alhamdulillah hadiah ulangtahun perkahwinan yang tidak ternilai .. Syukur pada-MU YA ALLAH

entry autopublished