Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday - Hasil diet Atkins

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Akhirnya... dari saiz 42 dah bertukar ke 38.. Alhamdulillah..




Monday, July 22, 2013

Iftar with BFF - Ramadan Buffet @ Rajang Hall, GTower

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Dah hampir 2 minggu kita berpuasa kan.. mcm tak percaya.. dan aku pulak baru terhegeh2 nak update blog. hehehehe, ntah le tak de semangat lak nak update blog macam sebelum2 ni.. tp suka tengok orang update blog pasal menu berbuka dan sahur.. aku mmg tak de modal nak citer sebab aku tak pandai masak mcm orang lain.. banyak beli lauk tunjuk je.. takkan tu nak gebang dalam blog kan? anak2 plak sahur tak mo makan nasi, nak makan roti nuttela je hari2 tanpa jemu.. aku dan suami pulak, sahur kurma dan air suam.. tu pasal tak le la citer dlm blog ni.. terima kasih pada silent reader yang sanggup add aku kat fb nak tanya kenapa aku tak update blog.. rindu ekkkk... hihihihi.. 

Pd silent reader yang terjumpa aku kat Jalan TAR Jumaat lepas, sorry saya mmg tak perasan.. nanti tinggal la jejak kat bawah ni.. boleh kita berkenalan.. dan kita dah sampaikan salam awak juga pada Lieya Latif tau. hehehe..

Oklah, tahun ni aku dah berbuka puasa sekali di luar @ di Restauran Mohd Chan Abdullah.. tp malas betul nak snap gambar.. teruk betul mood bulan puasa ni.. so 2nd time ni kami berempat mcm biasalah tetiap tahun mesti berbuka puasa bersama. Tahun 2010 berbuka puasa di rumah Hirda, tahun 2011 di rumah aku dan 2012 di rumah Lieya .. sepatutnya tahun ni di rumah Sham, tp oleh kerana tahun ni Sham dah buat house warming bulan 5 haritu, so kami tak mo la susahkan dia lagi.. kalini kami sepakat nak gi buffet ramadhan sahaja.. dan sebulan sebelum puasa, kami telah sepakat nak berbuka di G Tower .. Link2 berbuka puasa aku amik dari blog lieya memandangkan dia jek rajin update saban taun. kami2 ni ada yang rajin update ada yang tak rajin update... lg satu korang leh tengok muka anak masing2.. dari kecik hingga besar.. lain2 belaka...

Jam 5.30 petang masing2 dah keluar rumah.. aku sampai paling awal sebab jalan tak jem langsung.. sampai kat G Tower (sebelah bangunan Tabung Haji) pukul 6 petang terus park kete dan asben ajak jalan2 kat Ampang Park.. budak2 ni mana leh duduk je melepak.. kang merengek kebosanan.. so kami jalan2 kejap kasi hilang boring.. kat Ampang Park sempat aku beli kasut raya tau. hehehe


jam 6.45 petang semua dah berkumpul kat sini.. kami bertiga tak plan langsung nak pakai hitam.. kebetulan jek.. sham ayu berbaju kurung (awat la tudung aku kembang setaman ni)

hirda terus pi kat kaunter
oh ye kami sebenarnya beli groupun voucher tau.. 1 adult = RM 45.. dan kids =RM28 (bayar kat situ).. so adult kami dah beli siap2 masa kat groupun tinggal nak bayarkan anak2 je la 6 orang tu.. kalau ikut harga sebenar adult = RM90 dan kids = RM45.. (so sangat2 save la beli kat groupun)

Food dia nampak tak banyak, tp mengah nak abiskan okeh.. ada pelbagai pilihan la.. dessert dia pun banyak, puas hati juga.. yang penting ada kamben yek. hehehe


Satay
 





 


ABC

ikan bakar & air asam yang marbeles..

kamben yang super sedap

mee bandung
muka anak2 yang berpuasa semuanya.. tengah bertabah menunggu Azan
 


heheh amik awal2.. malas bangun banyak kali

4 potong kamben & 3 sudu nasi berempah

Air Bandung dan teh tarik
ikan bakar & air asam marbeles

satay

mcm2 ada.. lieya punya ni
budak comel kesayangan ramai ni tak pose dah membedal dulu.. siap "bruuup" lagi kekenyangan sebelum azan.. hehehe

harus lah ada kan.. i dengan kekasih i ni
happy tengok anak2 semua berbuka puasa.. terasa anak2 dah besar dah.. masa kenal dulu masing2 baru merangkak lagi..
 

anak2 satu table... mama papa semua table lagi satu.. pandai2 la korang nak makan ye anak2 .. nak apa2 makanan tambahan sila bitau mama dan papa masing2 ye

tu dia.. penuh meja
 Sementara tunggu para2 suami semua solat magrib, kami makan dulu dan jaga anak ..


Dalam jam 8.10 malam gitu, kami berempat take turn menunaikan solat magrib kat sini.. tp jauh plak surau yang disediakan..

kat belakang tu bukan hantu tau.. tu orang bertelekung .. cam biasalah kan blogger, tetap nak pose di mana sahaja, kikiki .. luas gak surau dia.. (sib baik lieya tunduk, kalau tak nampak plak dia tengah tak pakai tudung.. hehehe)

muka ceria lepas solat, jom kita sambung melantak sampai kembung..

makan ringan2 jek.. bubuk lambuk pun amik la 3 sudu

pencuci mulut
masa ni meja bertukar lagi.. bapak2 duduk semeja.. senang nak borak.. mak2 duduk meja sebelah senang nak gosipping.. anak2 gasak la korang pandai2 bawak diri nak main

kami makan dan lepak2 sampai kul 10 malam.. pastu baru la kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah... dapat juga berhimpun bersama2 dengan BFF tahun ni.. tahun depan kita pi buffet ramadhan lagi yok...

Tuesday, July 9, 2013

Niat Puasa di Bulan Ramadhan dan Jadual Waktu Imsak dan berbuka Puasa Tahun 1434 H / 2013 M bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

In Sha Allah esok kita umat islam akan menyambut bulan ramadhan dan semoga dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna untuk tahun ini.. Semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan2 sebelumnya dan juga selain berpuasa kita dapat mengerjakan solat tarawikh setiap malam dan semua ibadah2 kita diterima oleh Allah s.w.t .. 

Ok malam ni kita semua dah boleh mula bertarawih dan juga kene niat berpuasa.. korang ingat tak niat berpuasa? hehehe ok meh aku share niat berpuasa .. kadang2 aku pun pelupa gak..

Ok kat bawah ni, ada jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun ini.  boleh la print dan letak di peti es dapur. hehehe

sila clik untuk pembesaran

Tahun ni In Sha Allah Farhan akan berpuasa mcm tahun lepas, tp untuk emily, aku tak paksa, kalau dia larat, alhamdullillah.... tapi kalau tak larat, puasa separuh hari pun tak pe.. pelan2 ajar.. tak perlu paksa .. dia kecik lagi.. dan kadang2 orang selalu pertikai, "eh nape tak puasa ekkk.. anak aku kecik2 lagi dah puasa penuh" ... "eh kecik2 la kene ajar.. barulah budak tu belajar berpuasa, dah besar kang malas.. " .... ye ye aku tau, anak korang hebat sangat .. tapi korang kene ingat, tak semua budak sama ok..kang masa kecik je rajin puasa, kalau dah besar malas/ponteng pun tak guna kan? 

** malas layan mulut orang...

Friday, July 5, 2013

Info Hari Jumaat - "PLEASE TAKE ONE"

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Salam pagi jumaat yang ceria dan semoga semua kawan2 ku diberkati oleh Allah s.w.t selalu.... Kalini aku nak share info di hari Jumaat ini pula.. cheese..


ceria tak Kak Ton.. hehehe
Kisah aku petik dari FB, - bukan kisah aku yer..


Semalam pi sebuah Klinik. Waktu dah hampir maghrib, oleh kerana kes kecemasan, tunggulah di klinik. Sementara tunggu giliran , nampat satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Tak lama, nama isteri dipanggil untuk ambik ubat dan buat bayaran. Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi seperti dalam gambar. Bukan bahan yang dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?





Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang saya perhati dan menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta , bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.

Maka salah seorang anaknya tu pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar dalam satu pesanan seorang 'orang soleh' kata, ketika itu kami sudah sampai di Ladang Kurma di Madinah, 'orang soleh' tu pesan, " kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis. Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis. Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

Yang halal jadi haram apabila kita pandang remeh dan kata tak kisah. Kita lupa Allah berkira dan malaikat dikiri kanan mencatat segala-galanya dalam buku rekod amal peribadi kita.


Dalam kisah yang tersebut ada beberapa pengajaran yang bagus kita buat teladan:
 
1. Si ayah mengajar anak untuk mengambil secukupnya. Sekiranya ambil lebih walaaupun diminta izin, takut tak cukup dan ada yang tidak merasa. Peka dengan orang lain.

 
2. Si ayah mengajar anak untuk bersifat amanah. Sekiranya diminta ambil satu, maka ambil lah satu sahaja. Ada sebabnya diletak "Please take one". Ingat, orang lain juga ada anak.

 3. Si ayah mengajar anak-anak supaya berkongsi. Betapa hebatnya si ayah mengajar, sehingga si anak memulangkan kembali.
 
4. Si anak belajar sifat redha - dia redha berkongsi dengan saudaranya.

Kadang-kadang kita kena ajar anak kita susah sikit, ajar anak kita redha, ajar anak kita amanah... mungkin kita terlalu mengikut kehendak anak, kerana itu anak-anak fikir mereka boleh mengambil sesuka hati..






Masya Allah... hebatnya Allah swt merancang pengajaran untuk kita..... 
-orang kita selalu nampak remeh perkara ni kan?? -
 ** -------------------------------------------------------------------------------------------------------------- **
 
Banyak lagi dalam hidup ni kalau kita nak fikirkan. contoh macam pergi kenduri kawin.. nampak goodies bag cantik, kita ambil lebih, sedangkan mungkin tuan rumah dah sediakan bajet secukupnya untuk tetamu.. kalau kita amik lebih, pasti tetamu2 yang lain tak merasa goodies bag itu.. mmg tuan rumah tentu bagi lebih kalau kita minta izin, tp dalam hati tentu dia resah kerana takut tak cukup untuk tetamu yang lain pula.. fikir-fikirkan..

Pernah juga aku ke kenduri kawin secara buffet.. salah sorang tetamu mengambil kuih dengan banyak dalam satu piring. mungkin diambil untuk ahli2 keluarganya yang lain. tetapi malangnya kuih tu tak disentuh langsung oleh ahli keluarganya .. sayu mata aku melihat kuih2 tu terbiar atas meja sesudah mereka pulang.. sudah tentu kuih2 tu akan menjadi 'sisa" kerana aku pasti tak de orang lain akan menjamah kuih orang lain .. akibatnya, budak katerer terus humban kuih2 tu ke dalam plastik tong sampah.. sudah tentu tetamu2 yang datang kendian tak dapat jamah kuih2 tersebut kan? macam biasalah mentaliti orang2 kita,, "ada aku kesah??" sedihnya..

Banyak pengajaran boleh diambil dari kisah2 seperti ni.. renung-renungkan..

Thursday, July 4, 2013

FM Raya dah tiba..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam aku terima parcel.. sangat gumbira rasa di hati sebab FM raya dah sampai.. walaupun puasa lagi beberapa hari, kita kene la prepare or tempah awal2 kan. kang dah masuk bulan puasa, orang tak mo layan... Masa kita kecik2 dulu, kita selalu bg kad raya jekan.. ada yang murah ada yang mahal.. pastu kene beli stem.. nostalgia gak tu .. asal posmen lalu je, aku berlari tengok kot2 ada kawan2 bagi kad raya.. rupanya nan ado. hahaha perasan, sapa ajer nak bg kat ko.. masa kat UiTM, asben aku (time tu pakwe la kan) rajin pos kad raya.. siap ada lagu2 lagi. masa tukan glamer kad raya ada muzik.. kembang kuncup hidung sebab dapat kad raya mahal. hahaha..

Bila zaman dah berubah, tak de sangat orang beli dan jual kad raya.. kalau ada pun tak ramai, dan tak ramai jugak yang beli.. orang lg rajin menghantar sms sebagai pengganti diri.. pastu sms dah tak main sebab kene bayar, so orang hantar whatapps pulak.. sah2 la free kan..hehehe

Tp now aku fikir2 balik, nak buat something la.. so aku pun order FM sebagai pengganti diri kad raya.. sekurang-kurang2nya, dengan FM ni, kita boleh tengok selalu. kira kenang-kenangan la kan.. bukan buat tetiap taun pun.. boleh gak anak kita masa tu kecik je lagi. nanti dah beberapa tahun akan datang sure anak kita dah besar.. muka pun dah lain..

Aku order dengan Ruhil Hayati di FB. ini linknyer.. https://www.facebook.com/Happy2print ... macam2 design ada, mmg cepat dan pantas servicenya.. cantik2 pulak tu design dia. mmg kreatif la dia ni.. selain FM dia juga buat button badge..  ramai orang tempah dengan dia.. memula aku suh dia edit mana2 yang patut, pastu dia ada la ada beberapa contoh..




ni yang aku pilih akhirnya

cantikkan.. aku suka sebab yang atas kuning2 tu ala2 ketupat palas jek.. baru ada mood nak raya..

Rasa nak buat sampul duit raya pulak.. kat mana boleh tempah yer..