Salam Bismillah
Mama Farhan
Harini nak share pengalaman aku jaga farhan di Hospital.. walaupun A'am bukan sakit kritikal, tp bg aku ni tetap pengalaman yang tak dapat dilupakan. sebab aku mana pernah tido hospital selain dari masa bersalin dulu.. untuk A'am, bila A'am dah besar, mama nak A'am tau, yang mama sanggup berkorban menjagamu sayang.. mama nak A'am jadi anak sempurna dan cantik mcm orang lain juga.
Farhan ada masalah dengan gigi dia.. gigi dia banyak rosak, reput dan sepatutnya dengan umur 9thn gigi kekal sudah tumbuh, tp gigi kekalnya masih belom mau tumbuh..
ingat tak entry ni? giginya dan adik dia di scan?? ye masa ni Dr. Wan dah refer nama dia ke HUKM untuk rawatan susulan.. mmg Q nya amat panjang dan memakan masa. oleh sebab nak buang giginya yang banyak, so tak boleh la cabut dengan cara yang biasa. dia dinasihatkan untuk dibius tido sebab nanti bila gigi2 yang dicabut, gusi2 pula semua akan dijahit.
Hari Rabu lepas, ada appointment gigi di HUKM. tak lama tu doktor kata kene admitted supaya senang nak dipantau. aku masa tu tak sangka la kene admittedkan, so tak bawak apa2 barang pun.. petang tu en papa yang bawak semua keperluan kami. nasib baik dia bawak semua barang yang cukup dan lengkap.
 |
masa ni dah kene masuk wad.. mcm biasalah timbang berat.. 18kg ajer anak aku ni.. tak sesuai dengan umur dia.. sepatutnya 30kg ke atas kata nurse tu. nak buat cemana nurse, anak aku tak suka makan nasi |
 |
kene pastikan dia tak demam, batuk dan selsema. |
 |
nampak macam tak rosak, tp sebenarnya dah rosak dan reput.. |
 |
lepas tu dia tido petang tu, tak tau nak buat apa |
 |
makan malam farhan |
Malam tu aku dan farhan tido awal.. 8.30 mlm kitaorang dah tido sekatil.. nak pergi tengok TV macam malas pulak. so aku baca novel dan terlelap.. dalam pukul 5.30 pg, aku terjaga sebab nak kasi A'am minum air kosong sebab lepas ni dia akan berpuasa sampai esok.. bayangkan last farhan makan pukul 8.00 malam dan berpuasa sampai esok petang. kesian sangat sebab lama dia berpuasa ..
Farhan sebenarnya tak tau giginya akan dicabut.. dia ada tanya aku Doktor nak cabut gigi dia ke. kalau nak cabut dia tak mau. dia nak balik.. terpaksalah aku bohong sunat dengan dia. aku bagitau "Doktor nak check je gigi A'am".. nasib baik dia tak tanya apa2 lagi
Pagi2 dah bangun, mandikan dia sebab dalam kul 7.30pg Doktor akan datang ke wad untuk lihat keadaan dia dan bincang apa2 yg patut.
Sementara menunggu waktu giliran Farhan masuk bilik OT, aku bawak dia ke Bilik Permainan Kanak2. bilik ni khas untuk Pesakit je.. anak2 biasa tak boleh masuk main sini..
Lepas dah puas bermain, dalam pukul 10 pagi kami balik bilik dulu.. sebab katanya pukul 11 pg giliran dia..
Tapi tunggu punya tunggu, tak juga sampai giliran dia.. masa tu farhan dah mengamuk sebab lapar dan haus sangat2,. yelah dia makan last puul 8 mlm tadikan. pastu just teguk air kosong pukul 5.30 pg.. dia cakap, "kenapa A'am kene puasa .. ni kan bukan bulan puasa".. mati kutu aku nak menjawab.. tp aku sabarkan dia, cakap doktor yang suruh puasa sebab nak check gigi dia.. mmg puas la aku memujuk dia supaya tak minum, macam nak berperang gak la .. sampai akhirnya dia tertido.. aku bukan tak mau bg dia minum, tp kalau dia minum air kosong, nanti operation tu akan delay selama 6 jam. so tak mau la aku kan.. mcm orang sebelah, orang myanmar, dia tak paham cakap melayu, dah dibaginya anak dia minum, so kene delay 6 jam..
 |
kitaorang angkut bantal dalam keta je. ada bantal emily (2-2 pink) |
 |
rupanya giliran dia kul 1.30 petang.. kene tukar baju... masa ni dia dah merengek2 kelaparan dan kehausan. punyalah dia penat dan haus, sampai tak larat nak cakap dan berjalan.. tengok tu sian aku tengok |
 |
masa ni aku pun kene tukar baju gak, kene teman kan dia dalam bilik OT sampai dia di"pengsan"kan |
Sayu hati masa ni, tengok nurse tampal macam2 kat badan dia, sepit kat jari kaki tangan, alahai rasa nak nangis.. tp aku tahan gak, takut A'am nampak.. lepas tu ada 2 Doktor pakar datang.. masa ni aku dah dup dap dup dap.. aku yang takut .. pastu dia suruh aku pegang tangan, dan nurse pegang kaki. sebab dia nak bg A'am sedut gas.. gas ni busuk dan budak akan meronta. sorang doktor pegang belon, konon2 suruh A'am tiup, manakala doktor bius satu lg, terus serkup mulut A'am dengan gas.. tak sampai seminit, A'am dah di'tido'kan.. doktor terus suruh aku cium dia.. dan aku keluar lepas tu.. masa ikut nurse keluar, terus air mata menitik2 jatuh.. sedih sebab tak tau apa nasib anak kat dalam tu.. Operation tu berjalan selama 1 jam 50 minit, dan 18 batang gigi A'am telah dibuang..
Tepat jam 3.45 petang, nurse panggil aku masuk.. sayu tengok muka dia keluar dari bilik OT.. mulut penuh darah
Lebih kurang 15 minit tunggu dalam bilik OT lg sementara nak pindah ke wad. A'am berkali2 sedar dan berkali2 tido (kesan bius), tp setiap kali sedar, dia mesti merengek2 lapar dan haus. pastu aku pujuk2 dan tertido semula.. masa ni nurse masih tak bagi dia minum lagi. takut muntah pulak, tu yang aku sangat2 sedih bila dia merengek haus.. nurse pun cakap, biasanya budak akan nangis sebab sakit, tp dia nangis sebab lapar dan haus.. masa dia merengek2 cakap tak tahan haus, dia cakap macam ni "Mama, A'am dah tak tahan sangat dah ni. rasa nak mati sangat dah ni".. uwaaa cuba ko bayangkan perasan aku cemana bila anak cakap nak mati.. jangan la mati nak, mama susah hati ni..
Lepas dihantar ke wad, lebih kurang 4.30 petang, baru aku berani bg dia minum air kosong. tu pun sikit2. dan lepas doktor kata dah boleh bg dia aiskrim untuk kecutkan gusi, terus aku berjalan laju ke koop untuk belikan aiskrim.. terus aku tengok dia bersemangat lepas makan aiskrim.. masa ni mulut penuh darah lagi.. mmg sedih aku tengok. nak makan susah, nak sudukan pun takut kene gusi dia..
 |
nampak tak mulut ada darah lagi tu.. nak kumur2 pun tak boleh. aku kesat2 je dengan wet tisu |
 |
selepas kenyang dan hilangkan haus dengan aiskrim tu, terus dia sambung tido (kesan bius) dengan nyenyak hampir 2 jam ( masa ni aku lega sangat2) kalau tak, asal tido je mesti terjaga nak air.. kalini biar dia tido lg puas2. |
Farhan discharge lebih kurang 7.30 malam, en papa dah menunggu dengan emily.. balik rumah kejap, aku kemas kain baju sebab malam tu gak nak balik kampung sebab lusa kenduri kawin belah rumah aku plak.. Esoknya jumaat kami 4 beradik dengan mak ada urusan dengan harta pusaka di Pejabat Tanah Segamat.. tu sebab aku kene rushing balik kampung gak malam khamis tu.. jam 2.00 pagi baru sampai segamat.. letih dan penat..
 |
ni lah gigi farhan 18 batang yang dicabut.. aku dah tanam kat kampung di Segamat .. besar2 dan panjang2 akar gigi dia.. ngeri aku tengok |