Mama Farhan & Emily
Harini hari terakhir dalam tahun
2012.. rasa sedih dan seakan tak percaya masa begitu cepat berlalu. Rasa baru
je Farhan naik darjah 2 awal tahun haritu, tp minggu ni dia sudah naik
darjah 3, si adik pula sudah naik darjah 1. Arggghhh sudah nak masuk 7 tahun (erkk yg sebenarnya baru 6thn 2 bulan) si adik ni.. bila mau
tambah anak lagi (soalan yang kerap
ditanya).. bukan tak mau, tp rezeki belum tiba.. usah pertikaikan kenapa
aku tak mengandung2 lagi.. mulut orang sesedap rasa je kan nak perli2 .. itukan
kerja Allah s.w.t .. dia tentu tau apa yang terbaik buat aku dan suami aku..
pun begitu aku bersyukur ada anak sepasang.. dari tak de langsung khennn?
Sepanjang tahun ni macam2 benda
berlaku dalam keluarga kami.. Alhamdulillah, tahun ni mengajar aku lebih banyak
bersabar dan tabah dalam hidup ini.. kejadian tahun 2011 banyak mengubah
kehidupan kami sekeluarga.. dengan musibah yang menimpa kami, aku rasa itulah
adalah antara hikmah terbesar dalam hidup aku.. aku bagaikan TERSEDAR dr mimpi
.. selama ini mungkin aku khilaf dan lalai, tetapi aku yakin, dengan musibah
itu, aku berada seperti sekarang .. tak perlu lah aku cerita apa dan kenapa..
ianya dikhuatiri akan menimbulkan riak dan syak wasangka.. cukuplah aku dan
suami aku tau .. alhamdulillah aku bersyukur padamu Ya Allah..
Aku percaya, setiap hamba-NYA
yang di beri musibah dan ujian, pasti Allah akan beri ganjaran yang lain..
dijemput aku dan suamiku menjadi tetamu-NYA menunaikan umrah pada bulan 6 yang
lalu.. terima kasih Allah, terima kasih kerana menjemput kami berdua.. satu
pengalaman yang tak mungkin kami lupakan, bahkan itulah tempat yang paling
cantik dan terindah pernah aku jejaki .. Ya Allah, doaku jemputlah kami lagi menunaikan
haji dalam masa terdekat ini pula .. aku rindu..
Disamping mengerjakan umrah, aku
dan suami tidak pernah bermimpi nak menjejakkan kaki ke Istanbul.. itu semua
perancangan diluar jangkaan.. melihat pakej umrah ziarah tu, hanya perlu
menambah beberapa ratus sahaja, tu yang buatkan kami tertarik dengan pakej
umrah ziarah tu.. Agak berbaloi jugak, merasalah jugak pergi ke sempadan Eropah
kan? Melihat sejarah islam di sana, peninggalan pedang, janggut rasulullah,
jubah cucu baginda, Saidina Husin dan jubah Saidatina Fatima anak baginda amat2
menghibakan hati..
Tahun ni juga rezeki buat suami,
dapat sambung belajar - master.. dapat
juga biasiswa kerajaan.. syukur sebab tak perlu keluarkan duit sendiri… ianya
juga rezeki dan nikmat dari Allah s.w.t bukan?
Bila anak2 sudah besar, makin
senang kami sekeluarga hendak bercuti.. maklumla semua dah boleh uruskan diri
sendiri.. tahun ni sahaja kami dah bawak anak2 pergi ke 3 tempat yang
sememangnya semua kanak2 suka .. bulan februari yang lalu, kami telah ke USS
Singapura,.. sememangnya plan awal2 bawak anak2 bercuti sebab nanti cuti
sekolah bulan 6 kami akan meninggalkan mereka sementara kami menunaikan umrah..
jadi tu ganjaran untuk mereka sebab kene tinggal… sementara bulan 10 kami telah
ke Legoland.. dapat tiket murah semasa di Matta Fair.. berbaloi la juga.. ni
pun Farhan request nak pergi lagi.. nanti2 lah ye sayang… baru2 ni kami ke
Hello Kitty Town, juga tempat yang sesuai untuk kanak2..
Azam / Wishlist
1. Kurus
Tak de, tahun ni
tak nak dah azam kurus2 ni.. sebab apa? Sebab …………… mmg tak pernah kurusnya pun
kalau berazam.. so tahun ni, biarlah, nak gemuk pun gemuk la. Kikiki tak de la,
kalau boleh biar menten jek.. tak gemuk tak kurus..
2. Belajar masak
Ye aku tak
pandai masak.. dah kawin 9 thn, mmg tak pandai masak.. tak caya? Tanya en
suami.. hahaha tak pe la, insyallah pasni nak belajar masak walaupun simple2. Anak2
aku jenis bukan pemakan.. Farhan sangat2 cerewet pasal makanan, telur tak
makan, kicap tak makan, seafood tak suka, banyak lagi la makanan2 yang dia tak
suka.. buahan2 apatah lagi.. dia cuma makan pisang sahaja.. buah2 lain tak
makan.. yang farhan suka roti canai, ayam dan ikan goreng dan roti. Nasi pun
tak berapa suka nak makan, abis tu cemana aku nak bg dia makan? Pening kadang2..
oo tp junk food dia suka.. tu yang tak elok kan?
Kalau si adik ni
pun, lebih kurang pe'el abang nya… apa yang abang dia tak suka, compem dia pun
tak suka.. seafood juga tak makan.. yang
dia suka ayam dan ikan goreng.. kalau buahan2, selain pisang, dia suka gak epal
dan rambutan. Lain2 buah dia tak makan.. hahah pelik2 anak aku ni.. ooo tp
peberet dia TELUR.. tak kira telur rebus or goreng.. tp putih jer.. kuning tak
makan.. tp kalau telur tu didadarkan, dia makan pulak. Hahahahah
So tinggal lah
aku dan en papa je yang makan.. kitaorang ni tak kisah makan je apa yang ada..
tak de masalah.. tp pasni kene gak la belajar masak yg simple dan cepat.. suka
gak tengok blog orang yang suka masak.. apasal aku masak selalu tak jadi ek?
3. Kawal Nafsu
Hahaha amboi
korang.. kalau kata kawal nafsu, cepat je terangkat kening kan??? Nafsu apa?? bukan nafsu tuuuuu.... Nafsu
membeli dan belah laa … hahahah ye tahun sudah2 aku mmg giler beli tudung
fareeda dan handbag coach.. beli macam tak de perasaan je, asal suka beli, asal
suka beli .. tp untuk tahun 2013, aku dah insaf.. malas nak beli lagi.. tp en
papa kata, kalau nak beli sebiji coach untuk
raya tak pe.. dia bg green light.. ok
kita kurangkan beli tudung fareeda dan coach, kita beli baju jalan2 or baju
kerja plak.. boring kan asyik pakai baju samaaa jek..
4. Beli kamera baru
Ha tadi baru
kata nak kawal nasfu membeli kan.. takde la, aku ni dah lama berangan nak beli
kamera dslr.. sebab aku suka gambar2 yang cantik2.. so antara wishlist dan azam
tahun 2013 mmg nak beli kamera baru ..
kita korek la buku asb nanti.. dividen kan dah nak keluar tuu.. hehehe
5. Lasik
Teringin nak buat, tp
takut.. actually, bulan 4 (sebelum pergi umrah) aku dah pi dah OPTIMAX.. dah bayar deposit pun, dah buat test mata
bagai dah.. tp masa tu nak pi Umrah, so aku postpone.. but now bila tau Dr. Muhaya
ada buat lasik ni, teringin nak buat dengan Dr. Muhaya.. aku sangat2 admire
dengan Dr. Muhaya.. aku suka penampilan dia, cara dia bercakap, cara dia bg
nasihat dan apa2 jelah tentang dia.. tengoklah, kalau duit cukup, insyallah aku
nak buat lasik dengan dia..
Aku rasa tu je la kot, wishlist dan azam aku untuk 2013.. kalau ada lagi nanti aku tambah2 la kendian. hehehe..