Mama Farhan & Emily
Assalamualaikum... lama betul tidak berupdate apa2 citer.. dari bulan puasa, tibanya hari raya, dan abis raya sampailah nak menjelang raya haji pulak tak lama lagi. hehehe .... mula2 mcm nak tutup ajer blog ni, tp sayanglah pulak.. ok meh la aku nak cerita serba sikit perjalanan umrah di bulan ramadhan kali ni...
Aku bertolak 30 Jun 2014.. Flight pukul 3.00 petang.. aku keluar rumah kul 10.00 pagi, adik aku hantar.. sampai kat sana awal juga kira2 jam 12.00 tengahari.. bulan puasakan, mana leh makan, so kitaorang lepak2 sahaja selepas wakil ejen Utas Travel & Tour bagi sedikit penerangan dan juga menyerahkan tiket flight masing2..
Sian asben aku, dia tertinggal jaket nak cover t-shirt tu, dah separuh jalan baru sedar .. tu pasal nampak rugged semacam je kan nak pi umrah... heheheh, baju2 kurta dia semua dah packing2 masuk dalam bag beso, malas nak selongkar balik.. maka redho jelah .. oh ye dalam group aku ada 19 orang je.. tak ramai jemaah.. senang nak ingat muka masing2.. nak handle pun senang juga.. nampak tak yg pakai baju putih tu sapa? tu Sulaiman Yassin aka Mat Over .. mmg best la group dengan dia ni.. baik dia ni.. tak sombong.. gelak2 je kami kat sana.. selalu berbuka puasa sama2. dia pergi dengan isteri dia...
Perjalanan mengambil masa lebihi kurang 8 jam.. tp 1 jam transit di Riyad turunkan penumpang.... ada bacaan doa perjalanan oleh pilot.. lebih kurang sejam perjalanan, pramugari datang hantar makanan, dia tanya, "are you fasting?", aku angguk2 je, sebab mata dah layu.. kalau ikutkan kita dibolehkan berbuka puasa, sebabnya kita di dalam keadaan bermusafir.. tp kalau boleh tahan, kita tahan la.. nanti tak payah ganti puasa.. kalau kita berbuka, kene ganti puasa.. kemudian aku ada cakap kat pramugari tu, tu nanti aku nak nasi tu untuk take away .. dia kata OK nanti dia bungkus.... lebih kurang jam 7 lebih waktu tempatan, ada yg tanya aku boleh ke berbuka puasa, aku cakap, tak boleh kot sebab kita bukan kat malaysia, kita kene ikut waktu matahari terbenam di satu2 kawasan.. aku tengok semua pun tak berbuka puasa, so sambung tido lagi.. kat luar keadaan panas terik lagi walaupun jam kul 7 mlm waktu kita... kapalterbang ni mengejar matahari.. tak gelap2 pun aku tengok tingkap.. bangun nak tengok movie, sekali movie cakap arab daaaa.. tak de subtitle.. tp bila alihbahasa ke bahasa Inggeris, subtitle pulak tulis arab. hehehe, last2 tengok program Umrah sudah... eh kartun pun ada, frozen ada, smurf ada, mcm2 lagi la..
Tak lama lepas tu, kami tiba di Riyad untuk turunkan penumpang.. tengok keadaan di luar masih terang.. tak boleh buka puasa lagi.. perut dah berkeroncong sebab belum buka puasa .. sebenarnya masa sampai riyad ni dah nak petang mcm nak magrib, standby dah nak berbuka puasa la kononnya tp bila kapal terbang berlepas ke madinah, kitaorang jumpa matahari lagi so tak leh berbuka lagi.. hahaha
masih terang di luar |
walaupun jam menunjukkan pukul 10.50 malam |
Tak lama lepas tu, barulah pramugari bg 2 kotak ni untuk kitaorang berbuka puasa.. standby jap lagi nak berbuka.. tp tak leh makan nasi/makanan berat sebab lg 1 jam nak mendarat. so makan ringan2 ajer
kotak pertama ada bun, curry puff, kurma, epal, air orange juice dan air mineral |
kotak ke dua, ada sandwich, roti lagi, buah-buahan potong dan air yogurt (masam sangat) |
Bila jam hampir ke 12 tengah malam, barulah kami berbuka puasa.. kat luar tu nampak terik, tp dah nak maghrib sebenarnya..
Nampak cuaca baru nak gelap kat luar tu.. mengigil2 aku tahan lapar..
dah hampir 15 jam berpuasa ni.. maklum la tak biasa.. kalau mmg orang
yang duduk di belah2 eropah mungkin sudah biasa berpuasa panjang..
jemaah sebelah aku |
sebelum balik pramugari bagi aku nasi briyani 2 bungkus.. dia bagi sebab aku request.. sapa tak request tak dapat.. hehehehe |
Alhamdulillah dalam epot madinah semua berjalan lancar.. selalu orang kata, kalau dalam ni lama kat imigresen dia, pak arab suka sambil lewa ... . tp alhamdulillah 2 kali aku ke sini, tak sampai setengah jam, kami semua dah keluar dari situ.. syukur tak de masalah..
Aku sampai Hotel Elaf Taibah di Madinah .. 50 meter dari
masjid nabawi.. masa ni aku kat tingkat 4 kalau tak silap.. nak gi kafe
dia.. nampak tak cahaya dari masjid nabawi tu... dekat sangat2.. masa ni
orang dah mula sembayang terawih... manakala kami semua di nasihatkan
berehat untuk kumpul tenaga untuk hari seterusnya... tapi sapa larat, boleh je turun..
Suasana bulan ramadhan panas berbahang, tp sikit pun tak memeritkan buat aku.. cuma masa aku sampai dan nampak masjid nabawi di tingkap ni, perasaan aku masa ni tak tau nak cakap.. sayu sangat, nak nangis ada, mcm tak percaya sampai sini sekali lagi dalam masa genap 2 thn..
Subhanallah, Maha Suci Allah .. nikmat apa lagi yang harus aku dustakan.. terima kasih Allah, terima kasih menerima diri aku dan suami ku lagi ke bumi bertuahMU, Madinah dan Mekah.. KAU ampunkanlah segala dosa2ku, seluruh kaum keluargaku dan sahabat-sahabatku..
3 comments:
alhamdulillah
beshnya mimi dpt gi lg utk ke 2 kali nya
x sbr nk baca lg entry mimi
cpt2 update ye
Bestnya sis
Dah 2x pegi
Murah rezki sis
Doakan rin jgk dpt kesana
seronoknya kak...teringin sungguh nak jejak kaki ke sana...doakan lynn yer kak...
Post a Comment