Friday, October 25, 2019

Jom Melancong ke Krabi!

Assalamualaikum
Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Korang suka melancong tak? Mestilah sukakan.. benda pertama korang cari kalau nak pergi melancong mesti tips dari internet ( google & blog ). Betul kan? Sebab aku pun mcm tu jugak. Hehehe … biasanya aku akan buat list kalau aku nak pergi ke satu-satu tempat.. baru lah percutian tu lebih terancang dan jimat dari segi kos.. betul tak.. ok bagi yang 1st time nak melancong, aku sarankan korang pergi je dekat-dekat dulu.. seperti Thailand, Singapura, Indonesia.. bila dah agak mahir, barulah korang boleh lanjutkan percutian korang ke tempat yg lebih jauh..  

Lama betul aku tak pergi ke Krabi.. Aku pernah pergi ke Krabi beberapa tahun lepas.. Meh aku cerita sikit mengenai Krabi. Krabi merupakan salah satu destinasi pelacongan yang tidak boleh dinafikan keunikan dan keindahan pantai, alam semulajadi dan juga spot untuk membeli-belah bagi pelancong-pelancong dari luar negara. Krabi juga mempunyai lebih daripada 200 pulau-pulau kecil di sekitarnya dan akan membuatkan anda jatuh hati akan kecantikan pemandangannya. Kerana itu, Krabi merupakan destinasi percutian yang terlaris bagi mereka yang berkeluarga mahupun bersama pasangan.

Ok kat sini aku listkan beberapa tips yang aku selalu buat kalau nak pergi bercuti..  ni adalah antaranya tips-tipsnya..

1. Tempahan Flight ke Krabi
Ok perkara pertama kalau aku nak pergi bercuti, aku mesti akan tengok tiket flight.. yang ni korang mesti settlekan dulu baru boleh plan perkara lain tau . Tempahan tiket flight sangat penting kerana ianya perlu di book daripada awal bagi mendapatkan harga flight yang murah. Jadi aku galakkan korang untuk book cheap Cathay Pasific flights yang disediakan oleh Traveloka ni. Harga yang ditawarkan selalunya lebih murah dan mampu milik. Oleh kerana perjalanan untuk ke Krabi menaiki flight ni tidak memakan masa yang lama, aku nasihatkan korang untuk mengambil tempahan flight semurah yang mungkin. Selain daripada itu, korang juga boleh menempah flight di Thai Airways Cheap Flights bagi mendapatkan harga promo dan harga flight yang terlajak murah. Rajin-rajin survey tiket flight yang murah yea! Duit banyak nak pakai untuk shopping nanti!

2. Tempahan Hotel di Krabi
Bagi penginapan pula, korang boleh membuat 2 pilihan mengikut konsep percutian korang. Bagi yang sangat suka keindahan pantai, korang boleh tempah penginapan yang ada di AoNang kerana jarak untuk ke pantai tidak jauh. Manakala bagi yang suka suasana bandar korang boleh tempah penginapan di sekitar Bandar Krabi. Aku syorkan korang menginap di sekitar AoNang kerana lebih banyak daya tarikan seperti halal restaurant (bagi muslim), dan mempunyai banyak kedai menjual souvenir (yang ni best sekali, hari-hari boleh repeat mengirai duit hahaha)

Ok masa aku pergi dulu aku menginap di sini.. memang best sebab dekat sangat-sangat dengan kedai shopping dan juga tempat mengurut.. best!


3. Halal Food
Haaaa yang ni memang kene amik perhatian sikit .. bab-bab makan ni memang dah menjadi 1 kewajipan bagi kita yang muslim ni untuk tahu tempat-tempat makan yang menyajikan makanan halal. Jadi untuk di Krabi, korang tak perlu pening kepala mengenai halal food. Di Krabi, restoran yang menyediakan halal food ni dah terlalu banyak, ada yang murah, ada yang mahal. Ikut citarasa korang nak makan di kedai yang mana. Lebih-lebih lagi di sekitar AoNang. Banyak makanan boleh dipilih. Jadi tak perlu risau untuk sesi makan di sana!

Tomyam adalah wajib makan di sana.. (malangnya lupa nama kedai makan tu.. maklumlah pergi dah malam, perut dah lapar.. sampai lupa snap gambar kedai makan)

aduh tengok ni je pun dah lapar
Selain makan di restoren, boleh jugak makan street food, tapi kene pastikan ada tanda halal ye.. antara Street Food yang femes di sana adalah Nuttella Pan Cake.. wajib cuba tau!

 
4. Pemilihan Agensi Pelancongan
Terdapat pelbagai pakej percutian yang disediakan oleh agensi pelancongan di Krabi ni. Antaranya pakej Island Hoping, Snorkeling, Extreme Activity dan banyak lagi. Semuanya terpulang pada poket korang, aktiviti apa yang family korang suka. Tetapi main attraction bagi Krabi ini sudah semestinya ke pulau-pulau. Nak senang, korang berjalan sahaja dia AoNang Street, pasti banyak agensi pelancongan yang akan korang jumpa.. Terpulang nak memilih pakej yang mana dan pandai-pandai la nego dengan mereka jika ingin mendapatkan harga yang murah-murah.

5. Senarai Pulau-pulau Tarikan Pelancong
Ingat tak tadi aku ada bagitau lebih 200 pulau yang mengelilingi Krabi ni? Jadi kat bawah ni ada sedikit senarai pulau yang sering menjadi tarikan pelancong. Korang boleh pilih mengikut pakej yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan seperti Hong Island, Phi-phi Island, Tup Island, Chicken Island, Taming Island, Railay Island, Poda Island dan banyak lagi



6. Pengangkutan Sepanjang di Krabi
Ok untuk pengangkutan, bagi yang baru sampai di airport, korang boleh memilih untuk menaiki bas, teksi atau Krabishuttle yang ada sekitar airport. Korang lebih dinasihatkan untuk mengambil teksi atau krabishuttle ni kerana perkhidmatan yang disediakan ialah korang akan dihantar terus dihadapan tempat penginapan. Jadi tak perlu bersesak dan berjalan kaki untuk ke hotel. Seperti biasa, korang boleh nego untuk dapatkan harga lebih murah daripada driver.
Selepas check-in, jika rasa nak berjalan di sekitar Krabi, ada perkhidmatan sewa motor disediakan di sana. Proses untuk menyewa motor tidak mewajibkan lesen tetapi passport korang sebagai cagaran semasa menyewa. Untuk pembelian petrol pula, boleh beli di mana-mana kedai runcit di tepi jalan jika tidak sempat untuk ke petrol pam. 
Kalau tak nak sewa motor, nak naik tuk tuk pun boleh.. lagi seronok sebab tuk tuk kan tak de di negara kita.. bila lagi nak merasa naik tut tuk kalau bukan di negara Thailand



7. Servis Telco di Krabi
Ini merupakan salah satu antara yang terpenting dalam tips nak ke Krabi atau mana-mana destinasi. Di zaman yang serba moden ini, internet merupakan satu kewajipan bagi kaki-kaki travel. Dah bercuti, mestilah nak upload gambar-gambar yang cantik di laman sosial bukan? Jadi korang boleh la dapatkan simkad yang dijual di 7 Eleven atau di airport. Pelbagai telco yang menawarkan plan bagi penggunaan pelancong. Korang boleh beli dan minta staff mereka untuk aktifkan simkad korang. 
(kredit to google)

Jadi, inilah sedikit sebanyak panduan yang korang boleh gunakan bagi merancang percutian ke Krabi nanti! Semoga percutian korang lancar, selamat pergi dan selamat pulang.

psst:- nanti aku sambung lagi entry Mekah yeee... hehehe
  

No comments: