Friday, October 25, 2019

Jom Melancong ke Krabi!

Assalamualaikum
Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Korang suka melancong tak? Mestilah sukakan.. benda pertama korang cari kalau nak pergi melancong mesti tips dari internet ( google & blog ). Betul kan? Sebab aku pun mcm tu jugak. Hehehe … biasanya aku akan buat list kalau aku nak pergi ke satu-satu tempat.. baru lah percutian tu lebih terancang dan jimat dari segi kos.. betul tak.. ok bagi yang 1st time nak melancong, aku sarankan korang pergi je dekat-dekat dulu.. seperti Thailand, Singapura, Indonesia.. bila dah agak mahir, barulah korang boleh lanjutkan percutian korang ke tempat yg lebih jauh..  

Lama betul aku tak pergi ke Krabi.. Aku pernah pergi ke Krabi beberapa tahun lepas.. Meh aku cerita sikit mengenai Krabi. Krabi merupakan salah satu destinasi pelacongan yang tidak boleh dinafikan keunikan dan keindahan pantai, alam semulajadi dan juga spot untuk membeli-belah bagi pelancong-pelancong dari luar negara. Krabi juga mempunyai lebih daripada 200 pulau-pulau kecil di sekitarnya dan akan membuatkan anda jatuh hati akan kecantikan pemandangannya. Kerana itu, Krabi merupakan destinasi percutian yang terlaris bagi mereka yang berkeluarga mahupun bersama pasangan.

Ok kat sini aku listkan beberapa tips yang aku selalu buat kalau nak pergi bercuti..  ni adalah antaranya tips-tipsnya..

1. Tempahan Flight ke Krabi
Ok perkara pertama kalau aku nak pergi bercuti, aku mesti akan tengok tiket flight.. yang ni korang mesti settlekan dulu baru boleh plan perkara lain tau . Tempahan tiket flight sangat penting kerana ianya perlu di book daripada awal bagi mendapatkan harga flight yang murah. Jadi aku galakkan korang untuk book cheap Cathay Pasific flights yang disediakan oleh Traveloka ni. Harga yang ditawarkan selalunya lebih murah dan mampu milik. Oleh kerana perjalanan untuk ke Krabi menaiki flight ni tidak memakan masa yang lama, aku nasihatkan korang untuk mengambil tempahan flight semurah yang mungkin. Selain daripada itu, korang juga boleh menempah flight di Thai Airways Cheap Flights bagi mendapatkan harga promo dan harga flight yang terlajak murah. Rajin-rajin survey tiket flight yang murah yea! Duit banyak nak pakai untuk shopping nanti!

2. Tempahan Hotel di Krabi
Bagi penginapan pula, korang boleh membuat 2 pilihan mengikut konsep percutian korang. Bagi yang sangat suka keindahan pantai, korang boleh tempah penginapan yang ada di AoNang kerana jarak untuk ke pantai tidak jauh. Manakala bagi yang suka suasana bandar korang boleh tempah penginapan di sekitar Bandar Krabi. Aku syorkan korang menginap di sekitar AoNang kerana lebih banyak daya tarikan seperti halal restaurant (bagi muslim), dan mempunyai banyak kedai menjual souvenir (yang ni best sekali, hari-hari boleh repeat mengirai duit hahaha)

Ok masa aku pergi dulu aku menginap di sini.. memang best sebab dekat sangat-sangat dengan kedai shopping dan juga tempat mengurut.. best!


3. Halal Food
Haaaa yang ni memang kene amik perhatian sikit .. bab-bab makan ni memang dah menjadi 1 kewajipan bagi kita yang muslim ni untuk tahu tempat-tempat makan yang menyajikan makanan halal. Jadi untuk di Krabi, korang tak perlu pening kepala mengenai halal food. Di Krabi, restoran yang menyediakan halal food ni dah terlalu banyak, ada yang murah, ada yang mahal. Ikut citarasa korang nak makan di kedai yang mana. Lebih-lebih lagi di sekitar AoNang. Banyak makanan boleh dipilih. Jadi tak perlu risau untuk sesi makan di sana!

Tomyam adalah wajib makan di sana.. (malangnya lupa nama kedai makan tu.. maklumlah pergi dah malam, perut dah lapar.. sampai lupa snap gambar kedai makan)

aduh tengok ni je pun dah lapar
Selain makan di restoren, boleh jugak makan street food, tapi kene pastikan ada tanda halal ye.. antara Street Food yang femes di sana adalah Nuttella Pan Cake.. wajib cuba tau!

 
4. Pemilihan Agensi Pelancongan
Terdapat pelbagai pakej percutian yang disediakan oleh agensi pelancongan di Krabi ni. Antaranya pakej Island Hoping, Snorkeling, Extreme Activity dan banyak lagi. Semuanya terpulang pada poket korang, aktiviti apa yang family korang suka. Tetapi main attraction bagi Krabi ini sudah semestinya ke pulau-pulau. Nak senang, korang berjalan sahaja dia AoNang Street, pasti banyak agensi pelancongan yang akan korang jumpa.. Terpulang nak memilih pakej yang mana dan pandai-pandai la nego dengan mereka jika ingin mendapatkan harga yang murah-murah.

5. Senarai Pulau-pulau Tarikan Pelancong
Ingat tak tadi aku ada bagitau lebih 200 pulau yang mengelilingi Krabi ni? Jadi kat bawah ni ada sedikit senarai pulau yang sering menjadi tarikan pelancong. Korang boleh pilih mengikut pakej yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan seperti Hong Island, Phi-phi Island, Tup Island, Chicken Island, Taming Island, Railay Island, Poda Island dan banyak lagi



6. Pengangkutan Sepanjang di Krabi
Ok untuk pengangkutan, bagi yang baru sampai di airport, korang boleh memilih untuk menaiki bas, teksi atau Krabishuttle yang ada sekitar airport. Korang lebih dinasihatkan untuk mengambil teksi atau krabishuttle ni kerana perkhidmatan yang disediakan ialah korang akan dihantar terus dihadapan tempat penginapan. Jadi tak perlu bersesak dan berjalan kaki untuk ke hotel. Seperti biasa, korang boleh nego untuk dapatkan harga lebih murah daripada driver.
Selepas check-in, jika rasa nak berjalan di sekitar Krabi, ada perkhidmatan sewa motor disediakan di sana. Proses untuk menyewa motor tidak mewajibkan lesen tetapi passport korang sebagai cagaran semasa menyewa. Untuk pembelian petrol pula, boleh beli di mana-mana kedai runcit di tepi jalan jika tidak sempat untuk ke petrol pam. 
Kalau tak nak sewa motor, nak naik tuk tuk pun boleh.. lagi seronok sebab tuk tuk kan tak de di negara kita.. bila lagi nak merasa naik tut tuk kalau bukan di negara Thailand



7. Servis Telco di Krabi
Ini merupakan salah satu antara yang terpenting dalam tips nak ke Krabi atau mana-mana destinasi. Di zaman yang serba moden ini, internet merupakan satu kewajipan bagi kaki-kaki travel. Dah bercuti, mestilah nak upload gambar-gambar yang cantik di laman sosial bukan? Jadi korang boleh la dapatkan simkad yang dijual di 7 Eleven atau di airport. Pelbagai telco yang menawarkan plan bagi penggunaan pelancong. Korang boleh beli dan minta staff mereka untuk aktifkan simkad korang. 
(kredit to google)

Jadi, inilah sedikit sebanyak panduan yang korang boleh gunakan bagi merancang percutian ke Krabi nanti! Semoga percutian korang lancar, selamat pergi dan selamat pulang.

psst:- nanti aku sambung lagi entry Mekah yeee... hehehe
  

Tuesday, October 8, 2019

Umrah Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak 2019 - Madinah/Mekah Day 6

Assalamualaikum
Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


Hari terakhir di bumi Madinah.. kami bertolak ke Mekah selepas waktu zuhur.







Kami bermiqat di Bir Ali dan meneruskan perjalanan kami. sesampainya di satu tempat (tak ingat) kami berhenti untuk makan malam di sini .. Alhamdulillah kami disediakan makan malam oleh pihak Emraz Travel..   





Satu meja 5 orang.. jadi kami kene berpisah tempat duduk. walaupun 5 orang semeja.. nasi ni tetap tidak abis. maklumlah orang perempuan tidak kuat makan

aku dan emily semeja.. ihsan gambar dari Mutawif 
Suami dan Farhan.. gambar juga ihsan dari mutawif

Sesampainya kami di Mekah, kami dibawa ke hotel kami iaitu Hotel Dar Al Ghufran.. Hotel ini terletak di Menara Safwa.. hanya 50 meter ke Masjidil Haram.. Menara Safwa ini juga ada hotel lain iaitu Hotel Royal Orchid dan juga Hote Dar Eiman.. alhamdulillah kalni kami dapat hotel yang dekat berbanding dulu.. bilik ni juga sangat luas. maklumlah hotel 5 bintang kalau tak silap.. ada room servis juga. yang penting juga wifi nya laju..






Kami turun semula ke lobi untuk mengerjakan umrah pertama.. 

2 hero kesayangan saya..

Mendengar taklimat sebelum kami turun ke Masjidil Haram




Alhamdulillah selesai tawaf kami dan diberi peluang oleh mutawif untuk solat sunat dan berdoa di sini sebelum kami mengerjakan saie..



Masa ni Emily tidak dapat mengerjakan umrahnya.. Alhamdulillah dia mengerjakan ibadah umrahnya pada hari terakhir sebelum pulang ke tanah air.




Satu lagi yang aku suka dengan mutawif Ustaz Amir ni sebab dia selalu bg kami info-info yg sangat berguna.. berbanding masa aku pergi dulu. memang kurang sangat pencerahan dan info.. syabas untuk Emraz Travel



Sebelum gerak ke area Safa Marwah, kami Jemaah Emraz Travel mengabdikan foto bersama-sama untuk kenang-kenangan



Kami selesai bersaie dan bertahlul lebih kurang pukul 3.30 pagi.. lepas tu kami gerak balik semula ke hotel.. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.. 


Monday, October 7, 2019

Umrah Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak 2019 - Madinah Day 5

Assalamualaikum
Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pagi ni kami ada sedikit tazkirah dan taklimat ringkas untuk pergi ke mekah pada esok hari.. masa ni Ustaz Muhaimin terangkan balik sedikit sebanyak tentang cara-cara dan pantang larang mengerjakan umrah untuk yang pertama kali mengerjakannya.. dan juga ada sesi soal jawab.. masing-masing khusyuk dengar penerangan daripada Ustaz Muhaimin. bab ni aku memang puji Emraz Travel .. selalu buat takzirah dan taklimat.. 





Lepas dah selesai taklimat tersebut, kami berempat pusing keliling Masjid Nabawi .. rasa tak puas kat sini.. kalau boleh nak duduk lagi lama.. tapi apa kan daya.. jadi kami ambil peluang pusing keliling Masjid.. kami bawa anak-anak melihat Kubah Nabi yang berwarna hijau tu.













Rupa-rupanya suami aku saje bawak kami pusing keliling Masjid Nabawi ni sebab nak ajak kami cari jugak Al-Baik.. jadi kami jalan perlahan-lahan keluar dari Masjid.. sampai di satu tempat tu kami jumpa seorang cleaner jalanan .. dia yang tunjukkan kami jalan sampailah kami berjumpa Al-Baik ni. Ya Allah happy sangat rasa.. hehehe.. rupanya ada aku dengar citer, ada yang naik teksi datang ke sini.. dalam SR10 .. sebenarnya tak jauh  pun Al Baik ni .. tp kena tau jalan shortcut.. kami pergi dan balik untuk ke masjid jalan kaki je.. tak penat sangat sebab suhu sejuk berangin. lagipun sambil jalan, sambil melontar kat kedai SR2 .. hehe 





Alhamdulillah sampai gak kami kat sini.. Masa kami sampai tu lebih kurang 10.55 pagi.. dan Al Baik di buka jam 11.00 pagi.. ok kat sini baru kami tau.. yg kami sampai ni, tempat untuk lelaki sama ada makan atau bungkus di situ.. untuk keluarga mereka suruh kami naik ke Tingkat 2.. memang ada Family Area disitu.. lupa plak nak snap gambar



Tempat makan di sini tak sampai macam kat negara kita.. kat family area disini,  tempat duduknya ada mcm pintu koboi mcm tu.. sangat privacy, mungkin untuk keselesaan orang2 arab yang berniqab nak makan disini (aku agak je lah).. so kalau korang nak makan Al-Baik, naik di Tingkat 2 tau.. alhamdulillah tercapai hajat kami anak beranak nak makan kat sini.



Semalam aku ada cakap kan.. KFC harga dia lg mahal dari Al-BAIK. semalam ayam 4 ketul dengan air coke secawan lebih kurang SR29. kat sini harga yang sama tp dpt mcm-mcm juga






Lepas makan kami terus ke Masjid Nabawi untuk solat zuhur.



 Lepas solat, kami pusing lagi sebelum balik ke hotel.. 

depan pintu utama Masjid Nabawi

depan Jam Besar

Kat sini ada juga Bas ala-ala Hop On bus tu.. tp kami tak naik pun



Sebelum balik hotel, sebab harini dah last day kat Madinah, esok nak pergi Mekah kan,so bawak lah budak-budak ni pusing area hotel.. nampak aiskrim gulung, beli la jugak.


Ni la hotel aku.. nampak tak bangunan kat belakang tu.. belakang bangunan tu pintu pagar Masjid Nabawi, pintu 15.. dekat sangat .


Budak2 ni tak abis abis lagi dengan aiskrim.. tp serius mmg sedap.. rugi tak makan selalu, nti rindu.. ni masa menaip ni pun dah rindu dengan aiskrim ni



Balik Solat Asar tersempak dengan Imam Muda Ashraf.. satu hotel rupanya dengan kami.. dapat bergambar depan lif pun jadiklah

Malam terakhir di Madinah, rasa sayu sangat sebab nak meninggalkan bumi Madinah ni.. mudah-mudahan dapat datang lagi ke sini mengerjakan ibadah Haji pula.





Jumpa lagi esok ye.