Assalamualaikum
Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Hari kedua kami dibawak ziarah luar, selalunya mana-mana TA akan bawak ziarah luar ke Masjid Quba, ladang kurma dan lain2 tempat.. aku tak cerita lebih lah sebab aku pernah citer mengenai ziarah ni pada post2 sebelum ni .. (masa umrah 2012 dan umrah 2014).. jadi aku just letak gambar sini dengan suami dan anak2 sebagai kenang-kenangan dengan anak anak
|
Di hadapan Masjid Quba |
Kalini aku sempat berkenalan dengan seorang sahabat dari Jemaah Travel yang sama.. Noordi dari Shah Alam. so kami berdua memang selalu bersama-sama sebab masing-masing bawak anak. lepas solat sunat di ruangan jemaah wanita di dalam Masjid Quba ni, sempat kami bergambar di sini.
|
anak mama lagi tinggi dari mama |
|
kami berempat |
|
dengan jemaah wanita yang lain |
Ada jualan buah kurma muda yang segar dan ranggup.. sejuk sejuk pulak tu
Lepas keluar dari Masjid Quba, kami dibawa ke Ladang Kurma. tempat femes untuk beli ole-ole buah kurma, coklat dan lain-lain di sini
|
beramai-ramai depan ladang kurma |
Lepas kami membeli serba sedikit ole ole di Ladang Kurma, kami teruskan perjalanan ke Jabal Uhud
|
Di belakang tu terletak Jabal Uhud |
|
Di belakang tu pulak Bukit Pemanah |
|
Di belakang pagar tu terletak Makam Para Syuhada |
|
bersama jemaah Emraz Travel di Jabal Uhud |
Kami berziarah sampai tenghari dan terus balik ke hotel kerana nak bersiap untuk solat zuhur di Masjid Nabawi.. kalini nak rasa suasana solat di luar masjid nabawi.. sebab selalu di dalam masjid.. nyaman juga di luar. kalau nak solat di luar, jangan lupa bawak sejadah kecil ye.. dan di luar ada kemudahan untuk amik wuduk.. di Madinah aku lebih suka pakai tudung labuh untuk menunaikan solat. lagi mudah dan ringkas. yang penting tutup dagu, pakai inner tangan dan stokin.. tp kalau masuk Raudhah memang aku pakai telekunglah..
Lepas solat zuhur, sementara nak masuk solat asar, kami jalan2 sekeliling di situ dan makan di KFC.. sebenarnya aku teringin nak makan Al-Baik.. mmg dari Malaysia dah niat nak cari Al-Baik tp bila tengok mcm jauh nak pergi dan tak tau arah cemana nak pergi, aku pendamkan aje dalam hati.. jadinya kami pun beli KFC dan lepak kat tepi situ, kat sini rasanya tak de tempat nak makan .. ramai yang bungkus bawak balik, kedainya pun kecik je .. yang aku perasan, KFC sini lagi mahal dari Al-Baik..
Sementara tunggu papa beli KFC, suruh budak-budak ni amik gambar kat Jam Besar depan pintu masuk utama Masjid Nabawi
Ok kat sini, kalau korang nak makan KFC atau burger ke, kebab ke.. memang tak de sos cili ye.. yg selalu dorang provide sos tomato.. jadi silalah bawak cili sos dari Malaysia ku tercinta. hehe (kalau ada pun sos cili sana tetap tak sama rasa mcm kat sini.. kat sini jauh lagi sedap)
|
jangan lupa bawak sos cili ye |
|
kat sini senang. semua dia letak dalam satu bekas. pandai2 pilih nak makan yang mana. hehehe |
|
ni suasana dalam Masjid Nabawi waktu malam. cantikkan binaan dalam ni |
Ok tu je untuk harini.. nti kita sambung lagi ye..
No comments:
Post a Comment