Wednesday, October 2, 2019

Umrah Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak 2019 - Madinah Day 1 dan 2

Assalamualaikum
Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Lama tak update kat sini.. kalini kene update jugak supaya ada kenangan di tahun 2019. Alhamdulillah tahun ni pada bulan 3 yang lalu, kami sekeluarga telah pergi menunaikan umrah pada cuti sekolah Mac yang lalu.. tahun ni kami suami isteri telah membawa putera dan puteri kami bersama. Sebab mereka pun dah besar.. dan dengan sedikit pengalaman kami yang lalu, jadinya kalini boleh lah kami bawak bersama..

Seperti biasa, perkara pertama sekali ketika berhajat nak menunaikan umrah, kene pilih Travel Agent (TA) yang sesuai dengan kemampuan dan keselesaan kita. Banyak TA yang aku survey, banyak harga dan kemudahan yang ditawarkan.. sebelum ini aku pernah berniat kalau nak bawak anak-anak ke Tanah Suci, aku memang teringin nak cari hotel yang dekat. Tujuannya untuk memudahkan anak-anak supaya tidak keletihan. Tapi mengikut pengalaman yang lalu, bila hotel dekat selalunya pakej yang ditawarkan agak mahal.. sekurang-kurangnya Rm7k++ ke atas .. tp bila aku survey hujung tahun lepas, kebanyakkan TA menawarkan pakej Umrah Safwa dengan harga yang agak munasabah .. tapi mcm biasalah tentu ada pro dan con dia.. ada yang menawarkan pakej full board, ada yang half board, ada yang naik flight AA, ada yang naik Saudi dan MAS.. ada yang turun Madinah dulu, ada yang turun Jeddah dulu.. jadi kene pandai pilih yang mana sesuai dengan keperluan dan keselesaan kita .. masa tu ada juga 1 TA yang aku berkenan dan nyaris aku nak bayar booking.. tetapi Alhamdulillah, ada seorang kawan aku di FB promot TA yang bagi aku agak berbaloi harganya .. dengan harga serendah RM5990 sekepala (untuk 4 orang sebilik), aku dapat jugak pakej yang aku rasa sangat berbaloi .. maklumlah nak pergi 4 orang kan. jadi faham-fahamlah nak byr tu kenalah tengok pada budgetnya juga.

Pakej yang aku ambil ni, 4 orang sebilik (jadi aku tak perlu berpisah dengan anak dan suami), naik flight Saudi Airlines, hotel di Madinah 70 meter, hotel di Mekah di Menara Safwa 50 meter, makan full board di hotel. Alhamdulillah syukur sgt.. memang puas hati..Cuma pakej aku amik ni murah sikit sebab turun di Jeddah (baru naik bas ke Madinah) berbanding kalau flight direct terus turun ke Madinah pakejnya kene tambah RM 300. Tak pelah aku tak kisah pun naik bas dari Jeddah ke Madinah janji harganya masih dalam budget.. oh ye, lagi satu aku pilih TA yang ni sebab walaupun aku pergi cuti sekolah tiada dikenakan tambahan harga (maksud aku pergi pada peak season selalu kan mahal).

Ok kalini kami amik Pakej Silver dari Emraz Travel. Lokasi Emraz Travel terletak di Putrajaya (sila google ye). Memang aku rekemen lah TA yang ni.. aku dah pergi dengan 2 Travel yang lain sebelum ni, tp yang ni bagi aku yang paling bagus.. (bukan maksud yang sebelum ni tidak bagus, tp yang kalini servis lagi baguslah)..

Kami bertolak 21 Mac 2019 pada hari Sabtu..flight kami pada waktu malam. Ni second time aku naik Saudi Airlines, dan pertama kali untuk anak-anak.. Aku pun rasa teruja kalini sebab dah rindu sangat pada Tanah Suci.


teruja anak-anak sebab kalini dapat ikut kami

Anak saudara suami hantar kami haritu.. terima kasih Farah dan Fazril

Sementara menunggu Flight

Rezeki dalam flight dapat duduk sama-sama dengan anak. tidak terpisah.. bagus TA ni dah terus susun tiket kami.. tak delah dalam flight baru nak kelam kabut susun tempat duduk

Dalam Flight diberi 2 kali makan.. sekali untuk dinner



ni second meal untuk breakfast



Alhamdulilah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada waktu Subuh.. semua urusan dipermudahkan dengan lancar.. takde sangkut di imigresen pun. tak sampai setengah jam semua settle. Terus kami dibawa naik bas untuk ke Madinah.. 




dalam bas menuju ke Madinah

Sampai Madinah kami terus ke Hotel iaitu Gloria Al Madinah Al Fayroz Al Massi. Hotel ni terletak di belakang je dengan  pintu pagar Masjid Nabawi iaitu di pintu no 15..  memang dekat sangat2..  sebelah hotel kedai aiskrim, hari2 budak2 ni beli aiskrim. Hehe, yang best  juga, hotel ni WIFI nya laju.. so aku memang langsung tak beli simkad kat sini.



dalam bas lagi.. tu di belakang tu Hotel Gloria Al Madinah Al Fayroz Al Massi 

sesampainya di sini. kami breakfast dulu

Lepas breakfast terus kami check in bilik. Alhamdulillah kami diberi bilik yang ada 5 katil.. jadi katil ke 5 tu kami letak bag kami.. hotel ni biasa2 je.. tp bg aku sangat strategik .. sebab dekat dengan pagar Masjid Nabawi.. kalau dengar azan pun masih sempat lagi pergi masjid.. 




memang aku bawak berus, sabun dan sepit baju (hanger juga) untuk basuh baju kt sana. nak hantar dobi mahal la pulak 

Lepas kami semua dah bersihkan diri. kami terus ajak anak-anak ke masjid nabawi.. rindu sangat dengan suasana di Masjid Nabawi.. siapa dah pergi tentu faham apa yang aku cakap ni.. feeling dia lain macam














Ajar anak minum air zam zam dan berdoa



Solat Zuhur pertama di Masjid Nabawi.. Emily ikut aku lah.. Farhan ikut papa dia..







Balik solat Zuhur, budak budak dah mintak aiskrim... jadinya nilah aiskrim pertama di hari pertama.. memang wajib try ok.. dah naik harga.. dulu aku pergi harga cuma SR3, sekarang dah SR5.. tp memang sedap rasa dia

Lepas Solat Asar, kami di ajak untuk mendengar tazkirah dari mutawwif kami Ustaz Amir .. kat sini antara yang aku suka tentang Emraz Travel.. terlalu banyak pengisian diberi.. 





Bersama jemaah yang lain



Dari kejauhan nampak Kubah Hijau - Kubah Nabi

Dalam Masjid Nabawi - Solat Isyak

balik dari solat pekena aiskrim lagi.. dan rehat kejap sebab malam ni nak masuk RAUDHAH
Lebih kurang 11 malam kami semua jemaah wanita berkumpul untuk masuk ke dalam Raudhah. Alhamdulillah kalini aku rasa inilah kali pertama aku masuk Raudhah tp dengan keadaan yang sangat2 tenang dan lama aku dapat duduk dalam tu tanpa kene halau dengan mak guard. kalau pergi sebelum-sebelum ni, memang kejap je aku dapat duduk dalam Raudhah sebab orang terlampau ramai.. tapi kalini, aku berpeluang bersolat di depan sekali tanpa diganggu oleh sesiapa pun, sampaikan aku rasa puas duduk dalam Raudhah... aku dah puas berdoa dlm sujud, aku berdoa sambil duduk, lepas tu berdoa sambil berdiri, pastu sambung 2-3 kali solat lagi.. tp tak juga kene halau, mak guard bagaikan tak nampak aku pun .. yg aku dengar dia kerap menyuruh orang lain keluar.. "ibu ibu keluar".. aku dan jemaah kami berlima memang puas sangat masa tu.. sampaikan aku dah tak tau nak buat apa lagi.. akhirnya kami pun keluar dengan rasa penuh syukur.. oh ye aku tak bawak Emily ye masa ni.. aku rasa tak sesuai bawak kanak2 takut berhimpit dalam tu, tp terpulanglah pada korang kalau nak bawak anak-anak. tak de salahnya.

terlampau ramai jemaah dari seluruh negara



Ok kita jumpa lagi esok ye.. Insyallah

3 comments:

aziekz said...

Alhamdulilah..saya pun g dgn emraz bon 2...klu x msti jpe akk skluarga..higly recomended..servis tip top..bimbing sepanjang mekah dan madinah

Cik Puan Mimi said...

aziekz:- betul saya setuju.. mmg rekemen sgt dengan Emraz Travel ni

Aliff Iqmal said...

dkt sana network semua okay? sbb nak g sana mesti nak video call family or kawan kawan dkt malaysia