Monday, December 17, 2018

Autumn in Osaka 2018 - Souvenir Jepun

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini nak share apa yang aku beli kat sana.. ok saje share ni bukan nak riak takbur tau. hahaha tapi lebih kepada sharing information... sebab ada juga yang plan nak ke sana tapi tak tau apa nak belikan untuk kawan-kawan, diri sendiri atau saudara mara.. so dengan ada beberapa sharing ni korang boleh la plan apa nak beli yang sesuaikan.. aku buat entry ni sebab aku pun google juga blog-blog lain yang share apa yang dibeli di jepun. tapi kurang dapat info.. so meh la kita sama-sama share supaya korang pun boleh tau apa yang boleh dibeli di sana ok.. jomss

Gshock / Baby G


Yang ni bukan lah souvenir sebenarnya.. ada ke orang bagi souvenir Gshock / Baby G .. adoi kaya sangat tu.. yang ni lebih kepada beli untuk diri sendiri la ye.. kira ada lah kenangan kan beli barang kat Jepun untuk diri sendiri.. harga tertakluk pada model la ye.. tp serius harga memang jauh lagi murah dari kat Malaysia. aku ada share mengenai Gshock / Baby G yang aku beli kat entry yang lepas. sila la tengok balik ye

Cik Puan Mimi dan design bunga-bunga berpisah tiada.. 


Fridge Magnet Globe USJ 900 ¥  = RM 33.30



Fridge Magnet Minion USJ = 1500 ¥ = RM 55.50
(ada 3 jenis, Minion, Spiderman & Sesame Street.. aku pilih minion)



Keychain USJ 1000 ¥ = RM 37.00 (each)



Cawan Butter 1100¥ = RM 40.70 (yang ni beli air dapat cawan sekali)
(tanpa buih2 dalam cawan)



Cawan Butterbeer 1900 ¥ = RM 70.30  (beli cawan sahaja)
(yang ni siap ada buih2 dalam cawan)



Fridge Magnet Kimono & Bendera Jepun = 100 ¥ (tanpa tax) = RM3.70 
beli di kedai makcik jepun tepi jalan menghala ke Tempozan Ferris Wheel (keluar dari Asakako Station jalan sikit insyallah jumpa)



Chopstik = 300 ¥ (tanpa tax) = RM 11.10
beli di kedai makcik jepun tepi jalan menghala ke Tempozan Ferris Wheel (keluar dari Asakako Station jalan sikit insyallah jumpa)



Mee Ramen Noodles 200 ¥ = RM 7.40 (each) 
di area kedai besar menghala ke Tempozan Ferris Wheel 
(keluar dari Asakako Station jalan sikit insyallah jumpa)



Fridge Magnet Kimono = 108 ¥ (dengan tax) = RM3.90
beli di kedai 100 ¥ (dalam Kuromon Market)

Fridge Magnet yang dalam plastik tu harga lain-lain.. mostly 400 ¥ = RM 15.00 (each)



Fridge Magnet HRC = 1800 ¥ = RM 66.60 
(design lain-lain kat setiap Hard Rock Cafe)

yang ni design kat Hard Rock Cafe Osaka 


design di Hard Rock Cafe Universal Citywalk Osaka 

yang ni design kat Hard Rock Cafe Universal Citywalk Osaka 


Bag Anello (harga asal 4200 ¥ = RM 155.40) 
tapi dapat less sempena Black Friday dapat kurang 2800 ¥ = RM103.60 (each)
Beli di area Dotonbori


Small Bag + coin bag = 308 ¥ (dengan tax) = RM11.40
beli di kedai 3 coins (ada banyak kedai 3 coins ni .. boleh google)


Tote Bag = 308 ¥ (dengan tax) = RM 11.40
beli di kedai 3 coins (ada banyak kedai 3 coins ni .. boleh google)




ini kedai 3 coins tu

yang ni kebetulan beli masa ada keluaran toys di McDonalds Jepun (boleh beli ni tanpa makanan) .. yang ni sebenarnya untuk gantung di belakang seat co driver / driver.. 
tempat letak air anak-anak

Melody 980 ¥ = RM 36.20



Shikanzen 980 ¥ = RM 36.20


Ok tu je yang aku beli.. berbaloi-baloi simpan duit kutu dengan Hirda dan Lieya.. dapat beli macam-macam. hehehe.. tahun depan kita simpan kutu lagi ye BFF..

Eh ada lagi satu.. yang ni bukan beli barang la.. tapi aku kumpul duit syiling Jepun yang berlubang kat tengah-tengah ni.. then aku beli ala2 tali ni dan aku buat mcm ala-ala keychain..  dah siap jadi souvenir. hehehe

duit syiling ¥ yang memang berlubang di tengah-tengah

aku beli yang ni.. 1 paket 100  ¥  = RM 3.70

tadaaaa... jadilah souvenir.. kalau nak lagi nampak comel kene letak la loceng ke apa2 yang boleh sangkut kat situ..



Terlepas entry sebelum ni? CLIK di bawah ni.

No comments: