Thursday, December 6, 2018

Autumn in Osaka (23 November 2018) - Mt Rokko Snowpark, Port of Kobe & Bic Camera

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


Harini kami sepakat nak pergi Mt Rokko Snowpark.. actually ni salah satu tempat untuk main snow dan main ski kat sana.. baru je bukak pada 17 November haritu (untuk tahun ni).. so rezeki kamilah bawak anak2 main snow di situ.. cuma sayangnya tempat main sledge belum bukak lagi (dibuka pada 1 Disember) so tak dapat la mereka main sledge di situ.. tak pelah main snow buat snow man pun jadiklahh. so pagi2 mcm biasa aku akan prepare simple breakfast iaitu nasi goreng kampung Brahims.. ada microwave sangat memudahkan urusan kerja.. kalau tempat korang tak de microwave jangan risau.. korang boleh rendam je pack Brahims tu. tak de masalah.. so lepas prepare breakfast aku prepare juga nasi goreng ayam Brahims dengan air panas teh o (letak dalam termos) untuk bekalan jalan2 nanti..


alamak nampak kaki plak di situ. hehehe.. makanan tu atas meja tau.. bukan di lantai


Kami gerak awal pagi juga.  dalam pukul 6.30 pagi kami dah gerak..  jalan slow-slow waktu pagi memang nyaman.. dengan lenggang sepanjang jalan.. jumpa signboard Dotonbori Street.. stop kejap amik gambar




Kami naik train daripada Kintetsu-Nippombashi Station ..





Naik train memang satu cabaran jugak la. sebab kalau kita keluar time ofis hour, susah nak dapat tempat duduk. nasib-nasib.. tapi ada masa kami semua dapat je tempat duduk..











Turun dari train kami semua gerak ke Bus Stop.. untuk ke Mt Rokko Snow park kami kene naik Kobe City Bus yang bernombor 16 atau 106 .. lepas tu naik cable car dan naik bas sekali lagi.. haha banyak betul nak kena naik pengangkutan kan .. (beginilah kalau travel sendiri tanpa agent) tak pe kalau paham laluan nak pergi, insyallah senang aje.. yang susah kalau tak tau.. so kene study awal-awal ok..

tunggu di bus stop ni


tunggu bas no 16 atau 106 ..


Ok ni adalah Rokkosan Tourist Pass

Rokkoson Tourist Pass ni boleh dibeli di beberapa tempat.. salah satu tempat yang boleh dibeli adalah di Kansai Airport.. harga tiket ni sama je untuk adult dan kid iaitu 1000 ¥ = RM 37.25 .. ok dalam pass ni.. ada beberapa keratan kupon.. mula2 kene guna kupon untuk bayar Kobe City Bus.. lepas tu koyakkan kupon kedua untuk naik cable car pulak.. dan seterusnya kupon untuk bayar Sanjo Bus sekali lagi nak ke Snow park .. nak inform lanjut mengenai Rokossan Tourist Pass ni.. korang boleh clik SINI.. insyallah paham


turun bas disinilah - Rokko Cable Shita Station .. then barulah naik cable car




rasanya ni kaunter untuk local people yang nak beli tiket cable car dan bas kat atas..


beratur untuk bagi keratan pass cable car








Dah sampai atas puncak Mt Rokko.. kami snap gambar dulu kat sini.. subhanallah. cantik sangat tengok view kat bawah.. sayup-sayup mata memandang






 

Lepas tu perjalanan diteruskan semula dengan menaiki bas .. Rokko Sanjo Bus nama dia. 





oh ye kat sini kan.. korang kalau naik bas,, kene ikut pintu belakang tau.. dan nak turun nanti baru ikut pintu depan.. untuk bayar guna kupon tadi dan masuk dalam mesin.. barulah driver nampak sapa dah bayar sapa belum bayar


yeh dah sampai


En Shahnun dan Lieya tolong belikan tiket masuk kami semua




harga tiket masuk .. adult 2100 ¥ = RM 80, kid 1050 ¥  =  RM 40





kali ke dua main tabur2 snow.. kali pertama masa kat Vivaldi Park, Korea..
tu nampak cam acah-acah kebal tak pakai glove kan.. lepas tu rasa nak beku tangan .. 


ni paling win..  sejuk2 dayyan pegang ais.. besar pulak tu.. abis lenjun glove budak2 haritu.. semua puas main



Tengok orang main ski dah lee.. nak main tak pandai.. ada gak yang tertonggeng dalam snow nanti..




buah hati mama papa























Bila dah tengahari.. masing-masing dah lapar, baru ingat nak makan.. kat sini ada Restoren yang menyediakan makanan halal kat dalam ni.. nama tempat ni Alpen Rose ..







Kat sini nak beli makanan kene beli pakai mesin.. masuk duit dan pilih makanan tu. muslim food tu yang kaler hijau di bawah.. so boleh pilih yang mana kita nak.. ada Chicken Curry & Rice, Beef Curry & Rice dan Meat Spaggeti.. semua sama harga 1000 ¥  = RM 37.00





Yang ni plak aiskrim dippin' dot.. aiskrim dia bukan mcm biasa yang lembut berkrim tu. tp keras dan cair di dalam mulut. mmg best dan sedap lah.







Beef Curry & Rice.. nampak sikit tp sangat kenyang sebenarnya.. biasalah nasi jepun kan mcm berpulut sikit


Ok nak citer sikit.. mula2 masa dia bagi makanan dalam bekas foam ni rasa mcm diskriminasi la plak kan sebab tengok orang sebelah elok makan dalam pinggan melamine  (or kaca) mcm tu. tp bila pikir-pikir balik (positive) yes aku dapat jawapan .. ok aku dah faham kenapa dia letak makanan muslim dalam bekas foam.. sebab dia tak mau pinggan kita bercampur dengan pinggan makanan yang tak halal. so better dia bagi muslim food dalam bekas foam dengan sudu garfu plastik. so boleh terus buang aje.. so sebenarnya sangat menjaga kebajikan orang-orang muslim. Alhamdulillah

Kita orang bawak bekal nasi goreng ayam Brahims dan juga teh o panas.. kat sana pun dorang tak kisah kalau kita bawak bekal. tak de plak dia tulis no outside food.. atau mungkin aku yang tak perasan. tapi tak de plak yang tegur kami.. so kira ok lah tu kan.. dalam ni, meja makan banyak.. memang tak risau nak berebut..




Dah settle main dan makan kami pun keluar dari sana.. tp sebelum tu amik gambar kat depan pintu masuk.. tadi nak bergambar ramai sangat orang .. kalini dah lenggang sikit




Kami naik semula cable car untuk turun ke bawah.



Cantik sungguh pemandangan masa nak turun cable car.. kiri kanan daun dah tukar kaler












bye Mt Rokko.. ada rezeki datang lagi
Mt Rokko Snow Park - itinerary check list done 

Lepas tu kami naik semua Kobe City Bus untuk balik ke train station.. lepas ni kami nak ke Habourland Kobe pulak.. ingat kene naik bus 16 atau 106 tau




Kami naik train dan turun ke (lupa nama station) dan sampai ke Kobe Habourland.. saje nak jalan-jalan2 kat sini sebab orang kata pemandangannya cantik.









konon-konon nak buat tangan sandar kat menara tu
















jejak kobe

sampai gak kami ke sini
Kobe - itinerary check list done 


On the way balik dari Kobe, kami 1 family singgah ke BIC Camera... kami 1 family je pergi sebab yang lain2 nak terus balik apartment / hotel ... BIC Camera ni besar..... dan banyak tingkat.. macam-macam ada... tp yang utama kami aim ke sini sebab nak cari Gshock dan Baby G









kat sini kalau beli barang lebih dari 5000 ¥ akan dikecualikan daripada tax.. dah la dia bg harga diskaun dan kalau guna kredit card dia akan bagi kita extra diskaun 5%.. berbaloi2 ..

yeh dapat gak beli Baby G seketul.. en asben dapat Gshock satu. kami sama-sama beli kaler putih.








BIC Camera - itinerary check list done  

Ok haritu aku ada cakap beli kat Jepun ada certain-certain barang dikecualikan tax kan. so inilah salah satunya.. harga memang murah banyak dari Malaysia.. dah la ada diskaun pulak tu.. memang rasa berbaloi2 sangat.. ok aku beli jam ni di Jepun dengan harga RM 340.00 sahaja.. bila aku balik sini dan aku jalan-jalan One Utama minggu lepas, aku tengok jam yang sama harga dia RM519.00.. aku dah jimat RM179.00

ini yang aku beli di BIC Camera.. lepas diconvert ke Malaysia RM 340.00

ini yang aku jumpa di One Utama.. RM 519.00 
(yang ni nampak lebih putih dari yang atas atas sebab-sebab pencahayaan)

Lepas shopping kat BIC Camera, terus balik ke apartment, singgah Family Mart beli telur 6 biji, sebab malam ni nak makan maggie tomyam panas2. sejuk2 ni makan yang panas-panas  + pedas-pedas memang rasa hangat je badan kan..

telur di family mart.. putih2 telurnya.. 

maggie dan telur berpisah tiada..






                            




No comments: