Mama Farhan & Emily
Macam biasa mama pagi-pagi dah jadi alarm.. bangun paling awal, mandi solat dan siap2 segala benda baru kejutkan anak-anak suruh mandi dan bersiap.. so pagi ni kami breakfast Nasi Tomato Brahim's.. Tq bang Brahims sebab selalu jadi penyelamat.. ok kat sini plug tak sama mcm Malaysia kan.. so nak bawak rice cooker memang tak boleh sebab voltan tak sama.. kalau masak nasi kang berejam-rejam tak tentu masak lagi... yang boleh bawak kalau nak masak kat sana kena guna travel cooker .. so aku memang tak reti nak masak nasi kalau kene adjust suhu-suhu ni.. kang berkerak nasi aku.. so tak payah la.. kalau jepun memang surrender aku nak masak-masak nasi bagai.. aku bawak yang simple2 je macam ni, mujur en asben dan anak2 tak cerewet, makan je apa yang ada... kalau pergi negara lain insyallah memang aku bawak rice cooker.. nak masak nasi senang.. (eh termembebel pulak pagi-pagi ni)
sedap jugak rasa dia. not bad.. |
Ok harini kami akan cover dalam bandar Osaka je.. so harini kami akan guna Osaka Amazing Pass (OAP).. banyak kegunaan OAP ini .. antaranya boleh masuk ada certain2 tempat dengan percuma.. dan ada yang boleh guna sebagai diskaun.. antara contoh percuma yang kami guna macam masuk Legoland, naik Santa Maria Cruise, naik ferris wheel dan macam-macam lagi (kalau ikut banyak, tp tak sempat nak cover semua. rasa kene guna OAP 2 day pass baru puas hati..
Ok kalau guna OAP ni juga boleh masuk Kaiyukan Aquarium Osaka (boleh dpt diskaun) tp kami tak sempat pergi sebab masa mencemburui. hehehe.. dan lagi kalau pergi Legoland dan beli set lego untuk anak-anak boleh dapat diskaun sebanyak 30% ... banyak tu boleh jimat. masa tu kami pun tak tau boleh dapat less. so masa nak bayar dia tanya ada OAP tak. .dan bila tunjuk otomatik dia tolak 30%.. jimat jimat.. OAP ni cover segala train pada hari itu juga.. kalau korang banyak masa di Osaka, lagi berbaloi la amik 2 day pass sebab boleh cover Museum House of Living, Umeda Sky Building, Tsusenkaku Tower dan macam2 lagi.. (kami tak cukup masa).
tiap-tiap pagi laluan ni memang lenggang sangat |
kat sini banyak tau mesin air gedegang ni |
Ok 1st pit stop harini kami akan ke Osaka Castle.. so pagi2 ni kami keluar lewat sikit hari ada Marathon Osaka.. mereka start pkl 7 pagi hingga 8 pagi..
ni dia signboard mengenai Osaka Marathon |
kami akan ke Osaka Castle |
cuaca cantik harini... terang tapi sejuk |
cantik view kat sini |
memang wajib cari ni.. nak bukti dah jejak satu-satu kawasan |
Osaka Castle tersergam kat belakang tu |
Osaka Castle - itinerary check list done ✔
Dah abis pusing2 area Osaka Castle ni (malas nak masuk) kitaorang pun berpiknik kejap kat area situ.. ni kali ke dua kitaorang berpiknik sama2 tau. masa 1st time piknik masa di Shanghai dulu... Aku bawak Butter cake, nasi goreng.. lieya pun bawak nasi goreng versi kicap dengan cekodok bawang Adabi.. Hirda bawak maggi goreng. ala piknik2 simple2 mcm ni pun, laku tau.. laju je masing2 hulur tangan..
Dari Morinomiya Station kami turun ke Osakako Station.. tak jauh pun.. kejap je sampai
tengah-tengah berjalan.. nampak plak baked sweet potatoes.. sedap la pulak.. makan lagi .. asyik makan je kan
beli 2 lagi untuk.. so beli 2 kongsi dengan hirda.. 400 ¥ = RM 15.00 .. seketul jatuh dalam RM 7.50 la gitu.. |
besar.. puashati.. kongsi2 makan |
emily tunjuk ada nama dia.. walaupun ejaan tak berapa tepat |
Misi pertama harini nak borong Fridge Magnet.. kat kedai ni kami jumpa FM yang berharga 100 ¥ tanpa tax.. so kami semua borong abis kat sini.. berbaloi2 sangat.. FM dia jual 1 kpg 100 ¥ = RM 3.70.. marilah kita beli untuk kawan-kawan dan saudara mara..
Kedai makcik ni tepi jalan je. tu agaknya tak perlu bayar sewa kot. hahah memandai je aku ni.. tp sebab dia dah biasa dengan orang Malaysia, sampaikan dah boleh cakap melayu sikit2.. kedai dia senang je.. keluar dari Osakako Station tu.. korang terus je .. sebelum sampai Tempozan Ferris Wheel memang akan jumpa sebelah kiri.
Dah borong kat situ, kami semua teruskan perjalan ke Tempozan Giant Ferris Wheel.. oleh sebab kami ada OAP, so masuk adalah percuma..
model Legoland Zirafah ni kat depan area luar.. so wajib gak snap pic |
dari kejauhan |
view paling tinggi |
Tempozan Ferris Wheel - itinerary check list done ✔
Lepas dah turun dari Ferris Wheel, kami ke Lego Miniland .. masuk pun percuma dengan OAP.. kat dalam ni lebih kepada indoor game.. seronok jugak budak2.. mcm2 ride ada.. 3D movie pun ada.. pendek kata budak2 tak bosan lah.. farhan pun beli set lego kat sini. dapat less 30% dengan OAP pass..
Legoland Osaka Japan - itinerary check list done ✔
Lepas dah abis ke Legoland tu kami nak naik Santa Maria Cruise.. pun percuma dengan OAP pass. sebelum tu singgah starbuck sebab nak beli tumbler dia.. nak buat collection.. oleh sebab beli tumbler starbucks, dia bg kupon percuma air.. so boleh redeem terus.. jimat sangat..
beli tumbler ni |
free air uolls.. jimat |
lupa nama apa ntah. sebab air ni limited edition sempena krismas katanya |
jom la kita naik cruise pulak |
nilah dia cruise tu. besar kan |
atas cruise |
jumpa maskot captain line |
Santa Maria Cruise - itinerary check list done ✔
Hari dah malam.. lawa sangat kat area situ. sebab dah keluar lampu2 semua..
On the way balik.. eh terjumpa mee ramen halal la.. made in Japan.. so kami beli la buat rasa2 kat Malaysia ni..
Lepas dah puas kat area Tempozan tu, kami pun naik train dan turun ke Shinsaibashi lagi untuk cuci-cuci mata lagi.. tiba-tiba Farhan kata.. mama ada tulisan melayu la
Dah beli apa-apa yang patut, gerak balik Apartment dan malam tu aku masak Beehoon PAMA.. aku masak 2 kali. sekali masak tak letak cili untuk budak2.. sekali lagi masa letak cili dengan bubuh telur.. sedappp
indahnya makan beehoon sup panas2 di kala sejuk2 tu kan |
Harini pun 25K steps berjalan.. terus rasa kaki sado ..
Terlepas entry sebelum ni? CLIK di bawah ni.
Autumn in Osaka (23 November 2018) - Mt Rokko Snowpark, Port of Kobe & Bic Camera
Autumn in Osaka (24 November 2018) Togetsukyo Bridge Kyoto, Arashiyama Bamboo Forest, Hard Rock Cafe & Glico Man
Autumn in Osaka (25 November 2018) Osaka Castle, Tempozan Ferris Wheel, Lego Miniland & Santa Maria Cruise
Autumn in Osaka (26 November 2018) Universal Studio Japan & Hard Rock Cafe USJ
Autumn in Osaka (27 November 2018) Nara Deer Park & Hotel Nikko Kansai Airport
Autumn in Osaka (28 November 2018) KIX - KUL
Autumn in Osaka 2018 - Souvenir Jepun
Autumn in Osaka 2018 - Food / Snack yang boleh cuba di Jepun
Autumn in Osaka (24 November 2018) Togetsukyo Bridge Kyoto, Arashiyama Bamboo Forest, Hard Rock Cafe & Glico Man
Autumn in Osaka (25 November 2018) Osaka Castle, Tempozan Ferris Wheel, Lego Miniland & Santa Maria Cruise
Autumn in Osaka (26 November 2018) Universal Studio Japan & Hard Rock Cafe USJ
Autumn in Osaka (27 November 2018) Nara Deer Park & Hotel Nikko Kansai Airport
Autumn in Osaka (28 November 2018) KIX - KUL
Autumn in Osaka 2018 - Souvenir Jepun
Autumn in Osaka 2018 - Food / Snack yang boleh cuba di Jepun
No comments:
Post a Comment