Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Hari Ahad lepas, ekceli kami ada rancangan di Putrajaya.. selalunya kan , aku mesti keluar dengan BFF aku, hirda, sham dan lieya, tp kalini lieya kami tak cakap dengan dia.. sebab nak surprisekan dia. hehehe..
Pagi2 aku jemput Sham kat Selayang, pastu kami semua menuju ke rumah di Hirda.. seperti yang dirancang, Hirda masakkan kami nasi lemak + sambal telur + sambal sardin.. see?? kat bawah ni dah siap terhidang breakfast, tak yah kami susah2 tolong dia masak. heheheh.. opss kuih muih tu kami beli jerk.
Lepas soru, kami terus keluar rumah, kalini kami naik FORTE Hirda plak.. nak merasa la kan keta baru..
tempat pertama kami ke Empire.. ni semua gara2 nak makan macaroons.. kami beli 20 bijik = RM36.. pastu singgah TRU sebab anak2 aku request suruh beli Mr. Potato Head.. masa kat Empire ada plak pameran kucing.. eh pameran ke pertandingan ek.. lupa la pulak..
kami sampai di Putrajaya kul 1 lebih.. tp kami masuk rumah zue kul 2 ptg.. actually ni 1st time aku jumpa Zue.. dia beria2 ajak aku datang bawak kawan2 rapat lieya.. pastu dia kata nak surprisekan leiya, nak sambut besday untuk lieya.. so aku kena zip mulut lar tak cakap dengan lieya .. sori ek lieya... bukan akak tak mau cakap dengan lieya, bukan tak mo ajak lieya outing.. next time ek..
Sampai2 rumah Zue, banyak betul dia masak.. yang ada kat bawah ni tak termasuk Satay dan lain2.. banyak betul aku makan sampai sengkak perut aku..
sementara tak de orang sampai lagi, kami posing dulu.. kiranya kami orang pertama sampai la
Lepas kami semua dah makan sampai sengkak perut, akhirnya sampai ke acara yang ditunggu2.. iaitu zue pun keluarkan kek surprise kat lieya.. terkojut si lieya
ni la tuan tanah aka tuan rumah yang comel lotte.. Zue Kamil.. anak 4 orang , ada twin girls yang comel.. badan Zue ni memang ramping macam anak dara.. terima kasih zue sebab jamu kami semua makanan yang sedap2 ni .. rupa2nya harijadi zue pun jatuh bulan 8.. mana la kami tau.. kalau tau mesti kami bawak present sekali untuk zue..









