Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Sebelum aku citer pasal tajuk tu, ni aku nak cerita pasal aku ada terima komen dari Cik Anon mengenai travelog percutian aku.. pendapat begini ...
Pertama sekali, terima kasih kerana sudi membaca blog saya.. ok jawapannya begini, kadang2 bukan saya tak mo letak harga, saya takut nak letak harga, sebab ada orang ingat kalau kita letak harga, kita nak menunjuk2 yg kita ni makan mahal ke murah ke kan. lgpun ni blog suka2 je menceritakan kisah peribadi saya, bukan blog jalan2 cari makan yang menceritakan perihal setiap tempat makan dan makanan ... TP oleh sebab cik anon yang memberi pendapat yang mahukan begini, insyallah next time kalau saya pi mana2 saya will letak price makanan tu ok.. no problem.. saya terima komen dengan hati yang terbuka..
Ok citer balik kampung CNY haritu, balik kulai, singgah ke Jusco Tebrau.. sajer bawak anak2 jalan2.. ingatkan nak tengok wayang Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit, sekali sold out daaaa.. hebat betul penangan citer tu.. last2 ronda2 je la.. termasuk kat satu kedai ni, berkenan plak kasut converse budak2.. comey2 la plak.. so belikan la anak-anak2 aku.. kira ni kasut jalan merangkap kasut raya la nanti.. amik saiz besar sikit supaya leh pakai lama.. cam biasalah amikkan Emily opkos la FINK kan, pastu papa kata amikkan A'am kasut MERAH .. ok gak nampak smart.. dua2 kaki sama saiz.. ishk depa dua badik ni semua dah sama saiz, baju, kasut.. mmg macam kembar la..
sepasang kasut RM95.90 sahaje...