Showing posts with label madinah. Show all posts
Showing posts with label madinah. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Perjalanan Umrahku di Bulan Ramadhan - Selamat Berpuasa semua..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kejap je dah masuk 2 hari berpuasa kan... Aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan2 dan reader.. Alhamdulillah harini aku dan suami akan terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah sekali lagi.. cumanya beza kalini kami memilih untuk umrah di bulan Ramadhan.. nak rasa suasana berpuasa di sana... Insyallah kami akan balik ke sini pada 11 Julai 2014.. anak2 aku tinggalkan mereka kat kampung.. semoga anak2 aku dilindungNYA..

Plan nak mengerjakan umrah sebenarnya dr awal tahun haritu.. memula plan nak pergi hujung tahun ni, tp suami aku cakap, dia niat nak pergi umrah lepas abis study master dia.. perkara yang baik tak elok la ditangguh2kan.. setelah beberapa kali kami berbincang, kami amik keputusan nak pergi sebelum raya ni.. sebab cuti sekolah hujung tahun ni nak kasi peluang bawak anak2 pulak berjalan2.. bila tengok kalendar, dia abis final paper pd 15 Jun 2014 ..  so tarikh pemergian yg sesuai jatuh pd bulan ramadhan.. bulan April haritu kami mendaftar dan bulan Mei kami selesaikan urusan dokumen apa2 yg patut. alhamdulillah semua berjalan lancar.. terutama sekali visa... 

Korang ingat tak Entry NI? maybe korang tak perasan apa2 kan.. sebab tajuk entry aku letak, ada perbezaan tak. heheheheh saje tunjuk gambar pasport untuk visa masa tahun 2012.. pastu aku amik sekali lagi tahun ni.. gambar ni untuk urusan Visa aku thn ni.. Alhamdullillah, sebenarnya aku dan suami dah hampir putus asa sebenarnya.. sebabnya ramai yang tak lepas visa, sebab bulan ramadhan mmg ramai umat islam dari seluruh negara akan ke Tanah Suci. dan juga sebab penyakit MERS tu, ramai yang tak lepas visa ni .. tp alhamdulillah 2 minggu sebelum bertolak, Visa kami lepas.. Kalini kami memilih Utas Travel & Tours sebagai agent..  kami memilih Utas Travel kerana jarak hotelnya yang hampir dengan Masjidil Haram.. sebab kita pun tau, bila bulan puasa, tentu kita akan letih sedikit.. dengan aku ada masalah kaki dan suami ada masalah tulang belakang.. jadi kami harus memilih untuk keselesaan kami juga.. (memang orang kata kalau jarak jauh lg banyak pahala, tp kesihatan tetap kene utamakan) ... sebelum pergi, banyak kali aku google mengenai umrah di bulan ramadhan.. nampaknya mmg seronok sgt berpuasa di sana.. ada juga yang pergi umrah DIY.. lebih murah dan jimat.. tapi aku lebih suka pergi dengan travel..senang tak yah pikir apa2, semua diuruskan... tinggal bawak badan je.. tak kisah la bayar lebih sikit janji tak pening kepala nak uruskan macam2. hehehe.. pilihan masing2 lah kan.. tak de paksaan..

Kalini kami ambil extra suntikan iaitu suntikan influenza.. Suntikan ni digalakkan untuk sapa2 yang nak ke luara negara.. Doakan2 kami selamat semuanya dan dipermudahkan urusan ibadah umrah kami ye.. 


Entry Autopublished

Friday, December 27, 2013

Photobook Malaysia yang kedua - Album Umrah Ziarah Istanbul Turki 2012

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini aku nak share gambar2 dr photobook kedua yang aku buat.. beli kat groupun la.. murah je RM52.. kalau beli kat kedai gambar mahal giler.. oleh sebab aku puashati dengan hasil photobook pertama, tu sebab aku beli lagi.. so far mmg cantik2 hasil nya... sajer buat kenangan seumur hidup.. untuk anak cucu cicit tengok . hehehe

cover depan
Istanbul Aku Datang!
 




















Cover belakang


p/s.. masa ni aku gemuk kan. heheheheh

Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday - Kenangan Terindah Umrah 2012

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini 12 Rejab 1434H .. Genap setahun aku dan suami mengerjakan Umrah.. sungguh cepat masa berlalu..

Kenangan Terindah
Umrah kali pertama bersama suami tersayang .. 
Insyallah ada rezeki kami akan jejak lagi ke tanah haram Mu Ya Allah.. Amin

Entry Autopublished


Masjid Quba
Ladang Unta


Jabal Rahmah

Masjid Nabawi

Wednesday, July 11, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Kesepuluh

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini last day kat Madinah.. perasan sedih sangat2.. rasa tak puas berapa di sini.. masa solat zuhur, kita kene buat ziarah wida’ iaitu ziarah makam Rasullullah saw untuk mengucapkan selamat tinggal. Berdoa semoga kita diberi peluang untuk datang lagi.. ada peristiwa kelakar kat masjid nabawi masa kat sini...

Aku selalu kalau gi solat dengan member ni nama dia Kak Azah (dia bawa anak perempuan dia sekali). Selama kami ke masjid nabawi mmg kami tak bawak langsung henpon atau kamera. So kalini Kak Azah bawak henpon masuk stoking. (hahah sorry kak azah bukak rahsia), so lepas la masuk dalam masjid.. konon2 kali terakhir kat sini kami nak rasa solat pintu lain plak (kiranya pintu lain la, selalu masuk pintu 9 & 8 ) jer.. dah sudah solat, kami dengan berani snap gambar dalam tu (kan kat dalam masjid nabawi ni mmg strict sikit).. memula aku snap gambar kak azah dan anaknya.. ok lepas… tp masa kak azah snap gambar aku, mak guard terus cakap “IBU IBU, Raudhah Raudhah”. Masa tu kecut perut kami, ingatkan dia nak rampas henpon, rupanya dia ajak kami ke Raudhah.. mati2 kami tak mau, sebab jap lagi nak ke mekah, dia plak mati2 ajak kami ke Raudhah. Last2 penat kitaorang explain macam ayam itik, yang kami nak ke Mekah buat Umrah.. terus dia salam kami cakap “Umrah Maqbul”.. heheheheh (tak marah rupanya)

Kami bergegas balik ke bilik untuk bersiap pakai ihram.. bas akan gerak lebih kurang 4.30 petang.. bila dah naik bas, hati terus sayu dan perlahan2 air mata mengalir nak meninggalkan bumi madinah yang penuh ketenangan dan barakah ini.. Selamat tinggal Rasullullah, selamat tinggal bumi madinah.. insyallah aku akan kembali lagi ke sini.

 
di lobi hotel menunggu bas tiba
Perjalanan ke Mekah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam. Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat . (salah satu tempat untuk bermiqat umrah). Jarak antara miqat ini dengan makkah sekitar 425km. Setelah berniat umrah, bersiap sedialah menjaga pantang larang yang sedia ada.
 
depan Bir Ali
Mutawwif kami Ustaz Ishak bin Rosli memula kan perjalanan dengan Do'a Safar (ketika melakukan perjalanan)..

Setelah beberapa jam perjalanan kami di bawa makan malam di salah sebuah restoren.. makanannya simple ajer.. kena makan dalam dulang. Satu dulang untuk 5 orang makan.. makanannya kering tak de kuah. Tp sedapppp (aku ni apa yang tak sedap???)
 



Sesudah makan, mutawwiff ingatkan jangan sabun tangan dengan sabun wangi.. tu adalah salah satu pantang larangnya.. kalau tak, nanti kene dam.
 
depan restoren.. banyak bas yang bawak jemaah makan malam di sini. ala2 R n R la gitu
 


Lepas makan, kami teruskan perjalanan ke Mekah. Lebih kurang jam 11.00 malam kami sampai di Hotel kami Al-Haram Hotel, kami semua rest sekejap dalam bilik untuk ambik wudhuk dan standby untuk mengerjakan umrah malam tu juga.. 11.30 malam kami gerak ke Masjidil Haram .. Subhanallah cantik betul Masjidil Haram.. dengan lampu2 dia, dan tak pernah sunyi walaupun tengah malam. Orang sentiasa ramai..  
 
1st time nampak Masjidil Haram.. subhanallah, bibir tak henti2 memuji kebesaran Allah

Kami memulakan tawaf sebanyak tujuh pusingan pada jam 12.00 malam. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.. Kemudian bersaie sebanyak 7 pusingan juga dari bukit Safa ke bukit Marwah.. setelah tu bergunting atau bertahalul dengan 3 helai rambut atau lebih....

tengah tunggu jemaah lain untuk tawaf sama2
Nak bergunting/bertahalul pula, mutawif suruh tunggu dia bertahlul dulu. Lepas tu, baru dia tahlulkan para suami2 dan selepas itu para2 suami boleh tahlulkan para2 isteri.. bukan kita tak leh bertahlul sendiri, tp lebih afdal kita bertahlul dengan orang yang dah bertahlul dahulu. Lepas kita bertahlul, kita pun boleh tolong orang lain pula.. maka selesailah umrah kita dan juga pantang larang kita

ustaz rosli tahlulkan semua jemaah lelaki

ada yang tanya aku apasal suami aku tak tarik rambut atau gunting rambut aku dalam telekung.. jawapannya, rambut aku dah aku ikat/simpul kemas2.. so nak tarik dari dalam telekong payah sangat. so aku suruh en suami tarik je dari serkup depan.
Masa umrah kali pertama ini, aku tak tau yang sebenarnya masa tawaf dan saie boleh bergambar. Ingatkan kene tunggu abis bertahlul/bergunting baru boleh bergambar (lgpun sebenarnya kalau boleh nak fokuskan ibadah dulu)
 
2.   Oleh sebab dah abis bergunting nak menapak balik ke kaabah tu jauh dan dah penat (2.30 pagi) tak larat rasanya nak patah balik.. so hari pertama tak de gambar depan kaabah.. umrah kali ke dua dan kali ke 3 baru ada gambar..

·         Umrah kali pertama – tengah malam, cuaca sejuk Alhamdulillah
·         Umrah kali kedua  - tengah hari, cuaca panas terik, Alhamdulillah
 Umrah kali ketiga – pagi, cuaca sedang2 jer, Alhamdulillah

otw nak balik hotel.. tengok jam atas.. dah 2.45 pagi.. tp masih lg ada orang di MH ni


Selesai semua jam 2.45 pagi.. masa ni penat betul, maklum la perjalanan seharian kan.. balik hotel pengsan lagik.. 

 ❤❤  To be continued …..

Tuesday, July 10, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Kesembilan

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini tak de cerita apa2 sangat la yang menarik. Aktiviti macam biasa ajer. pergi balik masjid bila masuk solat fardu.. tiada ziarah2 luar macam semalam. so harini bebas nak buat apa. nak berlama2 dimasjid ke, nak bershopping2 ke. terpulang pada individu.. so pagi2 tu kami pi makan kat sini

harini kitaorang brunch Baryani Kambing.. sebab rasa malas nak makan masa lunch di hotel


beli satu portion jek. makan dua orang. tu pun jenuh nak abiskan

keadaan yang panas terik.. waktu zuhur 12.20 tenghari, seawal 11.45 kami dah pergi masjid nabawi. macam2 boleh buat disitu, pakai spek hitam ke masjid bukanlah mengada2 atau perasan lawa tp mmg kene pakai sebab silau teramat.. susah nak bukak mata


balik dari masjid, terus ajak en suami singgah beli aiskrim . semua pun nampak sedap

try yang ni.. ada kacang pistachio
  
satu cup tu SR 6.. boleh la



Waktu magrib pula, ramai jemaah dari sana berpuasa (puasa rejab).. gambar kat bawah ni en suami yang snap sebab lelaki boleh bawak kamera masuk kan.. so derang jemput en suami dan kawan2 berbuka puasa sekali ..


tak sure tu serbuk apa.. tp mmg orang arab makan cecah roti or kurma.. aku pun tak pasti

buka puasa yang amat2 simple .. rasa insaf sangat kalau kat mesia ni buka puasa cemana.. penuh semeja makanan.. di sana, cukup dengan kurma, air zam zam dan roti

kenangan terindah di masjid nabawi waktu malam

To be continued ....