Monday, July 9, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Kelapan

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini kami ada Ziarah Luar, jemaah dinasihatkan supaya mengambil wuduk dari hotel dan jaga wuduk sampai la ke Masjid Quba kerana kita akan bersolat sunat di situ. Sabda Nabi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. Alhamdulillah semua jemaah mengerjakan solat tahyatul masjid dan solat sunat dhuha di sini. Sebelum itu kami dibawa lalu ke perkuburan Baqi'.

Perkuburan Baqi' ialah sebuah kawasan perkuburan yang sangat hampir dengan Masjid Nabawi. Perkuburan ini merupakan tempat persemadian Ahlil Bait (ummul mukminin - isteri-isteri Nabi, anak-anak, paman, dan sepupu Rasulullah S.A.W.) Turut bersemadi di sini dengan tenang ialah 10,000 para sahabat yang telah berkorban jiwa raga dan harta benda berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menegakkan daulah Islamiah di muka bumi ini. Antara sahabat yang disemadikan di sini yang mana kuburnya mudah dikenali dan dikunjungi ialah Othman Ibnu Affan, iaitu khalifah Islam yang ke empat. (sumber maklumat dari blog msaadhamid)

Masjid Quba

Ruang solat untuk wanita.. tapi kaum lelaki pun ramai gak lalu sini

Dengan Hubby di depan Masjid Quba
Lepas tu kami di bawa ke Jabal Uhud, kejap jer untuk melihat kawasan disekitarnya. Ada sejarahnya, ustaz ada cerita, tp aku ni kan memory dah hampir full.. tu yang tak berapa ingat.. kene bukak buku ler. heheh





Kemudian ke ladang/kebun kurma. Kat sini tidak digalakkan membeli kurma yang ditmbang kerana harga mahal berbanding di pasar kurma.. tp di luar ladang kurma ni , ada warga Indonesia yang berniada kecil2an dan harga murah, aku beli hati unta (ubat orang lelah) dan juga serbuk kurma untuk orang sukar hamil (hehehe aku nak preggy lagi ler). 



buah zuriat/buah adam

Hati Unta

cam kat pokok kelapa sawit jekk


Kat dalam kedai ladang/kebun kurma ini, ada macam2 jenis coklat disalut kurma.. semua boleh dicuba.. HALAL HALAL HALAL kata peniaga pak arab tu. Korang amik la mana2 yang korang nak rasa, tak yah bayar.. makanlan la sampai kenyang pun.. selagi katanya halal.. tp bgtau la kat derang, derang tak marah, jangan makan curik2 tau.. aku amik setiap satu jenis untuk dirasa.. tp aku beli gak la setengah kilo untuk anak2 (SR15).





depan kebun kurma
ni antara yang di ambil untuk dicuba.. HALAL
Kemudian barulah kami di bawa ke Pasar Kurma. Kat sini baru aku beli sebab harga jauh beza dari Ladang Kurma.. Aku beli kurma Ajwa, Kurma Ambar, Kurma apa ntah rasa susu (sedap!), kacang pistachio, kismis, badan dan gajus.



ambik ko, berpaket2... tu jek dah rebeh bahu ngangkut.. blom masuk kurma lagik..

yang tengah2 warna kuning2 coklat tu la kurma susu apa ntah. sedap..

makan IBUK, HALAL, HALAL.. makan la sampai kenyang..
Balik dari Pasar Kurma, kami ke Masjid Qiblatain iaitu Masjid 2 Qiblat. Masjid Qiblatain bererti Masjid dua kiblat adalah salah satu masjid terkenal di madinah..

"Pada permulaan Islam, orang melakukan salat dengan kiblat ke arah Baitul Maqdis (nama lain Masjidil Aqsha) di Yerusalem/Palestina. Baru belakangan turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekkah.
Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-2 Hijriyah hari Senin bulan Rajab waktu dhuhur di Masjid Bani Salamah ini. Ketika itu Rasulullah SAW tengah salat dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsha. Di tengah salat, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144[1], yang artinya:
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”[2]
Setelah turunnya ayat tersebut di atas, beliau menghentikan sementara salatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang artinya masjid berkiblat dua."

semua jemaah solat sunat di dalam masjid qiblatain ini.
Oh ye, tak de rezeki kami nak melawat kilang Al-Quran sebab hari khamis dan jumaat kilang quran tutup. Biasanya perempuan mmg tak leh masuk, tetapi kaum lelaki boleh masuk dan diberikan Al-Quran percuma. So tak de rezeki la kan. Jadi kepada para jemaah yang nak bersedekah quran boleh kirim duit ajer kat mutawwif untuk dibelikan quran  (satu quran SR 45) untuk di wakafkan ke masjid nabawi dan masjidil haram. ikut la nak beli berapa buah quran untuk diwakafkan (bagi duit dan nama pewakaf siap2)

Mutawwif pesan jangan beli quran kat tepi2 jalan yang orang arab jual dengan harga murah (SR 25) sebab versi yang dijual ditepi2 jalan tu, qurannya tak sama dengan piawaian di masjid nabawi dan masjiddil haram. nanti quran2 tu akan di ambil dan diberi kepada masjid lain.
Kami balik dari melawat jam 11.30 pagi dan standby nak ke Masjid Nabawi untuk solat Fardu Zuhur 12.20 tengahari..

bila aku pakai macam ni aku tak pakai telekung.. sebab tudung ni besar dan labuh.. tp kat sana, mmg 24 jam pakai sarung lengan dan stokin. jadi tak risau terbuka aurat.

keadaan yang panas terik

Sebelah petang, mutawiff bawak kitaorang pi tawaf kidai.. hahaha kidai tu KEDAI ler.. dia dah biasa kat situ, so ada satu kedai ni, katanya dari Malaysia. so dia jual murah dari kedai lain. ye mmg betul pun, sebab aku rasa kedai lain mahal sikit.



rambang gak bijik mata menengoknya.. diam tak diam 4 helai gak sambar





ok dah bang jom balik.. tak leh tengok lelama.. kang satu shopping compleks ni aku borong. hahahaha

 ❤❤  To be continued …..

No comments: