Monday, June 25, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Pertama

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah aku dan suami selamat sampai ke Malaysia pada sabtu pagi pd jam 1.30 pagi.  Ok harini aku nak cerita mengenai perjalanan kami ke mengerjakan umrah. Aku akan cerita “hari by hari” la yer.. mmg agak panjang ler ceritanya. Gambar pun banyak.. kalau ada yang bosan dan tak suka, tak perlu baca. Niat dan tujuan aku tidak sama sekali untuk menunjuk2 apatah lagi riak. Tp sekadar nak berkongsi pengalaman, mana tau ada yang akan mengerjakan umrah sambil ziarah ke Istanbul. Insyallah mana yang baik boleh la dijadikan panduan, tp kalau rasa yang tak baik, jangan la ikut tau.. hehehe (sebenarnya beberapa bulan sebelum aku berangkat, aku selalu google umrah ziarah Istanbul, tp selalu kecewa sebab tak banyak benda aku dapat info, tu pasal aku berazam nak buat entry2 ni semua, sebagai panduan kalau ada yang nak ke sana)

Kami diminta untuk hadir ke pejabat Andalusia tepat jam 7.00 pagi. Aku sampai sana awal jugak ler, dalam 6.45 pagi.. Bfast dulu kat restoren mamak kat situ. Pastu terus ke pejabat Andalusia.. Tunggu punya tunggu tp bas tak muncul2 lagi. Dugaan pertama dah datang, rupanya bas kami rosak.. ada problem dengan brake. Tp aku bersyukur sebab dia rosak sebelum perjalanan. Kalau rosak dalam perjalanan gimana? So kami semua kene tunggu dalam pejabat sementara bas ganti tiba. Lama juga la kami tunggu bas tiba..


Pengurus kat situ faham situasi jemaah yang dah resah gelisah. Dia pun bagi gak kami saguhati dengan memberikan kami simkad MOBILY secara percuma pd semua yang hadir. Alhamdulillah rezeki pertama.. sebab kalau nak beli simkad, kene bayar SR40 lebih kurang (SR = Saudi Riyal).


Oleh sebab dah lambat sangat, Dato Daud Che Ngah ajak kami minum pagi kat sebelah pejabat.. (rezeki lagi) sambil memberi sedikit tips2 kat kami.. masa ni sedikit pun aku tak rasa marah or penat menunggu, aku anggap semua ni dugaan. Aku tak kisah pun kalau tak dapat melawat Singapura (dalam itenary ada lawatan sekitar Singapura). Maybe sebab aku dah selalu ke sana, so aku rasa kalau tak dapat melawat pun tak apa la.. tp kesian juga dengan jemaah lain yang tak pernah ke singapura. Tentu mereka hampa..

Bas sampai sekitar 11.00 pagi.. bayangkan betapa jemaah2 lain ada la yang rasa tak puas hati dan resah gelisah, tp aku faham, maybe mereka penat.. tak leh salahkan mereka juga..

Dalam bas, pihak Andalusia meminta maaf atas kelewatan dan mmg tak sempat sangat nak melawat sekitar Singapura. Sebagai ganti, mereka pulangkan RM100 setiap jemaah sebab tak dapat melawat. (aku anggap rezeki jugak la dapat balik RM100 tukan).

dalam ni ada RM100
Perjalanan dari Tol Sg. Besi ke Senai mengambil masa 3 jam.. serius mmg laju bas ni bawak, maybe nak kejar masa yang dah lewat.. aku dalam bas tido sepanjang jalan sebab malam sebelum tu aku tak tido langsung sebab kemas bag. Sedar2 dah sampai Restoren D’Ambang, Senai. Food dia oklah, tp sebab dah sampai pun lewat, mood nak makan pun kurang. Hehehe


Lepas makan, bertolak ke tol gelang patah untuk amik lagi jemaah dari Johor.. pastu terus masuk second link dan perjalanan lancar terus masuk singapura. Lebih kurang 5.30 petang sampai dan tempat pertama kami tuju adalah Masjid Sultan untuk solat jamak takhir Asar – Zuhur.

Masjid Sultan
Masjid Sultan
 Dah selesai solat jamak, kami di bawa ke hotel bajet untuk mandi dan tukar pakaian. Ala tak kisah pun, janji leh mandi kan.. bukan nak tido pun..


Jam 8.00 mlm tu kami dibawa untuk makan malam. Memula ingat derang bawak ke Restoren Zam zam, tp kami di bawa ke Warong Anak Bapak (kat Singapore mmg suka letak nama citer2 P.Ramlee ni, Restoren Anak Bapak la, Restoren Labu Labi la. Hehehe) .. Food dia mmg sedap.. makan berhidang.. kami satu meja dengan jemaah yang lain.. Lepas makan, jemaah solat kat Masjid Kassim (di sebelah Restoren) untuk solat jamak takhir isyak - maghrib.






 Ok dah settle semua, jom kita ke Changi Airport. Semua urusan bagasi dan check in family by family.. Alhamdulillah lancar semuanya.. kami naik Turkish Airline dan T.A ini memperuntukkan seorang 40kg untuk bagasi.. best kan?


 
Sementara menunggu boarding kami lepak2 sambil surf internet yang disediakan… ada gak tempat charge hp secara percuma.. best betul ler airport kat sini..

sempat lagi say good bye kat kawan2 di facebook..
sempat lagi tu charge kat sini.. ada macam2 jenis charger tau..
Flight kami berlepas jam 11.50 malam... naik T.A ni sebab jauhkan so adalah TV kat depan seat kita. Ada banyak giler movie dan games. Tp mata aku mmg mengantuk. So aku terus tertido sampai kul 1 pagi. Hubby kejut sebab stewardess serve makan malam. Lepas makan, tak dan nak tengok movie aku tido balik sampai la hubby kejut lagi sebab stewardess serve plak breakfast.. giler nyenyak aku tido (dasar kuat tido).. fuh makan tido makan tido ajer lah kerja aku dalam flight ni.. masa bfast baru aku tengok movie.. sebab lagi 1 jam mau tiba di Istanbul



berani minum air  SAKA?? wakakaka




 ❤❤ To be continued …..

Friday, June 15, 2012

❤ Insyallah malam ni tiba di tanah air ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Insyallah aku dan suami dijangka akan tiba di Kuala Lumpur pada tengah malam nanti, doakan keselamatan saya dan suami. Esok kami akan berangkat terus pulang ke kampung menjemput anak-anak di sana.. Tak tertahan menanggung rindu dengan anak-anak dan mak kami di kampung..

maaf untuk entry sesingkat ini.. terima kasih semua yang sudi membaca..

entry autopublished

Wednesday, June 13, 2012

❤ Spray Wudhu ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Masa aku pi kursus umrah haritu, derang ada jual Spray Wudhu.. mula2 confius juga apa kegunaan dia, tp aku beli gak.. balik tu aku try google.. ok baru la aku faham.. Kadang2 bila kita berada dalam masjid, sementara masuk waktu solat fardu, kita banyakkan solat sunat, baca quran dan berzikir... jadi bila dah lama2 duduk, kadang2 kita terkentut or terbatal air sembahyang.. pastu kalau kita nak keluar gi bilik air untuk amik wudhu semula, takut payah sebab orang dalam masjid kan ramai, takkan nak main langkah2 orang je kan. pastu takut plak orang lain cop tempat kita.. dah kita rugi sebab kita tak dapat masuk balik dalam saf .. So untuk memudahkan.. kita guna spray wudhu, jadi kalau kita terbatal wudhu pun, kita tak yah bangun dari saf, kita ambil wudhu dari saf tempat kita nak sembahyang tu jek..

 ni ler gambar botol spray wudhu tu



kena baca syarat2nya dengan betul.. kat bawah aku ada tulis cara-cara penggunaannya



Ok kat bawah ni adalah cara-cara untuk mengambil wudhu menggunakan spray wudhu :-
1. Mula2 Niat

"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala".
2. Sapu seluruh muka dari dahi hingga ke hujung dagu dan juga sisi muka di depan telinga dan niat sekali di dalam hati. "Sahaja Aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah Ta'ala".
3. Pastu spray tangan kanan dan ratakan keseluruhan tangan dari siku hingga ke hujung jari.

4. Spray ke tangan kiri pulak dan lupa ratakan air tu dari siku sehingga ke hujung jari.
5. Pastu spray ke kepala dan meratakan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut. tp bagus juga kalau dapat menyapu seluruh kepala.
6. Ok seterusnya spray kaki kanan dulu, ratakan air di hujung jari kaki, tumit, buku lali dan kaki.  
7. Dan terakhir sekali spray kaki kiri pulak dan ratakan air di hujung jari kaki, tumit, buku lali dan kaki juga

Monday, June 11, 2012

❤ Telekung Siti Khadijah ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok semasa aku buat persiapan nak mengerjakan umrah ni, aku ada la sepasang beli telekung baru., dan 2 helai tudung ihram . Bak kata ustaz yang bagi ceramah kursus haritu, jangan la bila kita ada jemputan dinner, jemputan kawin ke, kita kene beli baju baru lip lap lip lap, mahal2 dan cantik.. tp bila dapat jemputan dari Allah s.w.t, kita pakai tudung lama yang dh kusam... kita juga sebenarnya  harus berpakaian baru dan cantik untuk mengadap-NYA kan.. so aku pun google dan terjumpa la website SitiKhadijah ni .. oleh sebab butik Siti Khadijah ni di Bangi, so lepas Majlis Harijadi Dayyan, aku pun pergi la beli telekung baru. oleh sebab tak familiar jalan Bangi ni, sesat gak la aku. hehehe
ni butiknya.. tak besar tak kecil, tp cantik dan kemas di dalam

memula takut gak nak snap gambar kat dalam ni (siap curi2 gambar dengan hp), tp pembantu butik ni tersangattt la baiknyer. dia tak kisah pun.. terus aku snap pakai kamera. hehehehe




 ni la dua orang adik manis yang baik hati ni..


pelembap bibir ni bagus sebab kat sana, kita tak leh pakai benda2 wangi2 time dalam ihram..

kebetulan time aku pergi tu ada promosi adam. dapat diskaun sikit ler..


oleh sebab adik tu baik hati, masa fitting telekung tu, dia suruh aku cuba satu persatu telekung kat situ.. dia kata tak pe la kak, terai jek semua..siap cakap nak tolong aku amik gambar lagi. ok layannn jek la.. ok meh aku terangkan satu persatu.. kat SK ni ada 3 jenis telekung..

TELEKUNG SITI KHADIJAH ORIGINAL


gambar kat atas tu nampak kembang sebab aku pi cekak tangan kat pinggang. lepas dari tu aku tak cekak pinggang dah.. ok kat bawah gambar close up.. telekung yang ni cantik, tp aku kurang minat..


 TELEKUNG SITI KHADIJAH KLASIK,

ok aku beli telekung yang ni.. sangat2 sedap pakai sebab melekap kat muka. kalau nak beli kene fitting untuk tau muka kita saiz S, M or L .. walaupun muka aku bulat bak pinggan arcopal, tp mmg selesa la pakai

TELEKUNG SITI KHADIJAH MODEN.

Ok yang ni pun cantik gak.. tp aku lebih minat yang jenis klasik.. kalau korang rasa nak tengok betul2 lagi secara dekat, korang leh pi website dia. boleh beli secara online atau lawat FB dia tau.. kalau nak pi websit dia, sila masuk SINI


Ok tu ajer la, kot2 mana tau ada yang nak beli telekung baru sempena nak raya kan, kot2 nak hadiah kan kat mak ke, mak mertua ke, atau pun untuk persiapan korang nak pi umrah dan haji ke, boleh la beli telekung ni. insyallah puas hati walaupun harga dia mahal sikit. ala beli tudung FAREEDA boleh, takkan beli telekung buat sembayang tak boleh kan........

entry autopublished

Friday, June 8, 2012

❤ Persiapan yang perlu di bawa ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sebelum pergi ke mekah/madinah banyak juga persiapan perlu dilakukan, antaranya ialah (aku copy dari travel agentnya website)

Lelaki
Tali Pinggang Ihram - 1 utas
Kain Ihram - 2 pasang
Baju Melayu - 2 helai
Baju biasa - 2 helai
Singlet Berlengan - 2 helai
Seluar Panjang - 2 helai
Kain pelikat - 1 helai
Kasut biasa (lembut) - 1 pasang
Baju sejuk - 1 helai
Tuala Mandi - 2 helai
Tuala Kecil - 1 helai
Stokin- 2 pasang
Selipar getah -1 pasang

Wanita

Telekung Mini – 2 pasang (tanpa kain)
Telekung - 2 pasang (tanpa kain)
Baju Kurung - 2 pasang (jika perlu, ramai lebih selesa berjubah pakai jubah)
Jubah/Maxi - 2 pasang (tak perlu bawa banyak, boleh beli di sana)
Baju tidur - 2 pasang
Seluar panjang - 3 pasang
Stokin panjang - 3 pasang
Stokin Wudu’ – 2 pasang
Kain batik - 1 pasang (jika mmg suka pakai)
Sarung tangan untuk lengan - 3 pasang
Tuala Mandi - 2 helai
Tuala kecil - 1 helai
Selipar getah/jepun - 1 pasang
Kasut biasa bertutup (lembut) - 1 pasang
Baju sejuk - 1 helai
Tuala wanita (ramai yang beritau di tanah suci susah nak cari dan harganya mahal)

LAIN-LAIN KEPERLUAN
1 Beg Sandang
1 Beg Pakaian Besar (Berkunci)
1 Sejadah kecil
1 Buku Doa Kecil
1 Buku Rekod Rawatan
1 Sejadah Nipis
1 Set penyangkut baju
1 Gunting Kecil/Pencukur
1 Beg Bimbit Sederhana Besar
1 Pengetip Kuku
1 Uncang Selipar
1 Berus Gigi
1 Ubat Gigi
1 Sabun Mandi
1 Deodorant – pastikan free odor
1 Krim pelembab tumit
1 Krim pelembab Kulit - Vaselin
1 Mask hidung/mulut -
Vitamin- Multivitamin, Vitamin C dan Kalsium
Senarai Tambahan

Ubat-ubatan (ni aku copy dari forum Cari yer) -

(a) Ambil suntikan influenza

(b) Start makan vitamin C dan teruskan sampai abis umrah nnt

(c) Siapkan bekalan ubat selsema seperti Zyrtec/Clarinase/Ceritec dll

(d) Bawak ubat batuk bentuk pil dan ubat cairkan kahak

(e) Bekalan Antibiotik dan ubat demam

(f) Bawak juga face mask sebab sekarang Masjidil Haram dalam proses pembesaran, so tengah berdebu ..


entry autopublished

 

Wednesday, June 6, 2012

❤ Kursus Umrah ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Biasanya sebelum kita mengerjakan umrah, kita haruslah menghadiri kursus umrah sekurang2nya SEKALI.. akan tetapi kalau kita ada waktu kelapangan kita boleh pergi banyak kali supaya kita lebih faham dan yakin semasa kita mengerjakan umrah nanti. insyallah..

Masa kursus tu sedikit sebanyak akan ditekankan seperti berikut
Persediaan semasa di Malaysia
1. Kene sediakan wasiat - bukan nak mati je kene sediakan wasiat, malah masa nak pergi umrah, or haji kene siapkan awal2.. Wasiat plak bukan wasiat harta semata2, tp wasiat untuk anak2 (jika dah besar dan tinggal di rumah) supaya juga, rumah, jaga adik2, jangan buat maksiat dan sebagainya

2. Kene tau bagaimana untuk Solat semasa Musafir dan dalam kapal terbang

3. Kene cari waris untuk menjaga anak2 kita (yang masih kecil), rumah kita, wasiat kita agar apa2 hal terjadi, kita tau ada yang bertanggungjawab ..

4. Tulis dengan marker pen dan tampal nama, no IC, no KT, no phone, alamat Malaysia dan ikat riben di bag luggage. (mana tau kan tersalah amik bag sebab bag biasanya nampak sama, jadi takut tertukar dengan orang lain)

5. Buat senarai barang kelengkapan supaya tak de yang tertinggal dan juga apa yang perlu kita lakukan di sana seperti mengerjakan Umrah Badal untuk orang tersayang, solat2 yang kita hendak buat di sana, zikir2 yang kita hendak amalkan di sana..

Ok yang kat bawah ni, aku copy dari blog Saudari Sabri.. Masa kursus tu aku tak sempat salin, tp apa yang disampaikan oleh Saudara Sabri ni lebih kurang pendedahannya..

Cara Mengerjakan Umrah

1. Mandi sunat ihram di hotel (Niatnya sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Taala)

2. Solat sunat ihram di Miqat (Niatnya, sahaja aku sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Taala)

3. Berniat mengerjakan Umrah di Miqat (Nawaitul ‘Umrata Wa Ahramtu biha Lillahi Ta’ala, maksudnya sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala)

4. Bertalbiah dalam perjalanan ke Masjidil Haram (Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikala Syarika Laka Labbaik , Innal Hamda Wan Ni’mata, Lakawal Mulk, La Syarii kalak)

5. Tawaf Kaabah 7 pusingan, sunat berdoa ketika mata kali pertama memandang Kaabah.

6. Solat sunat di belakang makam Ibrahim

7. Minum air zam zam dengan doa (Allah humma in ni As Aluka ‘Ilman Naafi’an, Warizqan Toiyiban Wa syifa An Min Kullidak)

8. Saie dari Safa ke Marwah

9. Bertahalul (gunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut)

* Hijau adalah 4 rukun umrah. Yang lain itu adalah sunat sahaja.


Solat Sunat Yang Ingin Dilakukan (perlu tahu cara menunaikannya)

1. Solat Sunat Taubat

2. Solat Sunat Hajat

3. Solat Sunat Tahajjud

4. Solat Sunat Istikharah

5. Solat Sunat Dhuha

6. Solat Sunat Tasbih


Antara Kawasan-Kawasan Yang Makbul Doa

1. Di Raudhah Masjid Nabi (Madinah)

2. Di Jabal Rahmah (Jabal Rahmah)

3. Multazam

4. Di bawah pancur air kaabah

5. Di belakang Makam Ibrahim

6. Di kawasan Hijr Ismail

7. Di Bukit Safa

8. Di Bukit Marwah

Maaf lah yerk, entry2 samada sebelum pergi atau selepas pergi, semua entry mengenai umrah.. jika ada yang bosan dan kurang senang, tak perlu masuk ke sini lagi.. entry2 mengenai umrah ini bukan bertujuan untuk riak, takbur dan hendak menunjuk2, melainkan niat berkongsi ilmu dan pengalaman bersama semua dan untuk peringatan dan panduan diri sendiri pada masa akan datang.. insyallah..


entry autopublished

Monday, June 4, 2012

❤ Persiapan sebelum mengerjakan Umrah ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Ok harini aku nak share serba sikit apa persiapan sebelum pergi.. biasanya travel agent akan bg senarai yang perlu kita buat.. antaranya :-
1. Suntikan "meningitis" ACYW 135 dari doktor swasta atau kerajaan - biasanya kalau lepas musim haji, kebanyakkan jemaah yang ingin buat umrah akan pergi ke klinik2 kerajaan untuk mengambil suntikan ni.. harga lebih murah. kalau tak silap RM5 je.. kat klinik kerajaan ni biasanya ada simpan stok lebih jemaah yang buat haji (tahun lepas).. lepas abis stok, mmg tak de lagi la.. biasanya kalau dah tak de kat klinik kerajaan ,jemaah yang nak buat umrah ni ambik suntikan kat klinik swasta.. charge antara RM 100.00 - RM 150.00 seorang bergantung pada klinik la. Macam aku, aku amik suntikan terbaru  iaitu suntikan Menveo untuk 5 tahun. so aku kene charge RM150.
2. Gambar untuk buat Visa - kene siapkan dalam 4 keping,  berlatarbelakang putih dan saiz muka 80%  dan juga untuk lelaki jangan pakai songkok dan wanita bertudung gelap. (gambar aku masa ni, kembang  setaman betul mukanya, tak sampai hati nak letak kat sini)

3. Pasport - compem la kene ada kan.. pastikan jangan nak dekat expired lak.. dan ada 6 muka surat yang masih kosong. ok hak ni settle, sebab pasport aku expired tahun 2014.

4. Surat atau sijil -  yang ni kalau pergi dengan suami, kene ada surat nikah la.. dan kalau pergi tanpa mahram ada la lain2 sijil kene mintak, yang tu nanti travel agent bg tau..

5. Buku Panduan - baca lah buku2 panduan yang berkenaan dengan Umrah dan Haji supaya dapat sedikit sebanyak gambaran. sebab kadang2 kursus pun kita tak leh faham sangat.. maklum ramai orang kan.. nak tanya segan.. so boleh jugak berpandu pada buku2.. jangan segan2 beli buku2 berkaitan yer..

6. Senaman - ini untuk stamina kita.. kat mekah sekarang ni banyak hotel2 yang berdekatan dah di robohkan.. kebanyakkan hotel2 ni jarak antara 350 m - 600 m kalau tak silap.. jadi mmg kalau kita tak pernah senam or jalan jauh, mmg agak pancit la kan.. nak2 macam aku ni yang dah berat sangat.. so kene la senam or jogging supaya ada stamina.. hahaha aku senam naik tangan turun tangga je kat rumah tu..
7. Solat - sebelum berangkat, digalakkan kita buat solat hajat, solat tahajjud, solat taubat.. kene buat seminggu sebelum berangkat la.. supaya kita lebih tenang di sana.. minta dengan Allah supaya kita lebih khusyuk dan dipermudahkan segala-galannya.. Insyallah


entry autopublished