Friday, September 25, 2015

Pulai Desaru Beach Resort & SPA - Day 2 & 3


Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok pagi2 pi breakfast kat hotel.. tp tak banyak choice.. tak pe lah. sebab breakfast pun biasanya ringan2 je kan



Lepas tu kami semua bersiap untuk turun ke pantai untuk berpiknik... ye piknik di hari anniversary. hahaha orang seme pi tempat romantis2 aku pi tepi pantai lepak dengan anak2.. oklah kan..



budak2 mmg suka main pasir



aku bawak macam2 jajan dan buah2an masa ni... tp kan.. tidak ku sangka.. rupanya bawak buah ni umpama membawa umpan pulak..

jeng-jeng jeng ... dia datang dengan lenggang lengoknya .. monyet ni datang mmg tak dipelawa.. laju ye dia makan buah tu .. sebiji sebiji dia telan tak sampai sesaat.. siap berebut takut aku amik buah ni..  aku siap amik video lagi cemana rakusnya dia makan buah tu.. nampak tak dia betul2 ada depan aku tu..

nasib baik ada orang kat sini yang jaga sekitar pantai desaru ni datang tolong halau monyet2 ni semua..  larilah dia dengan segugus buah longan aku tu ... takpe aku bg ikhlas.. rezeki kau lah monyet.. hehehe


pastu nampak suami anak2 lepak main air... tu yg 2 orang kat dalam laut tu anak omputih

aku pun join sekali... hehehe seronok masa ni main ombak..
Lama gak kami lepak pantai, mandi manda pastu sambung mandi kolam lagi.. mmg tu je pun aktiviti haritu, nak bagi anak2 puas main air.. bila tengahari kami keluar pergi lunch.. tp terlupa nak snap gambar kat mana aku lunch, sebabnya dah lapar sangat, bila makanan sampai terus makan sampai lupa nak snap gambar.. tp tak pe sebab esoknya nak balik KL aku repeat lunch di tempat yang sama sebab sedap sangat ..

so kemana kita lepas lunch..

kami ke sini...














masa ni sumpah aku takut ye wpun mulut anak buaya tu kene ikat.. 
Malam tu kami dinner di hotel aje.. amik buffet dinner.. macam2 ada.. tp kamera ni bila malam je gambar sure tak cantik.. kurang cahaya.. so tak de la snap banyak pic.


ada special kek sempena hari merdeka katanya..



bersuap2an makan kek sempena anniversary. hehehe lampu pun malap ala2 candle light dinner .. romantik sangat ni.. (romantik la sangattt)
Ok.. ni citer hari esoknya nak balik ke KL kami singgah makan kat sini lagi .. 2 hari berturut2 kami makan kat sini sebab sedap menu2nya ... masakan kat sini cepat abis ye.. dr hotel aku nak ke sini adalah dalam setengah jam.. so better sebelum sampai kedai ni, order dulu nak makan apa.. no tel ada dalam gambar kat bawah ni.. sebab kalau korang main terjah, nasib2 la kadang ada lauk lagi, kadang2 dah ujung2 je lauk pauk yang tinggal. so baik call awal2 especially belangkas..


siput gonggong

siakap 3 rasa kalau tak silap

ikan mayong asam pedas

tahu bakar kuah rojak

ini yang paling kami nak rasa sebenarnya.. Belangkas masak sambal.. sedap.. rasa dia mcm ketam..

Ok tu je percutian ringkas kami.. insyallah akan ada percutian2 lagi selepas ni...  jumpa lagi.. hehehe

Tuesday, September 22, 2015

Pulai Desaru Beach Resort & SPA - Day 1

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Baru2 ni sempena Cuti Hari Merdeka cum Anniversary aku yang ke 12 tahun aku dan suami bawa anak2 bercuti ke Pulai Desaru Beach Resort.. kalini kami pilih bercuti di tepi pantai untuk menenangkan fikiran.. sebenarnya kami dah lama beli voucher pulai desaru ni masa pergi matta fair bulan 3 yang lalu.. alhamdulillah tak de surcharge walaupun kami book tarikh 29-31 Ogos 2015. sebelum kami bertolak ke Desaru, kami tido semalam di rumah ibu mertua.. saje jenguk dia dah alang2 turun ke sana..



anak2 bersama nenek mereka

bersama ibu mertuaku

kami ikut highway desaru senai ni

simpang ke bandar penawar

sebelum sampai ke hotel, kami beli makanan sebe sikit untuk kudap2 di hotel



yeh dah nak sampai dah


sementara suami pergi parking, aku pi settlekan kat lobi/receptionist
kami beli voucher untuk standard room ajer..

dapat harga 50% off untuk hari ke dua.. jimat kan? tu pasal stay kat sini 2 mlm.. alang2 jauh tak la penat sangat
Yang bestnya, aku dan suami mmg plan nak amik extra bed untuk anak2.. so masa di receptionist, aku tanyalah nanti dapat twin bed ke atau dpt double bed, maklumlah book standard room aje kan .. sekali budak tu cakap, dia bg 3 super single bed. wahh jimat aku tak yah amik extra bed.. mmg syukurlah walaupun amik standard room aje.. tp dapat bilik besar mcm ni...mmg muat sangat2 untuk kami berempat.. anak2 plak jenis kecik2 belaka.. hehe





bilik air untuk mandi dan sinki untuk cuci muka ni separate.. baguskan.. tak de la berlecak kat bawah sinki kalau budak2 mandi dalam bilik air.. 

banyak betul dia bg.. esoknya dia bg lagi

siapkan minum petang.. pau dan pisang goreng/kicap cili




Petang-petang sikit bawak anak2 gi mandi kat pool.. apalagi yang budak2 sukakan.. layankan ajelah..






Malam tu kami dinner di bandar penawar. banyak gak kedai kat sini.. so kami pilih kedai ni sebab nampak ramai orang.. sure lah kedai ni sedap masakannya kan.. dan mmg ternyata sedap..


sup gear box

ikan bakar..


budak2 beli chicken chop aje

lepas dinner..  balik hotel, teman farhan buat homework..

bersambung esok..