Tuesday, November 30, 2010

❤ Rapunzel, Italiannies, Crocs ❤

Salam Bismilllah
Mama Farhan & Emily

Maaf banyak2 yer kawan.. semalam terpost 2-3 entry kosong.. sebenarnya ada citer  untuk setiap entry, tp gambar blom transfer kat komputer .. tp yang terautopublished awal tu.. sori ek kalau korang datang sini tp entry kosong jer ..

Ok hari ahad baru2 ni setelah En Hubby sihat sikit, dia bawak kami keluar amik angin sikit. maklum ler budak2 ni dah lama tak keluar rumah semenjak dia sakit.. so plan kami pada hari ahad baru2 ni adalah gi tengok wayang.. ramai dah gi kan?  Sham, Lieya, Zana pun dah tengok kan.. memang best sangat.. sesuai dengan mood kanak2.. gambar cam biasa la mesti kat depan wayang punya




kat dalam wayang time ni dah gelap.. emily duduk satu seat dengan farhan.. alhamdulillah tak banyak ragam..



abis tengok wayang, kami lunch kat sini..


aku suka dia punya kata2 kat bawah ni

 





ni 1st appetizer kami - spicy soup tomato


olive oil + vinegar.. 


gini la jadinyer


complimentary bread


jemput makan.. 


2nd appetizer.. ntah apa kenamanyer .. lupa ar



main course.. ikan salmon.. nama dia pun aku lupa..


yang ni pizza.. lupa gak nama sebenar


oo sungguh tak percaya ini anak dara makan sekeping pizza.. sebelum ini dia mmg bukan pemakan orangnya


emily tukang rasmi pizza tu



lepas makan, jalan2 tetiba ternampak orang jual bag.. eh leh lak tersama bag tu dengan baju emily. hahahah design zirafah ok.. lawak betul


lepas tu kami singgah crocs.. memula sajer nak cuci mata, tp farhan dah berkenan dengan satu kasut.. dia test sendiri kasut tu.. heheehhe


siap tengok kaki kat cermin


crocband sneak - new design gak ni 


emily pun nak gak.. dia punya pun new design ... aku pun beli gak.. kasut crocband untuk women la..  kaler plum..  rupa2nya, ada diskaun tau beli crocs2 ni.. before this jarang sangat crocs ada diskaun hebat cenggini.. tp kalini oleh sebab harga semua tu lebih dari RM300, maka crocs bagi less 30% gitu.. mmg berbaloi ..


Crocs Keeley Mary Jane Shoes



crocband flat plum - aku punya .. nak cari jibbit yang comel sikit pasni


ok jom pulang anak2.. semua dah dapat kan.. say thank you to papa..


ni masa tunggu papa amik keta kat parking.. yang tengah2 tu aku punya. hehehe


thanks papa belanja kami tengok wayang, makan2 dan kasut crocs..

Thursday, November 25, 2010

❤Kenapa aku ada maid? ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Banyak benda aku nak update, tp mood kurang..  biasalah kan.. ni pun tak tau nak update citer apa sebenarnya.. tp aku sebenarnya nak cakap berkenaan sesuatu yang kurang enak aku dengar.. iaitu ada yang mempersoalkan kenapa aku ada maid....

Salah ke aku ada maid? orang sakit hati ke aku ada maid? ada ke orang yang ada  maid ni untuk orang yang kaya2 sahaja? or orang yang biasa2 macam aku ni tak boleh ada maid??? bagi aku semua orang boleh guna maid sekarang ni sebab tu adalah keperluan, bukan kehendak.. tu bagi pendapat aku la, pendapat korang sila nyatakan di ruangan komen kat bawah ni... terima kasih...

Bukan soal mampu atau tak untuk amik maid.. cuba korang bayangkan kalau korang letak anak kat taska sama jer bayarannya.. untuk 2 orang lebih kurang RM450 gitu kan? so kalau korang tambah RM50, dah tentu maid boleh jaga anak korang di rumah, boleh tolong uruskan kerja rumah.. korang jugak balik kerja tak yah penat2 nak kemas rumah, nak basuh baju, nak gosok baju bertimbun2, nak mop lantai hari2, nak masak (tp kalau nak masak sendiri tu terpulang la kan).. balik kerja semua dah settle, tak penat, badan leh rehat, boleh main2 dengan anak2...... tak yah lagi nak nyalak2 kat blog laki tak nak tolong jaga anak la, tak nak tolong kemas rumah la .. betul tak??

Ok berbalik pada tajuk, kenapa aku perlu kan maid sedangkan anak aku dah besar...

1.  Farhan dah nak naik darjah 1 tahun depan.. disebabkan kami duduk apartment, kami tak confident kalau farhan turun bas dan jalan sendiri dari guard house ke lif untuk naik rumah.. Untuk itu kami suami isteri sepakat beli rumah teres, supaya bas/van sekolah boleh hantar depan rumah.. bila balik rumah maid boleh tolong uruskan makan minum, mandi tukar baju dan tunggu van untuk ke sekolah agama pulak.. kalau tak de maid cemana? nak hantar transit mmg boleh, tp bagi aku cukup la anak aku duduk kat transit dah 6 tahun.. biarlah dia dah sekolah ni, dia rehat kat rumah.. aku tengok lagi jika hantar anak ke transit bila anak dah besar, semua kena urus diri sendiri... kena mandi, pakai baju, makan sendiri, cikgu2 nengok ajer ..  lgpun aku tengok anak2 yang dihantar ke transit, pagi2 lagi mak pak kena hantar baju dan beg skolah anak untuk sekolah agama petang .. 

2. Bila dah pindah rumah nanti, tentu banyak lagi tugas2 rumah nak buat.. sebelum ni dah biasa duduk rumah kecik tak banyak kerja sangat, tp bila nak pindah nanti, dah ler rumah 3 tingkat, so banyak benda nak buat.. jadi tu la peranan maid.. boleh membantu kerja2 rumah, mop setiap tingkat.. kemas bilik, dan macam2 lagi.. kalau nak harap aku buat hujung minggu ajer la..

3. Selepas pindah, rumah aku jauh dari pejabat.. aku kena keluar pagi2 subuh untuk mengelakkan jalan jem..  dan dah tentu aku balik lambat hari2 kan.. dengan jalan yang jemnyer lagi, so bila ada maid, dia boleh tunggu kat rumah bila bas/van sekolah anak sampai.. kalau pagi2 boleh gak dia sediakan sarapan untuk farhan dan emily sebelum gi sekolah dan kalau petang pulak tak yah aku terfikir2 lagi nak gi taska nak jemput anak.. kena bayar OT kat taska lagi..

4. aku rancang nak mengandung lagi.. kalau diizinkan-NYA, kalau ada rezeki mana la tau, aku teringin nak bersalin lagi tahun depan.. jadi kalau ada maid, dia boleh uruskan anak2 aku ke sekolah, makan minum dorang masa aku dalam pantang, boleh jugak tolong aku dalam pantang.. yer tak?? sapa yang senang, aku jugak.. takkan nak harapkan mak semua2 tu.. mak pun kalau duduk dengan kita, paling2 1-2 minggu jek, pastu nak balik rumah sendiri.. jadi kalau ada maid, dia boleh tengok2 kan rumah, kemas rumah segala mak nenek kerja la boleh buat..

Cuma ada kekurangan jugak bila ada maid ni... contohnya bab perangai maid ni macam2 la kan. ada yang maid baik ada yang maid tak baik, maid lari la, maid curi la.. so tu mmg ikut nasib korang la dapat maid cemana, pastu korang kena la sediakan lauk basah tu lebih sikit, sebab kita pun support gak makan minum dia kan.. ok tu jer la aku rasa buat masa ni.. kalau ada sapa2 nak tambah sila kan la yer.. mana tau ada yang tak setuju dengan sebab musabab aku ni..

harini aku cuti... dah 2-3 harini aku tak sempat blogwalking ... sibuk aku ke spital jaga suami aku.. nanti aku cerita hal tu kemudian ok.. jap lagi aku nak gi spital pusrawi lak..

Tuesday, November 23, 2010

❤ Present for my kids❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini tak tau nak update citer apa.. kebetulan teacher farhan ada mms gambar farhan potong kek dalam kelas tempohari.. sebenarnya lepas majlis harijadi farhan di rumah, esoknya aku beli kek lagi untuk dia bawak ke q-dees. untuk raikan bersama kawan2 dia di sekolah.. siap bawak goodies bag bagai.. dia pun seolah2 dah tau nak buat besday kat sekolah siap remind kat aku banyak kali "mama jangan lupa bawak party pack ke school"..

ni gambar kek yang aku tempah untuk dia.. special request from him nak kan cake spiderman.. so gini la kek dia.. flavour strawberry + vanilla.. balik dari sekolah dia kata kawan2 semua cakap kek tu sedap. ooo bagus..


ni gambar yang teacher dia baru mms kat aku.. so baru la dapat update harini


mentang2 ko kidal, potong kek pun tangan kiri ke farhan oii


ok farhan ada banyak collection of spidermans.. mmg macam2 rupa bentuk spiderman dia ada, yang kecik, yang beso, yang hitam, yang merah.. kira mmg banyak la.. so untuk tahun ni, dia request for Venom, iaitu spiderman hitam yang jahat (kalau tak tau boleh tengok movie Spiderman 3, farhan siap hafal semua jalan citer movie tu) .. puas aku dan my hubby cari merata2 Venom ni, tak jumpa.. at last jumpa gak kat Selayang Mall.... lega


ok untuk si comel Emily, papa dia belikan dia set alat music seperti di bawah.. dan microfon tu mmg boleh guna.. siap ada bangku untuk duduk dan main piano tu .. sapa2 berminat, boleh cari kat mana2 Toys R Us .. nak tau harga, boleh tanya aku.. no problem

Thursday, November 18, 2010

❤ Megamind ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ahad baru2 ni gi tengok megamind.. best jugak la.. penuh wayang.. act ni seme request dari farhan, dia yang beria2 nak tengok. so layankan jer la.. kami ke Midvalley haritu

sampai2 McD, beli apa2 yang patut, pastu budak2 ni pun dapat toys dari McD, toys megamind jugak ler. heheh


sebelum masuk kena abiskan dulu aiskrim  


ni dalam wayang, kang kalau amik gambar kat luar panggung jer,
orang tak caya lak kita gi tengok wayang. hehehehe




beli 3 seat ajer.. emily cam biasa, duduk pangku jer.. kang kalau beli seat buat rugi jer..
bukan dia nak duduk sorang2..

❤ Boss bagi.. Tengkiu boss ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari Khamis lepas, boss aku dengan baik hati telah memberi aku beberapa benda seperti di bawah ni.. act dia dapat hamper dari Famous Amos.. tp baik hati dia sebab dia bagi jugak kat aku sikit.. ingat dia kat aku ek. hehehe.. mekasih boss, lain lagi bagi lagi ek.. i likeeee



teddy bear kecil.. ada tali leh gantung.. pastu ada cawan sebijik.


bekas strawberry tin dengan coklat.. comel.. kat cameron pun aku tak jumpa bekas strawberry cenggini

 dan cawan famous amos


mekasih daun keladi bos.. lain kali bagi la lagi..

Wednesday, November 17, 2010

❤ Selamat Hari Raya Haji & Ibadah Qurban ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat islam .. alhamdulillah dapat kita menyambut hari raya haji sekali lagi..  aku sendiri pun bercita2 untuk menunaikan haji bila dah cukup duit nanti.. insyallah.. aku akan mendaftar jugak untuk ke haji dalam tahun ni jugak.. mudah2an dipermudahkan Allah s.w.t.. marilah kita sama2 baca sedikit sebanyak info yang aku google mengenai HAJI..

PENGERTIAN HAJI

Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.

Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut.

Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.

Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memsongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya.

PENGERTIAN HUKUM IBADAH QURBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
Untuk makluman lanjut.. boleh la pergi ke laman web ini.. banyak info berguna .. seme mengenai haji boleh anda refer di situ

Tuesday, November 16, 2010

❤ Nestle Fitnesse & Fruit ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Gara2  tengok The Biggest Losser Asia dan gara2 tengok blog HIRDA ni.. maka aku tanpa segan silu telah membeli ini!!!

aku beli yang ada fruits... sedap gak..  suami tersayang dengan baik hati belikan sekali susu ducth lady low fatt milk. (bagi semangat ler tu hehehehe) ... agak2 turun ke tak berat ni.. hahahahaha kita tungguuuu (jangan perasan la cik puan mimi oiii)


opss ada promosi kalini.. beli ni dapat free VCD untuk workout.. best sebab lagu rancak.. aku dah start senam.. tp mak oiii baru 10 minit aku dah semput.. heheheheh kena workout hari2 ni... kasi stamina kuat sikit.. ni baru kejap jer dah pancit..


jangan lupa malam ni TBLA channel 702... agak2 korang sapa la yer terkeluar yek??? aku rasa kalau tak genghis, si lorry.. tp kalau RAJ keluar lagi aku suka!