Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Giler Novel - Sebenarnya Aku Isteri Dia, Awak Suka Saya Tak & The Wedding Breaker...

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam bawak budak2 tengok wayang The Croods kat Wangsa Walk.. amik tiket kul 5.30 petang, tp kami sampai awal, jadi ternampak la ada pameran Buku Popular ni.. menarik gak  ...


Sebelum ke pameran buku di ruang legar, kami masuk ke permis Popular dulu di Tingkat 1. En papa nak beli buku2 study dia guna voucher buku yang dia dapat tu.. yang menariknya, beli guna voucher RM150 tu dapat free voucher buku popular RM10 dan juga otomatik jadi member card popular.. so dapat la member card untuk setahun.. expired 31 Mei 2014.. aku nak cari novel, tp budak popular tu kata, novel yang aku nak tu ada kat ruang legar.. so aku kene le turun ..



Ni la antara buku2 yang aku cari..  Sebenarnya Saya Isteri Dia..  lakonan Tiz Zakiah dan Izzue Islam.

RM 30.00

Giler tebal nak ngabiskan..
Citer ini akan di tayangkan jumaat depan menghiasi slot zehra selepas tamat citer HANYA PADAMU  jumaat lepas (uwaaa tak dapat tengok muka BETO lagi)...  tak sabar nak tunggu jumaat depan nak tengok citer ni.. kene khatamkan dalam minggu ni gak.. kalau tak pun kene baca sikit awal2 citer ni, supaya faham jalan citernya..


Ni novel kedua.. Awak suka saya tak??? RM 35.00 .. Kalau rajin aku bg review ok, kalau aku malas, korang kene la beli novel ni.. sebab daripada yang aku tau, citer ni sesuai dibaca oleh orang yang mencintai Allah, mencintai pasangnya dan cintakan Qada dan Qadar..

Untuk kedua2 buku Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Awak suka saya tak  ni RM65.00 , tp ada diskaun 20 % dan 25 % kan so total cuma RM52.00 sahaja.. jimat RM13.00 .. banyak kan jimat ??
 
RM 35.00
harga novel ni RM 25.00 tapi ada rebate 20% untuk member card  ( after less RM20.00) dan aku ada voucher buku popular RM10 .. so aku cuma bayar RM10 ajer. heheh untung sangat2

2 ni jek tebal, yang lagi satu tu tak tebal sangat

agak2 berapa lama baru abis baca?  1 bulan 2 bulan? haha jangan sampai raya sudah!


Dulu2 aku suka giler novel dari Alaf 21.. mmg tetiap bulan aku harus beli 2 buku novel (masa bujang la) bila dah kawin nan adoo.. terus tepadam minat beli novel.. al maklum anak kecik2 kan.. ni anak dah besar2, barulah leh layan novel malam2.. masa bujang2 dulu sempat aku beli buku Sehangat Asmara, Ombak Rindu, Adam Hawa dan karya Sharifah Abu Salem yang citer Rosyam Noor dengan Fauziah Gaus tu (Trilogi Cinta) - Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi .... tu pasal novel2 aku semua muka depan dia versi veteren jek. tak macam buku sekarang semua dicetak semula dengan muka baru..  contohnya

Novel baru versi Novel lama

Novel baru versi Novel lama

Novel  lama versi Novel baru