Wednesday, April 28, 2010

Hampir 2 tahun dia pergi meninggalkan kami sekeluarga

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pejam celik pejam celik hampir 2 tahun arwah abah pergi meninggalkan aku dan keluarga.. masih segar dalam ingatan aku, suasana masa dia sakit nak meninggal tu.. kalau ada yang sudi baca, boleh baca di SINI . Masa terlalu cepat berlalu, tak terasa rupanya dah 2 tahun dia pergi meninggalkan kami.. aku masih rindu pada dia, dan rindu tu tak akan pernah padam . AL FATIHAH -  HJ. ABDULLAH BIN PUTEH


kebetulan jiran sebelah arwah abah meninggal pada 2.5.2009 (setahun kemudian) tp perempuan

gambar2 kat bawah ni masa aku balik kampung bulan 2 hari tu.. aku pernah cakap dulu, mak akan pergi ke kubur arwah abah setiap hari Jumaat untuk sedekah al-fatihah dan bersihkan kubur arwah abah ..

anak2 aku pun sibuk gak nak tolong ummi dia sapu daun kering..


eceh eksyen jer kau ni emily


setiap hari jumaat mak pasti akan bersihkan bunga2 kering/layu dan  tabur bunga2 baru di pusara arwah abah..





Semoga arwah abah tergolong di kalangan orang2 yang beriman.. amin.. semoga arwah abah damai di sana..
MIMI RINDU ABAH..


p/s: hari Sabtu pagi aku balik kampung, ada kenduri tahlil..


Cau Cin Cau

Tuesday, April 27, 2010

Dia pun nak cuba jugak

Salam Bismillah
Mama Farhan

Si adik pun dah pandai jugak, nak jugak terai2 padahal bukan pandai nau.. layankan jer la.. bagi peluang dia menerokai sesuatu yang baru ..


khusyuk ok ... ntah apa2 yang di mainkan nyer..


Farhan dah tak heran sangat dah.. dia sekarang ni layan CD jer.. so adik ler take turn pulak mengkongker benda alah ni

Cau Cin Cau

Rajin ke terlebih rajin...

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Farhan ni dalam keta pun dia boleh menulis, rileks jer melukis apa2 pun, kalau aku la menulis/melukis dalam keta, sure tak jadi punya.. tp dia dengan duduk terkangkang, selamba jer dia.. ce korang perati dia betul2, apa yang kelakar dengan farhan ni ..


dia pakai tie papa dia. heheheh kalau dengan baju kolar satu hal la jugak, ni kolar bulat jer farhan oiii..



Perkembangan terkini pada farhan ialah, dia dah stop susu botol!!!! ye, senang citer dah stop susu langsung la.. aku tak paksa, tak suruh, dia yang nak berhenti sendiri.. yang aku perasan lepas balik dari Pulau Redang, dia terus tak mintak susu, mula2 aku tak perasan, tp satu haritu aku pelik gak nape dia tak minum2 susu, aku tanya dia "a'am tak nak susu ke" dia kata tak nak, sebab a'am dah besar.. oooo dah besar anak aku... bagus la dah putus botol tanpa di paksa, walaupun lewat di usia nak masuk 6 tahun kan.. tak pe la, dah tertulis di loh mahfuz dia putus botol diusia nak masuk 6 tahun .. budak2 ni kalau boleh biarlah dia minum sampai dia 6 tahun, sebab susu tu khasiat.. jangan la putuskan susu awal2 sangat.. kiranya sekarang ni sedang elok la Farhan berhenti botol susu... tahun depan pun dah nak sekolah


Cau Cin Cau

Monday, April 26, 2010

Dulu pendek, sekarang dah tinggi

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Korang ingat tak last year aku gi Cameron dalam bulan 8... kira2 dah hampir 8 bulan yang lalu.. masa aku gi Cameron tu, aku ada beli beberapa kaktus.. kalau korang tak ingat, meh tengok gambar kat SINI... masa tu kaktus aku masih kecik2 lagi.. dan sekarang ni masih macam tu jugak - kecik2 lagi, tp alhamdulillah tak mati2 lagi, masih hidup segar bugar lagi .. agaknya cukup sejuk (ekon), cukup air (seminggu sekali jer aku siram), cukup matahari (aku tak letak direk kat matahari, tp aku letak tepi tingkap)... tp apa yang mengujakan aku, salah satu kaktus tu membesar dengan tinggi dan panjang...

ni gambar kaktus tahun lepas bulan 8 aku beli .. pendek lagi jari jemari dia


sekarang ni.. makkk aiiii, panjangnyer jari jemari...


nanti kalau aku gi cameron lagi, mesti aku nak beli lagi cenggini, seronok tengok dia hidup dengan jayanya


Cau Cin Cau

Lepak dengan member2..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sabtu 24hb yang lepas kami - aku, lieya, hirda dan sham memang plan nak keluar.. dah lama tak outing..  kami just lepak kat IKEA, The Curve jer haritu.. pagi2 sham dah jemput aku kat rumah.. sampai2 kat IKEA, hirda dan lieya dah sampai.. hirda belanja kami breakfast pagi tu.. thanks poms..


Cik Puan Hirda


Cik Puan Sham


Cik Puan Lieya





Aktiviti kami haritu makan, makan, makan dan lepak2.. lepas kami breakfast, kami terus masuk IKEA shopping sikit2 dan survey untuk barang rumah baru kami nanti.. pas dah beli serba sikit, kami gi makan kat Ayam Penyet pulak.. tp sori ar gambar tak de kat sini..

Pas  makan, jalan2 jap.. then kami lepak kat starbuck, aku mmg niat nak belanjar dorang minum kat sini, ala naik gred haritu, tak salah belanja dorang sesekali.. kan geng... 

aku dan hirda masing2 bawak netbook .. sajer lepak dan skype..




apa benda ntah yang hirda tengah ajar sham
si lieya ni tak abis2 update status kat fb dia.

khusyuk sampai tak sedar lieya snap gambar ni



actually harini 26/4 hari jadi hirda.. tp kami sajer buat saprise untuk dia sempena besday dia.. dah plan dengan si sham dan lieya untuk beli kek dan buat kejutan.. alih2, sham dan lieya balik dari kedai kek, rupanya sham dan lieya plan nak sambut besday aku sekali.. saprise giler

kami potong kek sama2

lepas dah makan kek semua, kami gi IKEA balik sebab nak beli kek DAIM yang super duper sedap ni.. nanti aku tunjuk gambar kek ni kemudian yer


1 kotak = RM22.00 ajer

lepas tu kami gi Watson nak beli Simply Siti ler konon nyer.. tp banyak yang dah abis.. laku betul.. so kami tak beli.. nak cari kat watson lain pulak


kemain lieya menerai lipstik

si sham menerai blusher..

masa nak balik tu, lagi sekali ada saprise dari sham... dia bagi kami berdua present.. wahh best gitu

lieya pun bagi kami bertiga fridge magnet dari Sabah, walaupun dah lama pergi, tp masih ada lagi buahtangan untuk kami bertiga.. thanks poms


Thanks Abang, Shahnon, Shah dan Cooi sebab jaga anak2 kami.. thanks sebab bagi kami outing yer.. untuk Hirda, Happy Birthday dear... untuk Sham, thanks for the cake & present, untuk Lieya, thanks for the cake & fridge magnet.. outing kali ni memang best.. tak sabar for our next outing..

Sunday, April 25, 2010

Tips Menggoda Suami Di Usia 40-an

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Petang ni nak share tips lagi, dapat melalui email.. walaupun kita tak umur 40-an lagi, tp tak salah kita mencuba tips ni.. untuk kebahgiaan rumahtangga kita jugak kan?

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat! Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan, kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal,
terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan. Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak  'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang- tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin. Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.


Cau Cin Cau

Saturday, April 24, 2010

Tips Mandi Wajib Yang Betul

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

ni nak share satu tips yang aku rasa wajar semua wanita islam mengetahuinya.. aku dapat dari email..

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yg betul,ssorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebalikny, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badanny yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.  Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahny di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukanny mestilah mengetahui dan  memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bhgn anggota badan. "Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau

disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah.

"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu.

Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut."

"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw
sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).

"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."


Cau Cin Cau

Friday, April 23, 2010

Gatsby part 2

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ni ada beberapa keping gambar masa kat Gatsby fair tu.. gambar dari kamera nurul dan zana ni sebenarnya.. yang bawah ni aku main boling kelapa.. serius kelakar masa ni.. aku baling kelapa kena kaki orang tu.. nasib baik dia tak marah. heheh

aku + nurul


aku & kupon point untuk di redeem

dan ni la hasil aku yang tak seberapa aku rembat tu...


jadilah kan.. daripada tak dapat langsung..


Cau Cin Cau