Wednesday, August 2, 2017

Restoren Kari Kambing 40 Hari

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Last week balik kampung di Johor .. tak lama 2 malam je.. lepas tu otw balik ke KL kami singgah di Restoren Kari Kambing 40 hari ni.. mmg dah lama sangat teringin nak makan.. tp asyik tak kesampaian aje.. so kalini kami balik awal sikit dari kampung dan singgah sini.. dari tol kulai kami msuk ke tol yong peng.. dari tol yong peng tak jauh pun dalam 8 minit mcm tu ..


Kat sini mmg dari jauh nampak beratur panjang.. tp jangan risau sebab servis mmg cepat.. lagi pun disediakan 2 barisan.. sebelah kanan untuk sesiapa yang nak makan dalam dulang dan sebelah kiri untuk hidangan dalam pinggan.. untuk yang keluarga besar, mmg disyorkan makan dalam dulang sebab lebih berbaloi2.. kenapa berbaloi.. sebab harga sedulang dalam RM48 dan dapat percuma se jug air sirap.. mcm kami walaupun berempat tapi anak-anak aku jenis tak kuat makan.. sangat tak berbaloi amik dulang.. aku pun makan sepinggan tak abis ye.. banyak sangat.. tp mmg lembut sangat2 daging kambing tu.. dan yg penting mmg sedap.. oleh itu kami hanya amik 3 pinggan nasi aje.. 


nasi arab dengan ayam

nasi arab dengan daging kambing


Tengok mereka makan sepinggan .. memang cukup sangat.. bukan kedekut nak belikan sepinggan sorang. tp mmg takkan abis punya.. ada disediakan pinggan polestrin untuk kanak2 nak makan tapi aku tak amik pun. saje bagi dorang makan sama2 sepinggan.. kasi hubungan tu rapat adik beradik.. yang penting mereka tak pernah merungut kene makan share, malah mmg selalu mereka yang request makan share..

Tuesday, August 1, 2017

Photoshoot Raya 2017

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Raya dah pun berlalu.. tak sempat nak cerita apa2 mengenai hari raya sebab terlalu sibuk.. cuma kat sini tetap nak letak gambar kenang-kenangan seperti setiap tahun.. tak lupa juga kami buat photoshoot setiap tahun  (klik untuk lihat gambar photoshoot yg lepas2) .. malas nak cakap apa2.. tengok gambar ajelah ye. cuci mate.. tahun ni kami sepakat memilih kaler purple magenta..



















itu sahaja. nanti aku citer yang lain pulak ye

Friday, May 19, 2017

Trip Gegirl ke Bandung, Indonesia - Day 4 (7 Mei 2017)

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Last day huk huk sedih campur gembira.. sedih sebab kejap sangat masa berlibur bersama kawan2, dah nak berpisah.. gembira opkos la sebab nak jumpa suami dan anak2 kan.. dah rindu semua yg kat rumah tu.. flight pukul 10 pagi.. supir janji nak amik pukul 7.30 pagi.. pukul 6.30 pagi kami dah tercongok depan cafe.. tapi belum siap lagi .. haha cepat no kami ni.. so kami pun apa lagi, amik gambar la lagi untuk pengabisan kali sebelum pulang.. 










Ngam2 pukul 7.00 pagi kami pun sarapan untuk terakhir kali di Chara Hotel, harini buffet, so boleh amik je apa yang ada.. yg hari2 biasa tu ala carte..



Pukul 7.30 pagi, kami pun gerak ke Airport Bandung. ala bukan jauh sangat pun. dlm 10 minit je.. kat airport semua berjalan lancar.. scan bag pun lepas.. bag pun tak banyak. kalini naik malindo kan. so  4 orang =  120 kg.. tp total kami cuma 80kg.. tengok.. bukannya banyak kami berbelanja. wakaka




Airport Bandung dah cantik.. walaupun tak banyak kedai boleh shopping, tp oklah ada jugak yang boleh cuci2 mata.. ada kedai buku, ada kedai ala2 7e, ada kafe utk minum2.. dan ada kedai Mayang Sari (jual brownies) .. so kalau ada yang tak sempat beli brownies di Kartika Sari, boleh je beli brownies kat Mayang Sari ni sebagai ole2 bawak balik mesia.. beli kat airport ni je..


Flight dah sampai, nampak troli bawak bag2 kami masuk dalam kargo

handcarry.. yang ni kalau masuk dlm cargo.. hancus berkecai.. haha
Fligth kami on time .. tak delay dan sampai di Malaysia tercinta pun tepat pada waktunya.. Alhamdulillah perjalanan pun lancar, tak de air turbulence ... kat Imegresen pun bag tak di scan .. jalan terus aje tanpa henti.. sampai kat luar.. suami dan anak2 dah tunggu untuk jemput kami.. Semoga ada lagi rezeki kami berempat berjalan sama2 di masa akan datang dan semoga persahabatan ini kekal selamanya .. Terima kasih Allah atas segala2nya..

Thursday, May 18, 2017

Trip Gegirl ke Bandung, Indonesia - Day 3 (6 Mei 2017)

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari ketiga.. rasa kejapnya masa.. rasa belum puas nak bersama-sama kawan2 .. esok dah nak balik.. pagi2 mcm biasa kitaorang breakfast di hotel aje.. makanan pun sedap harini. Alhamdulillah..

ceria muka masing-masingkan

mee hoon goreng

Singkong Keju.. sumpah sedap.. teringat2

nasi goreng

Spagetti Olio



Harini banyak destinasi nak pergi.. sebab hari last nak shoppingkan.. esok dah nak balik nanti tak sempat.. jadi harini kene laju2kan aktiviti.. pagi2 kami tetap pergi sightseeing dulu.. jadi kami ke Floating Market dulu .. cuaca pun ok.. cerah dan panas..  untuk masuk ke FM ni, kene bayar Rp20,000 = RM7.00 .. tp tetap berbaloi sebab nanti boleh tukar dengan air minuman.. 














Lepas dah pusing2 sekitar FM ni, barulah kami pergi ke tempat makan yang disediakan.. ha kat sini barulah nampak ada orang jual2 atas sampan.. barulah namanya Floating Market..  kat sini harga makanan semua antara Rp5,000 - Rp30,000.. dan kalau nak beli makan, kene guna token.. 









inilah tokennya.. yang kuning Rp5,000, yang biru Rp10,00 dan merah Rp20,000

kami beli pisang sangkuriang dengan Satey Kelinchi (Satey Arnab)

air minuman ni kami tukarkan dengan voucher yang mula2 masuk tadi.. jimatkan?





Lepas dah sejam lebih kat dalam ni, kami terus keluar.. plan asal nak makan siang di Rumah Makan Sapu Lidi, tp dah kenyang makan satay kelinchi dan pisang sangkuriang. so kami skip makan dulu.. lalu kami teruskan ke destinasi melontar yang pertama iaitu pi beli perfume .. kat bandung ni banyak gak tempat yang jual perfume, tp aku dah 2 kali ke Kowani Perfume ni.. so far ok puas hati lah. harga pun ok.. sebotol Rp 65,000 = RM22.00 (lbh kurang) murah kan... kalau beli banyak boleh buat mandi. hahaha




tak banyak pun kami beli.. ni hasil untuk 4 orang.. ada yg beli lg banyak dari kami .. yang ni belum letak penutup lagi

aku beli 5 botol aje.. banyak lagi benda lain nak beli .. karang tak cukup duit. hehe

Lepas beli perfume, kami teruskan perjalanan pergi ke Pasar Baru balik.. sebab nak repeat beli telekung kiriman orang.. pastu beli kerepek tempe, pisang salai dan kerepek2 lain.. dah siap, kami pergi ke Kartika Sari.. 



Benda pemes dan wajib beli di Kartika Sari ialah Bagelen.. sebelum ni ada 3 perisa iaitu Butter, Special Cheese dengan Mocha.. tapi masa aku pergi dah ada Bagelen Almond.. so kalini aku skip beli Bagelen Mocha.. rasa Bagelen ni mcm biskut kering, tp dia tak keras, lembut dan rasa enak.


Lepas tu kami pergi cari lagi baju2 di FO Jalan Riau .. belum sempat singgah ke FO, kami pekene Es Durian dulu.. dah mahal korang.. dulu2 aku pergi baru Rp7,000 je.. now dah naik jadi Rp12,000.. tak tau la dia saja nak ketuk kami kot.. (mana tau tgk pelancong kan)

lama tak makan..


Sambil2 makan Es Durian, ada yang datang tanya, nak beli pen tak. boleh engrave sekali.. mula2 tak nak. tp pikir2 balik.. ok gak kan .. buat untuk Hari Guru. boleh kasi kat cikgu anak2.. pastu buat sekali pen untuk aam dan emily.

kreatif derang ni



tak banyak pun beli.. 
Lepas dah abis shopping semua di FO, aku singgah di Istana Boneka .. nak belikan untuk anak dara aku tu. sian kat rumah tunggu ole2. hehe.. 



ada sale masa ni.. seekor teddy bear ni after less 50% harga dia Rp69,00 .. dapatlah sepasang
Dah puas satu hari kami berjalan.. perut pun dah lapar. tapi yang nyata kami semua puashati sebab dapat pergi semua tempat yang kami nak pergi.. yang repeat pun dah repeat.. yang teringin pun dah dapat.. baju yg nak dicari pun semua settle.. dan kami pun suruh supir carikan kedai makan .. oleh sebab last day dah ni.. so kami pergi makan sedap sikit di Tjendana Bistro iaitu kedai makan selera Indonesia dan Asia .. Cozy gak tempat dia ni.. 




Manggo Chicken

Tomyam Seafood

Prawn Salted Egg

Kangkung Belacan

Tamat hari ketiga dengan penuh kelegaan, kesyukuran dan kegembiraan sebab semua berjalan lancar.. balik hotel, tak dan nak SPA sebab ada aktiviti lg best.. iaitu baju yang kami tempah dah siap.. malam tu kami semua posing2 sakan pakai baju kurung sulam baru.. tapi tak leh la letak kat sini sebab masa tu kami snap2 semua free hair dalam bilik .. mmg seronok la melaram sakan malam tu.. pastu packing2 barang semua dan tido.. esok pagi2 nak bangun dah