Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Lama tak bersiaran..harini aku nak share aktiviti aku dan kawan2 kat opis... buat colek betik or jeruk betik la lebih kurang.. ada sorang member aku ni mengidam nak makan.. haritu beli satu bekas kat Ikano tak puas makan. so dia beli betik muda dan buat kat opis.. rajin sungguh.. bahan2 tak banyak... yang penting betik muda, cili padi, cuka buah, garam, gula dan belacan
Memula kupas betik muda... pastu potong ikut suka
 |
| pastu potong kecik2 atau ikut suka la |
pastu potong cili padi halus2.. kalau nak tumbuk pun boleh
 |
| mula2 tuang cuka buah |
pastu taburkan garam dan gula secukup rasa
kami guna belacan sabah.. belacan lain pun boleh juga
lepas masukkan belacan, kacau sebati. pastu masukkan cili padi
agak2 dah larut dan rasa pun secukup rasa, masukkan betik muda tu
 |
| gaul sebati... dah siap.. tp kitaorang perap dalam 3-4 jam. baru makan.. umphh! |
Selamat mencuba!