Thursday, March 27, 2014

Celebrate di Chillis & Pandora Teal Faceted Glass

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sabtu lepas asben aku bawak kitaorang pi Chillis kat OU.. ala kiranya nak celebrate besday girl la ni kan... hehehe 


 sekarang ni favourite budak2 ni aiskrim magnum.. seminggu 2-3 kali mintak. adoii

Menu kitaorang pun simple2 je.. tak delah beria2 sangat.. ni pun sengkak nak mengabiskan
 

Cheese Pizza for kids.. free

Ayam goreng for kids.. free

tukang baca doa

yang dirai. hehehe

Emily

Farhan

En Asben
 
Aku punya Fajitas Trio

Asben punya... lupa nama dia

Lepas makan, kitaorang jalan2 kejap sebab dah malam kan.. pastu kami singgah TANGS di kaunter Pandora... en asben beli kan aku 2 biji lagi charms Murano Teal Faceted Glass ni

Pandora Teal Faceted Glass

Jeng Jeng Jeng.. terus pakai..
Sebenarnya beli kaler ni sebab nak lawankan Glass Murano aku yang biru tengah2 tu.. diakan tak de kawan sebab aku dah seperatekan dengan Glass Murano Merah Cinta Hatiku .. ingat tak entry NI?



ni la dia tema ala2 kebiru-biruan pulak.. mix and match yang lama... eh yang dagling pasport dan stiletto tu aku beli dah lama juga.. tp tak pakai lagi....

Tuesday, March 18, 2014

Alhamdulillah.. dah 38 tahun ..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Syukur Alhamdulillah genap 38 tahun harini .. masih dapat bernafas dengan nikmat dari Allah swt. semoga harini dan hari yang akan datang adalah lebih baik dari yang masa lalu.. sesungguhnya masih banyak perkara yang aku perlu pelajari, dan perlu kuat dan tabah mengharungi hidup yg lebih mencabar..

Ya Allah Kau berikanlah aku rezeki yang melimpah, ilmu yang bertambah dan kasih sayang yang bercambah untuk aku bahagikan, kongsikan dan berikan pada orang2 yang dekat denganku...


Cik Puan Mimi

Thursday, March 13, 2014

Jewellery Box Pandora jauh dari Perth Australia!

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

1stly, sejak dari peristiwa kehilangan MH370 tu mmg kita semua sedih sangatkan.. teringat2 sampai sekarang, hidup lagi ke, atau dah tak de ke.. cuma 1 harapan kita semua agar semua yg berada dalam pesawat MH370 berada di dalam keadaan yang baik dan pulang segera ke pangkuan keluarga tersayang .. dlm banyak2 tu, aku terbayang2kan anak kecil / baby dlm pesawat tu, cukup minum susu kah?.. sihatkah? bagaimana pula jika ada warga emas dalam tu, atau ada penumpang yang cedera.. alahai sedih tak dapat dibayangkan.. aku pun tak mo ulas pasal citer2 yg aku terima dari whatsapp mahupun fb, sebab aku tak pandai olah, kang aku takut lain yg di olah, lain yang orang paham.. so tak pelah.. yg penting aku doakan semua selamat.. Insyallah


ok ingat tak entry sebelum ni aku citer pasal aku beli jewellery box pandora dengan kawan aku dari Perth tu.. alhamdulillah semalam dah sampai.. cantik sangat jewellery box pandora tu.. berbaloi rasanya beli.. sebab kalau tak letak pandora dalam tu pun, still boleh letak barang kemas or accesories yg lain..  jewellery box yang aku beli ni maybe keluaran aussie kot.. sebab bila aku google, rupanya banyak jenis jewellery box pandora ni ikut negara kot .. mcm2 pattern.. kalau nak tengok korang leh google ok.. cantik2 belaka... oklah jom tengok aku punya ..



kotak ini berat dan cantik.. mmg puas hati.. yang ada 4 batang tu kita leh letak charms yg kita beli.. kat setiap batang tu kita boleh buat ikut tema.. contoh 1 batang tema purple, 1 batang tema biru.... kalau tak pun, kita leh seperatekan charm2 kita... 1 batang kita letak semua charms murano.. 1 batang lagi kita letak semua charms openwork, pastu 1 batang lg boleh letak clips or spacer pulak.... andai kata kita tak banyak charm nak isi pun dalam kotak ni, kita leh letak accesories kita yang lain.. so tak menyesal beli pun..

Pastu kawan aku ada tunjuk promo kat Aussie, beli AUD150 dpt free bangle.. menarik kan.. cuba tengok promo kat bawah ni

yg aku targetkan bukan kotak  (walaupun cantik) tp sebab promo tu, dapat bangle tu free.. ye free tau.. dah la bangle ni limited edition sebab cangkuk / kancu dia tu pave heart.. mmg cun abis!

Korang dah tengok pandora spring 2014, summer 2014 dan mother's day 2014 punya collection? meh tengok sini.. juling mata tengok.. cantik2

cantiknya la hai yang butterfly set ni kan


kaler stirking abis



yang ni pun cantikkan





semua cantik2kan.. aku suka yg butterfly atas tu....

Thursday, March 6, 2014

Pandora Merah Cinta Hatiku

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Amboi tajuk tak agak2 kan... hahahah.. sebenarnya aku mmg plan nak buat tema untuk pandora aku ni.. giler berangan nak buat 3 - 4 nak tema mengikut kaler.. mcm la banyak duit. hahaha tak pe boleh beli sikit2kan.. kadang2 bila aku berangan aku bukak link INI untuk aku rekacipta pandora mengikut selera aku..

Masa kali pertama haritu en asben dah belikan aku charms murano kaler merah dan biru .. dan aku suka sangat dengan murano merah love2 aku tu kan.. so aku plan nak buat tema merah dulu.. yg charm murano biru tu aku simpan dulu.. nanti boleh buat tema biru plak kendian.. jom kita tengok dulu charm yg sebelum2 ni..

ni masa kali pertama beli.. hadiah anniversary yang ke 10 tahun .. kiranya baru ada 5 charms la mcm tu

pastu cik abang tambah charm mother and doter tu.

pastu kitaorang add charms ni.. nama dia Red Pave Ball Charm..

pastu aku tambah sendiri beli ni Openwork Open Your Heart ..
 
pastu aku add daisy safety chain ni...
 
ni lah dia Pandora merah cinta hatiku.. hahah sebab banyak love2 kan.. tu jadi tema macam tu.. kikiki
Cantik tak?? cepat cakap cantik, kalau tak aku merajuk kang... Aku beli charm semua sikit2.. tak beli serentak.. kalau beli serentak mau pitamss... bila ada duit baru beli... lg satu aku tak suka sarat barat dalam 1 bracelet. cukup la ni ... pastu dah boleh beralih ke tema baru plak..  yang charm biru dan daggling logo pandora tu aku keluarkan dulu.. nanti leh letak kat tema lain..

Pastu baru2 ni kawan aku yg stay kat Perth ada jual pandora (bukan agent, just tolong beli untuk kawan2 je).. dia mmg beli kat Butik Pandora kat sana.. mmg harga murah dr sini kalau time on sale.. so aku ada beli box pandora kat dia.. insyallah next week sampai.. tak sabar rasanya.. lg satu pulak, tak lama lagi ada promo Mother's Day tau.. untuk promo di Perth (tempat lain aku tak tau) beli apa2 items/charms yg bukan dalam sale sebanyak AUD150 (sila darab 3.2) akan dapat 1 bangle percuma.. bangle dia pun cantik okeh.. ok nanti aku sambung citer pasal promo Mother's Day tu esok tau.. ni tengah ada kerja sikit

Tuesday, March 4, 2014

Cerita lama..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Assalamualaikum... lama betul aku tak update.. tak de apa2 citer menarik.. dari merapu atau meraban lebih baik diam.. betul tak..

Sepatutnya cuti sekolah bulan 3 ni aku nak pi bercuti ke langkawi anak beranak..tapi rasanya mcm tak jadi je.. sebab en asben aku baru je memulakan sesi sekolah  kelas master dia minggu depan.. so takkan nak pontengkan.. melainkan di saat2 akhir, kelas master dia tu batal.. boleh la kami enjoy-enjoyan di Langkawi.. tp rasanya mcm tak de harapan jek.. takpelah kalau tak pergi kalini maknanya tak de rezekilah yer farhan emily.. tak pe nanti mama dan papa bawak korang berdua pi tempat lain pulak ye anak2, yang boleh main pasir2 dan mandi laut..

Ni, saje aku nak citer, kalau korang nak tahu, aku ni ada habit kalau masuk hotel tau.. setiap kali aku masuk hotel, lepas letak bag, aku akan pastikan barang2 dari dalam bag tu aku punggah keluarkan dan susun2.. mcm kat rumah sendiri tu... mmg dari dulu aku mcm tu.. dan aku tak suka bilik hotel aku sepah2.. kalau sepah, aku yg stress.. kalau baju yang dah guna seharian haritu, aku terus lipat dan masuk dlm plastik laundry.. terus simpan dalam bag... mmg tak suka tengok baju longgok2.. stress mata aku... 

Masa aku gi hotel ni, aku menginap kat hotel New York JB.. ikut en asben gi kursus. bulan 12 haritu. haha lama kan. citer dah basi la ni.. stay kat sini 3 malam.. sempat singgah singapore sehari mcm tu.. jom la aku citer sikit2

tu dia berderet2 bag
ni stok makanan ..mmg aku susun siap2..  senang anak2 lapar terus je boleh makan..
alat2 mekap semua aku letak kat meja solek...
kasut2 aku wajib susun depan pintu toilet.. kalau anak2 aku tak susun, mmg aku bising.. anak2 aku pun tau, masuk2 bilik hotel, wajib susun kasut.. kalau tak, bernanah telinga derang kene dengar aku berleter..
 
lepas tu, aku akan susun baju2 yang nak pakai untuk esok, kat atas meja.. dari baju jalan, spender, stokin, baju tido.. semua aku susun 1 tempat.. esoknya plak aku susun baju yang nak pakai untuk lusa plak... (so anak2 aku pun senang amik, tak de la derang sibuk nak kirai baju bag luggage).. baju dalam locker pun aku terus gantung hanger.. tp lupa nak snap gambar.. hehehehe
aku rasa semua orang pun habit sama mcm aku kot.. tp aku ni je terlebih kadang2 over nak perfect. . (pdhal tak de la bagus mana) hehehe

ok jom skodeng anak2 aku plak bila masuk dlm bilik.. semenjak farhan ada hp sendiri, ligat dia mengambil gambar.. model dia, of course la adik dia tu kan..

ha tengok tu.. kemain lagi ..
tu dia... nampak tak, kemain semangat lagi amik gambar model kat bawah ni..
model farhan ni.. hehehe
amik gambar dari cermin tingkap..  ms siang tak berapa cantik  pemandangan, tp bila malam masyallah cantik sangat.. sebab tingkap cermin kan. so boleh nampak lampu sana sini.. mmg cantik sgt
ni la model kesayangan saya
   
esok petang kami sempat singgah ke singapore.. jalan2 kejap, makan angin..