Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Ok semasa aku buat persiapan nak mengerjakan umrah ni, aku ada la sepasang beli telekung baru., dan 2 helai tudung ihram . Bak kata ustaz yang bagi ceramah kursus haritu, jangan la bila kita ada jemputan dinner, jemputan kawin ke, kita kene beli baju baru lip lap lip lap, mahal2 dan cantik.. tp bila dapat jemputan dari Allah s.w.t, kita pakai tudung lama yang dh kusam... kita juga sebenarnya harus berpakaian baru dan cantik untuk mengadap-NYA kan.. so aku pun google dan terjumpa la website
SitiKhadijah ni .. oleh sebab butik Siti Khadijah ni di Bangi, so lepas
Majlis Harijadi Dayyan, aku pun pergi la beli telekung baru. oleh sebab tak familiar jalan Bangi ni, sesat gak la aku. hehehe
ni butiknya.. tak besar tak kecil, tp cantik dan kemas di dalam
memula takut gak nak snap gambar kat dalam ni (siap curi2 gambar dengan hp), tp pembantu butik ni tersangattt la baiknyer. dia tak kisah pun.. terus aku snap pakai kamera. hehehehe
ni la dua orang adik manis yang baik hati ni..
pelembap bibir ni bagus sebab kat sana, kita tak leh pakai benda2 wangi2 time dalam ihram..
kebetulan time aku pergi tu ada promosi adam. dapat diskaun sikit ler..
oleh sebab adik tu baik hati, masa fitting telekung tu, dia suruh aku cuba satu persatu telekung kat situ.. dia kata tak pe la kak, terai jek semua..siap cakap nak tolong aku amik gambar lagi. ok layannn jek la.. ok meh aku terangkan satu persatu.. kat SK ni ada 3 jenis telekung..
TELEKUNG SITI KHADIJAH ORIGINAL
gambar kat atas tu nampak kembang sebab aku pi cekak tangan kat pinggang. lepas dari tu aku tak cekak pinggang dah.. ok kat bawah gambar close up.. telekung yang ni cantik, tp aku kurang minat..
TELEKUNG SITI KHADIJAH KLASIK,
ok aku beli telekung yang ni.. sangat2 sedap pakai sebab melekap kat muka. kalau nak beli kene fitting untuk tau muka kita saiz S, M or L .. walaupun muka aku bulat bak pinggan arcopal, tp mmg selesa la pakai
TELEKUNG SITI KHADIJAH MODEN.
Ok yang ni pun cantik gak.. tp aku lebih minat yang jenis klasik.. kalau korang rasa nak tengok betul2 lagi secara dekat, korang leh pi website dia. boleh beli secara online atau lawat FB dia tau.. kalau nak pi websit dia, sila masuk
SINI
Ok tu ajer la, kot2 mana tau ada yang nak beli telekung baru sempena nak raya kan, kot2 nak hadiah kan kat mak ke, mak mertua ke, atau pun untuk persiapan korang nak pi umrah dan haji ke, boleh la beli telekung ni. insyallah puas hati walaupun harga dia mahal sikit. ala beli tudung FAREEDA boleh, takkan beli telekung buat sembayang tak boleh kan........
entry autopublished