Friday, June 28, 2013

Info Hari Jumaat - Rahsia Taugeh

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Salam pagi Jumaat ... Ok sajer nak share dengan kawan2 semua ...




Menu TAUGEH untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Taugeh dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)


Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.


Saponi dalam taugeh, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur taugeh janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi,
 
JOM kita ramai-ramai makan taugeh hari-hari..

gambar sumber dari : -
www.tiffinbiru.com

Thursday, June 27, 2013

BAK House of Tailoring Gombak

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Haritu kat FB aku ada tanya butik mana ada jual baju raya sedondon ibu dan anak.. rata2 aku dapat feedback di BAK Tailor .. ye lah lagi 2 minggu dah nak berpuasa.. bila dah puasa sure dah tak larat nak cari kan.. kalau ada size oklah, kalau tak de size kan dah susah. lgpun susah nak cari butik baju ibu dan anak sedondon .. kalau ada pun, design tak berapa menawan kalbu.. hehehe ... kalau baju untuk si ibu sahaja mmg berlambak2 sekarang ni.. merata2 ada jual.. bila nak tempah jahit baju plak, rata2 dah tak mo terima tempahan. huhu sedih.. so bila aku dah dapat info mengenai butik BAK, aku pun bgtau la kat asben then dia kata nanti pergi lepas dia abis exam.. aku Ok je..

BAK ni ada banyak Cawangan tau.. Antaranya BAK House of Tailoring di Jalan Gombak, BAK Bunus di Jalan Tunku Abdul Rahman, BAK Wisma Yakin, BAK Anggerik Mall, BAK Kota Damansara dan ada 2-3 BAK lagi.. Ok aku pun pergi ke BAK House of Tailoring di Jalan Gombak.. masa aku pergi ni tak banyak design yang ada.. yang peplum seperti gambar bawah ni pun ada di BAK Cawangan Bouvelard.. tp kat Jalan Gombak tu ada 2 design ajer.. tp kain dia mmg cantik2 dan berkualiti.. memula macam nak pakai peplum.. tp asben kata hari raya pertama pakai baju kurung moden, yang peplum boleh pakai raya ke dua ke tiga.. baiklah cik bang, saya yang menurut perintah.. Kat sini saiz paling kecik adalah 6 bulan ok.. so tak yah bimbang kalau baby kecik anda tak de baju kurung.. compem ada.. sure comel kan.. dan harga untuk setiap baju bergantung pada saiz dan design.. lg besar umur, lagi naik sikit harganya..


Bak House of Tailoring Jalan Gombak.. rumah banglo
cuba tengok .. dari jauh dah nampak cun kan kalau sepasang anak beranak
tara... aku dah beli, tp mana leh tunjuk awal2. heheheh nanti tak seprais.. korang tema apa tahun ni??

Aku tanya budak tu, eh BAK tu apa.. rupanya nama tokey kot.. BAKHTIAR.. hehehe. oh ye masa aku beli ni dapat 10% diskaun.. oklah tinggal beli kasut dan tudung raya jek ni..

Wednesday, June 26, 2013

Worless Wednesday - Coach Outlet @ CityGate Hong Kong

Salam Bismilillah
Mama Farhan & Emily


Bought this from Coach Outlet @ CityGate Hong Kong

of course my favourite color .. sangat2 la taste Nazathul Hamimi kan
yang lama tetap dalam ingatan.. Terima kasih sayang.. jasamu ku kenang sampai bila2..


Tuesday, June 25, 2013

Mee Tarik Warisan Asli Hassan

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ahad 2 minggu sudah kami ke UPM hantar anak buah asben masuk U.. ala bukan baru masuk, tp dah semester 3 dah pun.. sajer la dia datang rumah, so kami hantar dia balik U semula.. lepas hantar kami plan nak makan kat sini.. sebab terbaca kat blog LieyaLatif yang pernah makan kat sini.. so marilah kita cuba.. Sebelum pergi tu siap bukak google maps okeh.. nama je orang KL tp seme harapkan google maps ni. hahaha.. ni alamat kedai tu.. aku copy je dari blog Lieya. hahah Lieya jangan marah..

Alamat Kedai Mee Tarik Warisan Asli Hassan :
Mee Tarik Warisan Asli 
51A, Jalan Tasik Utama 3
Medan Niaga Tasik Damai
Sg. Besi 57000, KL
017-8768960 / 0390543209


tak susah cari.. kalau ikut betul2 google map tu pasti jumpa





Lepas asben tulis menu apa yang hendak di makan. aku dan anak2 gi tengok orang ni buat mee tarik.. dari doh tu dia tarik2, kirai2, jadilah mee




kalau ikut gambar tu ada dia tunjuk taktik pembuatan mee tarik ni.. kalau aku?? pakai mesin uli mee sudah. hahaha
tu dia dah sampai. tp serius aku lupa apa nama-nama mee ni.. tu le mesti makan banyak semut ni.. pelupa nau sekarang ni
 

ha ni wajib cuba.. Toothpick Lamb.. sedap gak..



over tau Emily ni.. yang kiri tu buruk nau makan.. sampai tinggi tarik mee..
haaa yang kanan tu baru sopan sikit..


Jemputlah datang beramai-ramai.. promote sikit.. pernah masuk JJCM tau Mee Tarik Warisan Asli ni..

Monday, June 24, 2013

Ice cream Nutella

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok harini nak citer pasal ice cream pulak.. haritu ada baca kat fb, ada yang share pasal ice cream nutella.. nampak macam sedap. dah la senang sangat2.. bahan2 pulak mmg mudah didapati. anak2 mmg suka giler2 dengan nutella.. jadi aku pun try & error la buat ice cream segera ni.. kebetulan plak haritu gi disneyland, asben beli bekas ice cream ni.. tp rasanya banyak tempat yang jual.. boleh guna juga


bekas ice cream.. wajib ada

boleh guna susu kotak or fresh milk apa2 jenama.. dan semestinya Nutella ye..

Ok aku guna blender untuk mensebatikan batter ni.. boleh juga guna mixer kalau ada la.. oh ye ni blender ni mmg aku beli bekas dia asing.. khas untuk blend benda2 selain dairpada cili... kang guna blender yang pernah blend cili, pedas lak ice cream ni kang

aku sukat acuan ice cream tu ngam2 1 cawan susu dan aku masukkan 1 sudu besar nutella.. kalau nak lagi pekat, bubuh nutella lebih sikit .. tp kalau sembelit aku tak jamin..

blend la sampai sebati

ruang dalam acuan

sedap pekat melekat..

dan sedia untuk di simpan di peti ais semalaman..

tu dia dah keras.. A'am dah tak sabar terus gigit..

sedapnya mama... esok buat lagi tau.. baiklah anak2..

Friday, June 21, 2013

Trip to Hong Kong – Souvenir

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok Insyallah ni last citer pasal HK.. Aku nak share apa souvenir yg aku beli masa kat HK and the price for reference korang. . tp mana tau korang pun yang nak ke sana terfikir2 apa nak belikan. so boleh la tengok kalau ada yg kenan .. tapi ada banyak gak orang2 yang kirim .. so aku dapat duit balik la.. ok lah kan..

beli di Ladies Market.. murah sikit dari Disneyland .. ni semua untuk kawan2 emily dan farhan kat sekolah.. ada 3 papan keychain dan 2 papan nail clipper.. semua gambar Disney.. oklah, kalau nak beli semua dari dalam Disneyland mau kopak aku.. so beli kat Ladies Market sudah. hehehe .. harga untuk 5 papan tu dalam RM100.. satu biji jatuh RM 4... ok lah kan..

ni plastik dari Disneyland.. setiap kali beli barang aku request small plastic bag untuk bg souvenir.. derang mmg faham dan sangat tak berkira..  banyak plastik ni aku simpan... sayang


aku dah siap packing untuk diedar kepada family, BFF, cikgu2 emily dan farhan, dan yang membuat kiriman pada aku..

FM Photo Frame.. HKD 75
FM Photo Frame.. HKD 75


FM Photo Frame.. HKD 75
FM-FM di atas adalah kiriman dari orang yer. so orang bayar balik kat aku .. apa kejadah aku nak beli banyak2 untuk diri sendiri kan. HKD 45 each
my lovely shot glass.. sayang sangat .. HKD 68 each

cutekan pensel ni... ada pemadam.. HKD 38 each

minat giler dengan cawan ni... aku beli .. HKD 88

aku beli kat airport.. bergegar la plak gambar ni.. harga kat airport standard lah kan.. sekeping RM 20.. ni duit saki baki aku dapat duit deposit return octopus card.. sapa ikuti blog aku tentu faham...
Beli FM ni di Ladies Market ... FM ni souvenir kepada rakan2 opis dan kawan2 yang rapat dengan aku.. tak larat semua nak beli di Disneyland kan.. so aku beli kat Ladies Market je.. murah je korang.. tp kene pandai tawar yer.. harga dia letak memula tak masuk akal.. memula dia letak RM15 sebiji.. last2 aku dapat sebijik RM4 je.. material besi dan ada diamond, sangat2 cantik .. gambar ni pun tangan aku parkinson..

ni close up sikit.. dia lebih kepada pembuka tutup botol gitu la


Topi telinga mickey.. free embossed nama Farhan dan Emily.. cute kan.. 1 ni HKD 58


pakai terbalik sebab nak tunjuk nama..



Keychain yg aku beli masa breakfast kat Enchanted Garden .. mahal sikit, tp tak pe kenang-kenangan .. 1 keychain dalam RM20.. setiap keychain ada signature dari Mickey Mouse dan Daisy Duck

showel gel.. beli kat SASA .. 1 botol HKD 35.9 = RM 14.50