Monday, August 30, 2010

Happy 7th Anniversary

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah syukur padamu Ilahi, kerana perkahwinan kami telahpun mencapai 7 thn (30 Ogos 2003 - 30 Ogos 2010).. aku amat bersyukur perjalanan hidup ni semakin lama, semakin serasi bersama, walaupun biasalah adat dalam rumahtangga pasti ada pahit manis suka dukanya, tp alhamdulillah kami laluinyer dengan tabah.

Abang,
Terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab.. insyallah mimi akan selalu di samping abang tak kira suka atau duka, tak kira susah atau senang, insyallah kita akan lalui bersama.. sesungguhnya, mimi dan anak2 amat menyayangi abang sehingga akhir hayat kami..

pic tahun lepas (raya 2009)

Friday, August 27, 2010

Nuzul Quran

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini Nuzul Quran, rasanya ramai yang tau.. dan ada beberapa negeri termasuk Selangor cuti sempena Nuzul Quran. ramai ke yang tau Nuzul Quran tu apa? ok nanti kat bawah ni aku share dengan korang untuk kita sama2 menghayati Nuzul Quran itu..

Nuzul Quran pada tahun 2006 amat bermakna bagi diri aku kerana pada hari tersebut iaitu 10 Oktober 2006 bersamaan 17 Ramadhan aku telah melahirkan seorang puteri yang comel.. sapa lagi kalau bukan anak dara aku tu kan.. ok sempena hari lahir dia harini, maka petang nanti kami akan berbuka puasa di luar.. nanti2 aku story mori ok.

Ok ni nak bitau lagi sekali kalau ada yang kurang tau, sekarang ni kat pejabat aku, blogspot dah kena block. dah tak leh bukak, nak bagi komen apatah lagi kan. jadi malam2 sahaja yang aku dapat melawat blog korang .. tp waktu malam  pulak kan terhad .. macam2 benda nak buat..  di pejabat ni aku mmg guna berukbeng, tp lembab nak loading. jadi paham2 saja lah.. buat kawan2 semua jangan kecik hati kalau aku lambat komen di blog kamu semua.. dan untuk kawan2 yang baru nak berkenalan dan bg url tu, jangan risau, nanti aku akan masukkan url blog korang di blog list aku, dan aku akan lawat satu persatu.. terima kasih semua.. sayang korang..

Ok moh kita sama2 menghayati Nuzul Quran.. bab2 ni kita kena amik tau.. jangan asyik nak tau pasal benda lain jer.. hal2 agama kena amik tau jugak (aku ler ni, hehehe)

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Thursday, August 26, 2010

Kasut raya Farhan & Emily - Clarks

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Balik JB hari, time sama beli Dokoh kat Angsana, aku telah TERsinggah kat kedai Clarks, memula cam nak survey2 dulu, tp last2 TERbeli pulak.. hehehe ayat tak boleh blahhh..

Ok aku memang suka kasut clarks kanak2 coz design dia cantik2.. memula nak belikan kasut ala2 feminin sikit la kat dia, tp dia pilih kasut kat bawah ni... kasut ni ada lampu2 bila berjalan, tu pasal agaknya dia suka...




lampu2 tu keluar kat bunga tiga kuntum tu..


ni kasut farhan, sajer beli kaler brown, asyik hitam je kan.. so kalini kasi dia nampak cam dah kanak2 besar sikit .. yer la kan, tahun depan nak masuk darjah 1 

  

** ni entry bukan untuk menunjuk2.. tp untuk kenangan pada masa akan datang, terpulang kepada anda untuk menilai..

Wednesday, August 25, 2010

Apa isi di dalam beg si Dora The Explorer ni

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam aku memang bawak beg comel Dora ni gi opis.. hajat memang nak tengok apa yang ada isi dalam beg ni, sebab aku takut banyak dah hilang .. ada yang lengkap sepasang, ada yang tinggal sebelah jer.. so aku nak tengok la mana2 yang patut .. kot2 nak beli lagi yang baru ke kan..eh aku cakap2 ni faham ke apa sebenarnya aku nak cari ni. hehehehhe, ok lah sebenarnya kat dalamn beg Dora ni ada isi aksessori rambut emily la.... banyak dah hilang sebab anak dara tu asyik buat main jer.. so aku nak kemas kini dia punya aksessori rambut.. kalau tak cukup, compem kena buat penambahan apa2 yang patut.

ni ler beg aksessori dia


tengok tu macam2 ada.. spek hitam abang dia pun ada terselit kat dalam bag ni


tu dia aksessori kaler pink.. mmg banyak..... tapiiii banyakkkk jugak dah hilang... grrrrrrrrrrrr...


act yang 3 di bawah ni baru beli,


ni yang kaler lain2 punya .... putih, coklat, pepel, merah dan hijau


bila dah campur2 gini la jumlahnyer.. rasa cam nak beli kaler lain sikit kot, nak cari kaler kuning, biru, purple... kena cari kat SINMA la kot.. opss ni semua untuk preparation hari raya jugak la kan.. nak kena cari sama tema dengan baju raya.. hehehehe


ni plak spek mata dia - BARBIE


mickey mouse



 Dora



sebenarnya ada lagi  2 speck mata ... tp ntah hilang ntah ke mana la si emily tu buat main.... gitu la kan kalau ada anak dara ... serba serbi nak lengkap.. tu pun asal aku ajak potong rambut, jawapan standard dia  " potong rambut depan jer, rambut belakang tak payah.. adik nak ikat rambut" ...

Tuesday, August 24, 2010

Mari kongsi link blog anda

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Saban hari aku terima dari banyak komen ... aku suka sebab walaupun  aku tak kenal mereka tp mereka sudi bg komen dan bg salam perkenalan kat blog aku ni ..  jd agak kurang sopan kalau aku tak buat lawatan balas kan.. jadi aku nak minta jasa baik mereka yang pernah tinggalkan komen dan salam perkenalan, tp senarai nama blog mereka tak de dalam list aku (boleh refer kat sebelah), .. boleh tak kamu2 semua tinggalkan link blog kamu di ruangan komen, nanti aku letakkan URL korang kat bloglist aku... dan jugak pada sapa2 yang baru nak berkenalan juga di alu2kan... jadi pada sapa2 yagn nak tukar2kan link, sila la jangan malu2.. aku betul2 nak berkenalan ni... kadang2 tak tau dah nak gi blog sapa kalau aku dah abis buat blogwalking kat bloglist aku tu..

Lucky Draw RASP

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ingat tak ENTRY ni ... ye aku telah MENANG Lucky Draw sis RASP ni.. tak sangka sangat. aku dapat hadiah ni hari jumaat lepas.. so meh tengok apa yang aku dapat...


mesej pendek dari Sis RASP


ada brooch yang comel ni kan..


yang paling aku suka.. apa lagi FM la.. act dia mini magnet clip, tp aku lekatkan kat kabinet 4 laci tu.. aku suka sangat sebab bentuk ❤


yang ni plak mini perfurme .. bau cedap sangat... wanggiiii


Thank You Sis RASP... i dah jumpa dia personal tau.. dia memang sweet sangat.. walaupun anak dia dah besar, tp dia nampak awet muda... i likee.... sis, apa petua kekal muda???

Monday, August 23, 2010

Tutorial Autopublished

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

1st nak minta maaf, coz blogspot baru di block di opis, jd aku tak boleh nak komen kat blog korang.. aku dah try bukak blog korang melalui berukben, tp lambatnyer nak loading.. nak komen apatah lagi.. kalau ada pun 1/2 jam baru dapat tengok satu blog.. so harap maklum kalau aku tak sempat nak komen kat blog korang di siang hari .. insyallah waktu malam aku komen, dun wori ok..

Ok petang ni, aku nak buat tutorial lg, tp rasanya ramai dah tahuuuuuuu pasal tutorial ini.. ok ni adalah request dari seorang blogger iaitu Lynn Hamzah.. so entry ni khas buat beliau dan juga pada blogger2 yang masih baru dalam dunia blog ni ok..

LyNn HaMzAh said...



terima kasih cikgu...hehehe...info berguna nie...kak, tolong buat tutorial macam mana nak buat auto published entry plak...lynn memang nak belajar sangat...hr sabtu ahad memang x sempat nak buat entry...jd kalau tahu buat auto published entry memang best arr...

Aku memang setiap hari buat entry autopublished, jarang sangat2 buat entry di opis yer.. (almaklum berukben sangat lembab - sakit hati, so memang tak boleh buat entry di opis, manakala kat opis dah lama blogspot kena block) .. hari2 setiap malam, aku akan pastikan ada entry untuk setiap esok hari dalam  pukul 8 pg dan jugak 2 ptg... kadang2 untuk seminggu aku dah siap buat autopublished siap2... Ok lynn, begini step nyer.. amatlah simple..
 
Lepas dah letak tajuk yang sesuai, dan isi entry yang lengkap, lepas tu Lynn click Post Option
 
 
 
Lepas tu clik Scheduled at dan lynn boleh pilih tarikh dan waktu yang sesuai bila nak di autopublished kan... pastu terus clik PUBLISH POST... lepas dah publish post, dia akan keluar ke Edit Posts, lynn kena pastikan dia ada tulis gini (Your post will be automatically published on 8/23/10 at 2:00 PM.). ok kadang2 ada entry itu dia tulis schedule atau pun draft ok.. kalau dia tulis draft, maknanya lynn kena clik edit balik entry tu, dan clik semula publish post. kalau dianya tulis schedule, maknanya entry akan di autopublished pada hari yang lynn dah set tu.
 
 
Ok sekian entry tutorial pada harini..

Apa yang aku beli dengan duit Nuffnang

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

* Ini bukan entry menunjuk-nunjuk.. harap maklum

Masih ingat dengan ENTRY INI? Entry di mana, Emily telah merequest sesuatu.. Ye, aku telah membelikan sesuatu untuk Emily.. memula aku nak tunggu duit backdated, tp bila aku dapat tahu duit backdated dapat gaji bulan 9, so terbantut la rasanya nak belikan "sesuatu" itu untuk Emily... tetapi bila aku terima cek NUFFNANG haritu, dan bila aku gi kedai, dan harganya adalah seperti amount NUFFNANG tu, maka aku terus belikan untuk Emily.

Ye betul sangkaan Mamalyna, Emily nak barang kemas. hehehe.. untuk cek NUFFNANG kalini, aku tak de apa2 nak beli, tu pasal aku nak lunaskan request si Emily. Untuk aku dan Farhan, tunggu cek NUFFNANG yang lain pulak ok .. hehehe


ni la dia request si kecil... iaitu LOKET MICKEY MOUSE!!!! (bukan rantai tau.. kalau rantai rasanya tak cukup nak beli dengan cek tu.. heheheh)


Aku tak ralat belikan loket ni untuk Emily, walaupun kecil, tp amat bermakna, sebab boleh dijadikan kenang-kenangan ..  ok la kan, rezeki dapat di bulan ramadhan, nak raya pulak tu.... yahooooo

Friday, August 20, 2010

Tutorial besarkan gambar

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok harini tak de apa nak update yang menarik.. aku rasa nak ajar korang cemana nak upload gambar supaya gambar korang jadi besar macam gambar2 aku.. perasan tak gambar2 aku tu seme besar2 belaka? heheheh ok aku rasa kebanyakkannyer dah terrer dari aku.. tapi tak pe aku baik hati nak bgi tutorial pada kawan2 yang masih blom tau lagi.. kalau nak ikut, sila lah, nggak mau pun tak pe, tak de paksaan ... lg pun aku bg tutorial ni tak de kena bayaran pung.. pree op cas jer..

memula, lepas dah masuk dashboard tu, sila la pergi kat SETTINGS .. pastu gi kat BASIC


Scroll ke bawah cari Select Post Editor clik updated editor pastu SAVE SETTINGS


pastu nak wat entry kan.. gi ler NEW POST cam biasa


pastu seperti biasa, clik INSERT IMAGE


kalau versi lama, korang sendiri tau kan cemana rupa bentuknyer.. hanya boleh diupload 5 gambar dalam satu2 masa (setiap kali nak upload hanya 5 keping sahaja maxima kan?) ... tp dengan versi baru ni, korang boleh upload sebanyak mana yang korang suka.. tak yah tunggu2 .. just klik jer BROWSE

VERSI LAMA


VERSI BARU


pilih gambar dari folder mana korang nak


kalau just nak upload satu gambar, lepas gambar tu dah appear, just clik OK


kalau nak upload banyak2, just browse jer banyak2 gambar tu.. pastu korang klik gambar pertama tu pastu tekan ok, then clik balik insert image untuk amik gambar seterusnyer.. faham tak? nanti korang cuba la..


ok contoh gambar kat bawah ni, bila dah diupload kat korang punya entry, korang klik gambar yang korang nak besarkan tu, nanti keluar seperti di bawah ni .. clik Extra Large..


otomatik gambar tu jadi besar lebar dan besar... memang puashati.. agak2 korang faham tak aku punya tutorial ni, jangan segan silu sila la tinggalkan komen, nanti aku balas..

ni adalah gambar saiz biasa .. kecik jer kan..

ni gambar selepas di extra large kan..


dah siap semua jangan lupa PUBLISH POST. heheheheh

oh ya, terlupa lak aku, kalau korang nak belajar lebarkan ruang yang kita buat entry ni.. sila berkunjung ke blog INI .. insyallah ruang entry korang akan lebar gak macam ruang blog aku ni jugak. hehehehe .. sebenarnya kalau korang tak lebarkan ruang entry ni pun tak pe, tp kalau nak lagi puas hati sedap mata memandang, korang lebarkan la ruang entry ni dulu ok.. gerenti puashati.. (apa la aku cakap belit2 ni cam ular jer)

Thursday, August 19, 2010

Awas Jualan Murah

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Aku baru dapat email ni dari kawan opis.. sekarang nikan tengah sale giler2 sana sini.. memang boleh dijadikan ikhtibar.. baca tau kawan2.. semoga kita semua tak terpengaruh sangat dengan jualan murah ni..



MUKADIMAH:


JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.

Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.

Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.

Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.

Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.

“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.

Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.

Dokoh raya ...

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Masa balik johor haritu, aku singgah Angsana.. memang plan nak beli barang2 raya sikit.. jalan punya jalan, terjumpa kedai jual brooch, memang cantik2 dan harga amat berpatutan sangat.. tak rugi beli.. pastu dah beli seba sikit, tetiba mata terpandangkan dokoh ni ... wah amat teruja nak beli ok sebab harga dia pun tak semahal yang jual kat KL ni.. kat sini setahu aku dorang jual RM160.00 tp yang aku beli ni harga dia pun RM160 tp ada 50% so tinggal RM79.90 ajer.. mak suka okeh..




ni close up sikit


Aku tak amik kaler gold sebab rasa cam kalau pakai kaler gold sangat meriah jer.. budak jual tu pun cakap, biasanya yang amik kaler gold ni mak andam jer.. yang orang biasa2 cam aku ni biasa amik kaler cenggini jer.. nampak simple jer.. dokoh ni sesuai pakai dengan baju kurung, baju kurung riau/pahang dan kebaya labuh..

Wednesday, August 18, 2010

Manusia Jahil mempersoalkan tentang puasa di FB.. nauzubillah - Salleh Gregor Samsa

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Aku dapat sumber mengenai perkara ni dari email kawan2.. mungkin ramai dah tau tentang  isu ni.. aku jer yang terlambat tau .. lately dah makin menjadi2 la kat FB kan.. semua boleh berbicara secara terbuka.. naik ngeeeri aku kalau baca komen2 mereka.. dulu dengan kes Aduka Taruna, pastu kes Nor Azita hina negeri johor pulak, ni tentang  mempersoalkan tentang puasa pulak.. aduh takut2nya.. kadang2 aku ni nak letak status pun fikir 44x sebab takut terlepas cakap.. takut sangat jadi isu yang bukan2.. bg aku isu2 pasal agama, kaum, negeri, politik aku memang tak mau ulas apa2.. aku takut terlepas cakap..

Marilah sama2 jadikan perkara ini sebagai iktibar yer kawan2. semoga mereka diberi petunjukNYA. katanya ada yang dah close account..


actually ada gambar mereka dalam email tu.. tp tak pe la, aku tak mau letak kat sini..

Kulit B**i

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Salam ramadhan kawan2.. kejap jer dah seminggu lebih kita berpuasa.. tinggal lagi 3 minggu kita berpuasa.. kejap jer kan.. harini aku baru masuk opis setelah bercuti 2 hari lepas... ok aku nak cerita pasal hari jumaat lepas. Hari yang betul2 buat aku terkejut.. apa taknya, masa tu aku sibuk nak kira2 bil aku untuk bayar kat pejabat pos, sedang aku kira2 duit, aku nak keluarkan la duit aku.. tiba2 ntah mata aku boleh terpandang kan sesuatu yang selama ni memang aku bebetul2 tak perasan. sapa yang baca facebook aku, mesti dah tau kan?

Aku beli purse ni kat Medan, bulan lepas.. aku beli purse ni sebab kaler dia pink, memang betul2 aku minat giler.. aku tau purse ni kalau tengok pada brand, memang mahal.. tp mana nak mampu beli brand channel ori.. aku beli yang ada gred2 ajer.. jadik la kan. buat pakai basahan hari2.. tapi tak sangka jadi begini.. meh kita tengok gambar kat bawah ni


ni kulit dalam compartment purse ni.. korang nampak tak bintik 3 titik tu??


meh aku close up sikit..


bukan takat tu ajer korang... aku pun dah terbeli kasut ni kat kedai yang sama.. ceh aku memang boikot la kedai ni.. kalau aku gi medan lagi, conpem aku takkan jejak kaki kat kedai ni lagi..

cantik wedges ni tau.. memang aku berkenan abis walaupun kasut ni tak de brand


lepas aku balik dari opis, aku terus terkam kasut ni.. ialah aku beli kat kedai yang sama kan.. so aku mmg dah risau sangat dari opis.. sekali sampai rumah.............................. SAH  COMPEM!


close up sikit


sedih korang, kasut ni tak pernah pakai lagi.. ekceli ada 2 kasut ni, satu lagi kaler pink.. so sapa2 kaum cina yang berminat dengan kasut ni, boleh contact aku.. saiz 6 .. kalau tak de, aku buang jer la kot. huhuhu

Friday, August 13, 2010

Corat coret pagi jumaat

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Takde apa nak citer sebenarnya pagi ni.. tak de modal pun.. so macamana berbuka semalam? makan apa? aku berbuka ikan cencaru sambal, pecal, murtabak, kuih tepung pelita dan karipap.. farhan dan emily makan kuih donut dan roti canai.. semua tu beli kat PARAM jer kecuali ikan cencaru sambal.. perasan tak makanan kat PARAM semakin mahal kan? donut yang aku beli kat anak2, kecik jer, tp dah 40 sen seketul.. semua kuih2 pun 5 keping RM2.00.. air tebu pun dah mahal.. dulu RM3.00 jer, sekarang dah RM4.00.. malam ni tak tau lagi nak makan apa.. insyallah masak kari ayam kot.. tp still nak gi PARAM jugak, nak cari juadah untuk tambah2.. ingat nak cari roti jala or pulut kuning.. eh ada ke orang jual pulut kuning time bulan puasa ni ...

Esok pagi kami nak balik kulai sampai isnin pastu terus balik segamat, rabu baru aku naik kerja.. balik kampung ni sebab nak berbuka puasa dengan family pulak.. kami ni tiap2 tahun mmg gitu, mesti balik 2-2 rumah untuk berbuka puasa dengan family .. dalam kepala hari ahad nak ajak my hubby turun JB .. nak singgah Angsana ke, Jusco ke, tengok la mana2 yang sempat.. nak cari kasut raya aku.. blom beli lagi ni.. persiapan anak-anak 90% dah siap.. tinggal belikan farhan songkok dan samping.. baju melayu dia dah tempah haritu.. kasut raya budak2 insyallah minggu lagi satu kot nak pi cari..

Terlanjur aku citer2 kosong harini, ni aku sajer nak bitau.. kot2 la kalau sapa antara korang yang pi spital DEMC, jangan pulak korang terkejut ek.. kat dalam lift DEMC tu ada poster gambar kami sekeluarga.. gini citer dia.. anak sedara my hubby ada projek dengan DEMC menggunakan 3 kaum kat Malaysia ni. so untuk idea asal dia dah guna gambar keluarga aku.. sekali orang DEMC suka dan setuju dengan idea dan gambar tu.. so dia mintak izin aku nak guna gambar tu..

So sajer la aku bitau korang, kang korang terkejut ke apa ke kan.. mana la tau kalau sapa2 singgah DEMC kang kata dema amik gambar aku kat internet tanpa izin pulak. padahal aku dah bagi izin.  ok kat bawah ni gambar tu..

Oh lupa pulak, sebenarnya yang bitau aku mengenai perkara ni ialah kawan blogger aku iaitu HANA.. dia yang perasan gambar ni.. dia perasan masa nak keluar lif spital tu.. cepat2 dia snap pic aku tu.. tu yang dia cepat2 bitau aku.. dia pun takut gambar ni disalahgunakan, tu yang dia tanya aku.. thanks HANA sebab prihatin... dan lagi satu HANA ni jual handbag COACH tau.. sapa2 yang berminat boleh terjah blog BUTIK HANA ni.. jangan risau COACH tu ori ke tak sebab HANA beli sendiri ke luar negara.. dia selalu jer gi ROME dan lain2 tempat kat oversea.. suami dia pilot.



Thursday, August 12, 2010

Cek Nuffnang dah tiba.. yahoooooo

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Syukurrrr rezeki ramadhan.. akhirnya yang ditunggu2 telah tiba.. dapat cek dari nuffnang 2 hari lepas sebenarnya.. tp baru harini dapat update.. memang dah lama dah menunggu2nyer.. alhamdulilah memang dah ada hajat nak beli "something" dengan duit ni.. korang nak tau apa tak??? heheheh tp nanti orang kata aku menunjuk2 pulak kan.. jadi gimana yer? mau tunjuk atau nggak <--- eh tetiba tertukar bahasa plak.. kalau lebih 7 orang kata nak nengok, aku update kat sini .. kalau takat 2-3 orang ajer yang nak tengok, yang lain2 tak mau, aku tak jadi la tunjuk apa yang aku nak beli tu. hehehe


muka ceria dapat cek, dah terbayang2 nak beli benda tu..



ok nak cerita gak mengenai BE or Pendapatan Terumpuk aku.. alhamdulillah jugak ada 10 BE setakat harini.. pada blogger2 tentu mereka tau apa tu BE, pada yang tak de blog, tak yah tanya la, tak reti plak aku nak explain ..

ok sekian cerita ceria aku pada petang hari..